- Tembikai
Buah yang kaya dengan air ini akan membuatkan kita kerap membuang air kecil, sekali gus membantu mengeluarkan garam di dalam tubuh yang menyebabkan perut kembung.
- Pisang
Pisang yang kaya dengan kalium dan potasium boleh membantu mencegah pembentukan gas di dalam perut di samping boleh mengeluarkan angin. Pisang juga membantu membuatkan perut menjadi kenyang sehingga mampu mengawal pengambilan makanan yang berlebihan.
- Avokado
Avokado kaya dengan kandungan enzim lipase yang bagus untuk pencernaan iaitu membantu memecahkan lemak dan memindahkan makanan daripada perut ke usus, sekali gus mencegah angin dalam perut.
- Nanas
Buah nanas kaya dengan enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuatkan perut tampak kempis. Nanas juga membantu membersihkan usus daripada lemak yang berkumpul dan sisa lain ketika proses pencernaan.
- Betik
Proses pencernaan yang lancar memberi manfaat kepada badan khususnya perut kerana ia membantu bahagian berkenaan tidak buncit. Justeru, sekiranya mengamalkan makan buah betik setiap hari, ia dapat mengelakkan gangguan sistem pencernaan.
Sumber :: Harian Metro > 25 Februari 2016Gambar ihsan Google
Yang menaip,
Cikgu Faiz
apa rasa buah avokado ek.. cm keras ja isinya hehe
ReplyDeleteHaah.. cikla pun tak pernah mkn buah avokado. Buah kiwi tu pernah jugaklah... itu pun dh buat jus.. hehe...
ReplyDelete