Selamat Hari Merdeka dan Selamat Bercuti kepada semua pembaca. Sepatutnya entri ini diterbitkan pada bulan lepas tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan ianya baru dapat disiapkan hari ini. Minggu lepas Cikgu Faiz telah tamat menonton drama korea The Bride of Habaek. Macam biasa la Cikgu Faiz tonton di aplikasi VIU. Sebelum itu Cikgu Faiz ada menonton beberapa episod di NTV7 tapi banyak episod yang dah terlepas makanya Cikgu Faiz tonton semula di VIU. Kenapa kena tonton semula? Macam membazir data pulak kan. Sebabnya Cikgu Faiz nak fahamkan jalan cerita dia sebab agak complicated sikit. Hihi. Drama ni cuma ada 16 episod sahaja dan setiap episod sangatlah mendebarkan. Okey, mari kita berkenalan dahulu dengan para pelakon The Bride of Habaek.
Nam Jo Hyuk sebagai Habaek
Seorang dewa air yang bakal ditabal menjadi raja di Kerajaan Air. Habaek kehilangan kuasanya ketika turun ke dunia manusia untuk mencari batu suci. Kuasa Habaek hanya muncul ketika dia menyelamatkan Yoon So Ah. Karakter : tiada perasaan, hati kering.
Shin Se Kyung sebagai Yoon So Ah
Seorang doktor psikatari yang mempunyai masalah hutang yang banyak. Dia ditakdirkan untuk bertemu dengan Habaek lalu jatuh cinta dengan dewa air tersebut. Karakter : baik hati, sentiasa bersedih.
Lim Ju Hwan sebagai Shin Hoo Ye
Seorang separa dewa yang bertugas sebagai CEO di sebuah resort terkemuka. Dia bertemu dengan Yoon So Ah secara tidak sengaja lalu jatuh cinta dengan gadis tersebut. Shin Hoo Ye akhirnya mengetahui bahawa dia adalah dewa api. Karakter : baik, cool, gentleman.
Krystal Jung (Jung Soo Jung) sebagai Moo Ra / Hye Ra
Seorang dewi air yang telah hidup di dunia manusia bertahun lamanya. Di dunia manusia dia merupakan seorang selebriti hanya disebabkan wajahnya yang cantik. Moo Ra mencintai Habaek dan dia tidak sukakan Yoon So Ah. Karakter : sombong.
Gong Myung sebagai Bi Ryum / Ahn Bin
Seorang dewa angin yang pernah berkawan dengan Yoon So Ah. Dia tidak menyukai lelaki separa dewa (Shin Hoo Ye) dan sering menimbulkan masalah kepada lelaki tersebut. Karakter : sangat menyakitkan hati.
THE BRIDE OF HABAEK
The Bride of Habaek mengisahkan dewa air bernama Habaek yang datang ke dunia manusia untuk mencari batu suci. Sebaik tiba di dunia manusia, Habaek telah kehilangan kuasanya dan bertemu dengan Yoon So Ah buat pertama kali. Yoon So Ah tidak percaya bahawa Habaek adalah dewa sehinggalah Habaek menyelamatkannya beberapa kali dari ditimpa bahaya. Manakala Yoon So Ah merupakan seorang doktor psikatari yang mempunyai bebanan hutang yang banyak. Yoon So Ah ingin mencari bapanya yang hilang bertahun yang lalu. Kehilangan ayahnya menjadi misteri kerana hilang begitu sahaja. Yoon So Ah bertemu dengan Shin Hoo Ye secara tidak sengaja dan CEO itu yang banyak membantu Yoon So Ah dari segi kewangan. Dalam diam, Shin Hoo Ye mula menyukai Yoon So Ah. Yoon So Ah pula mula menyukai Habaek yang tiada perasaan tu. Huhuhu.
Habaek bertemu dengan Moo Ra yang merupakan seorang selebriti. Moo Ra adalah dewi air yang telah lama tinggal di dunia manusia. Habaek meminta batu suci daripada Moo Ra tetapi Moo Ra enggan memberikan batu suci tersebut. Moo Ra telah berpakat dengan Bi Ryum (dewa angin) untuk tidak memberikan batu suci kepada Habaek.
Habaek berasa cemburu melihat kemesraan di antara Yoon So Ah dan Shin Hoo Ye. Ketika bertentang mata dengan Shin Hoo Ye, Habaek telah mengetahui bahawa lelaki itu adalah separa dewa yang sering diceritakan. Shin Hoo Ye menafikan tuduhan itu tetapi akhirnya dia akur juga yang dia adalah separa dewa api. Shin Hoo Ye sangat dibenci oleh Bi Ryum. Bi Ryum sedaya upaya ingin menghapuskan Shin Hoo Ye tetapi tidak berjaya. Apakah kesudahan drama ini agaknya? Menonton drama ini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi kerana jalan cerita dia agak perlahan dan boleh membuatkan anda mengantuk dan tertidur. Hahaha. Tapi di setiap penghujung episod biasanya akan membuatkan penonton tertanya-tanya dan terus ingin menonton episod yang seterusnya. Sebab itulah Cikgu Faiz berjaya juga menonton drama ni sehingga tamat. Kuikuikui. Kebiasaannya drama korea ni wataknya saling berkait, sama juga dengan drama ni. Di penghujung cerita, anda akan dapat mengetahui misteri di sebalik kehilangan ayah Yoon So Ah secara tiba-tiba itu.
Lagu OST drama ni pon Cikgu Faiz layan. Hihihi. Ada la dua tiga lagu yang best. Nanti Cikgu Faiz share ye. Setakat ini sahaja sinopsis drama korea kita. Nak tahu kesudahan kena la tonton sendiri baru dapat feel. Hihihi. Jumpa lagi.
Yang menaip,
nampak mcm best cerita ni..
ReplyDeletefollow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com juga :)
Nak tgk cerita nie.. nampak mcm best..
ReplyDelete