Aktiviti Prasekolah Di Bulan Januari



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 04 Februari 2018


Januari telah berlalu meninggalkan kita. Selamat datang Februari. Semoga kita tidak melupakan memori yang tercipta di sepanjang bulan Januari. Bulan Januari merupakan bulan pertama untuk murid-murid Prasekolah belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Nampaknya mereka mula serasi dan seronok dengan pelbagai aktiviti yang telah diadakan. Di sini Cikgu Faiz selitkan beberapa aktiviti yang telah diadakan di sekolah.



Aktiviti motor halus iaitu membuat riben Minnie Mouse. Motor halusnya adalah murid menampal sticker berbentuk bulat pada kertas A4 berwarna mengikut kreativiti masing-masing.




Lagi aktiviti motor halus iaitu membuat tembikai. Dengar pon dah terliur. Murid menampal sticker berwarna hijau untuk kulit tembikai, mewarnakan merah pada isi tembikai dan membuat titik (biji tembikai) dengan pen marker. Hasilnya.... murid teruja sampai nak makan buah tembikai tu! Hahaha.




Sambutan Hari Lahir salah seorang murid yang lahir pada bulan Januari. Seronoknya dapat makan kek. 




Kejohanan Merentas Desa atau Road Run yang telah diadakan pada 16 Januari 2018. Ini merupakan pengalaman pertama bagi murid-murid Prasekolah. Semua nampaknya tak sabar nak berlari.




Bergambar kenangan bersama Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Belah kanan sekali tu partner Cikgu Faiz.




Dan pemenangnya adalah seramai 20 orang murid yang terdiri daripada 10 murid lelaki dan 10 murid perempuan. Tahniah semua !



Semoga bulan Februari akan lebih menyeronokkan buat murid-murid Prasekolah SKPU. Sekian.


Yang menaip,

2 comments:

  1. Rasa macam rindu pulak zaman sekolah. Zaman belajar zaman yang paling banyak create memories :D

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)