Resepi Agar-Agar Mudah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 29 Julai 2017


Hari yang panas sejak kebelakangan ni. Bila panas je mula la terbayang makanan yang sejuk-sejuk. Alangkah nikmatnya kan. Hihi. Rasanya mesti ramai yang pandai masak agar-agar kan? Agar-agar sangat sedap dimakan ketika sejuk lebih-lebih lagi waktu hari panas terik macam sekarang ni. Cikgu Faiz ni takde la pandai sangat masak tapi sejak kebelakangan ni suka masak makanan yang simple dan tak banyak kerenah. Salah satunya agar-agar. Hahaha.




Kalau nak tahu, seumur hidup Cikgu Faiz baru tiga kali masak agar-agar. Huhu. Teruk tak teruk la kan. Kali pertama masak tu agar-agar tak berapa menjadi sebab lembik. Buat tu pon sebab kat sekolah ada buat potluck. Segan jugak dengan akak-akak dekat sekolah masa tu. Huhu. Lama dah kisah agar-agar lembik tu. Abang Hakim kecik lagi masa tu tak pandai makan lagi. Masuk ni baru kali ketiga Cikgu Faiz masak agar-agar. Alhamdulillah tak lembik sebab ikut resepi yang mak bagi. Hahaha. Gambar atas tu Cikgu Faiz tambah nata de coco. Warna agar-agar di atas tak berapa merah kerana Cikgu Faiz guna pewarna botol essen tu je. Lepas ni nak try guna sirap ros pulak.


RESEPI AGAR-AGAR MUDAH

Bahan-bahan

~ Sepaket agar-agar tali
~ 4 mangkuk air (Cikgu Faiz sukat guna mangkuk oren dalam gambar tu. Isi penuh)
~ 2 cawan gula (Cikgu Faiz kurangkan sikit sebab manis. Cikgu Faiz tak suka manis sangat. Hihi)
~ 1 helai daun pandan (tak letak pon takpe)
~ Pewarna merah sirap



Cara memasak

Basuh agar-agar. Masuk dalam periuk yang berisi 4 mangkuk air tadi. Simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sampai mendidih dan agar-agar hancur. Masukkan gula dan kacau sampai sebati. Masukkan pewarna ikut citarasa nak pekat atau tak berapa pekat warnanya. Kacau lagi. Bila semuanya dah hancur dan sebati boleh la tuang ke dalam acuan atau loyang. Biarkan agar-agar sejuk dulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk ye. Untuk sukatan ni dapat la dua loyang yang paling kecil tu. Puas jugak makan. Anak-anak suka sebab sejuk. Hihi. Selamat memasak.


Yang menaip,

Lirik | Aku Negaraku



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 23 Julai 2017


Agak terlewat rasanya Cikgu Faiz nak update pasal benda ni tapi tak kisah la janji update. Ini pon baru settle hal pemilihan prasekolah sesi 2018. Okey la, ada dengar tak haritu kecoh sekejap pasal lagu Aku Negaraku. Lagu ini wajib dinyanyikan ketika waktu perhimpunan rasmi di sekolah pada setiap hari Isnin. Sebelum ini, murid-murid dan guru-guru hanya menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri (ikut negeri masing-masing) dan lagu sekolah. Terbaru lagu Aku Negaraku turut wajib dinyanyikan. Di sini Cikgu Faiz nak kongsikan lirik lagu Aku Negaraku. Cikgu Faiz gigih salin lirik lagu ni. Masa tu tengah tunggu Encik Suami la.




Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa...
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi...

chorus

Aku negaraku
Aku negaraku
Sememangnya negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku satu
Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNya kita berserah

ulang chorus

Ku naungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

ulang chorus

Aku negaraku.





Komposer : Audi Mok Chuang Yew
Lirik : Shazree Ishak


Yang menaip,

Sambutan Hari Raya Bersama Murid



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 17 Julai 2017


Pada Khamis lepas bersamaan dengan 13 Julai 2017 telah diadakan sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Prasekolah juga tidak terkecuali dengan sambutan pada hari tersebut.



Ini antara makanan yang dibawa oleh murid-murid prasekolah. Kelas Amanah dan Bestari digabungkan di dalam satu kelas kerana kelas lagi satu digunakan untuk tetamu VIP.



Ini antara murid-murid kelas cikgu Faiz yang hadir pada sambutan Hari Raya. Semuanya berpakaian cantik. Rayalah katakan.



Ini pula murid-murid kelas Amanah. Pon berpakaian cantik. Semua nampak gembira dan ceria.



Bila dua kelas digabungkan. Yang depan tu kenapa muka serius sangat? Huhuhu.



Bersama rakan sejawat.



Bergambar 'outdoor' pulak. Terima kasih kak Wan Yati sebab tolong ambilkan gambar ni. Cantik sangat.



Jurugambar meminta kami membuat gaya. Jadi inilah hasilnya. Hihihi.



Eh, apa tu?



Bersama ratu peplum. Merah sangat lipstick tu tau. Cikgu pon tak berani nak pakai merah macam tu. Huhuhu.



Penat bergambar. Masa untuk mengisi perut. Lepas makan makanan berat, baru boleh makan kuih raya.



Bukan main berselera lagi makan ye. Semua makan dengan tertib.



Pertandingan menganyam ketupat antara guru dan staf sekolah. Bukan senang tau nak anyam ketupat ni. Huhuhu.


Haaa.... Itulah antara gambar-gambar yang sempat cikgu Faiz rakamkan. Alhamdulillah aktiviti sambutan Hari Raya telah selesai untuk tahun 2017 ni. Lepas ni fokus pada aktiviti yang seterusnya. Okeylah, itu sahaja laporan cikgu Faiz untuk hari ini. Sehingga berjumpa lagi. Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...