Masjid Putra, Putrajaya.



Assalamualaikum.


Pagi tadi Cikgu Faiz ke Putrajaya kerana terlibat dengan aktiviti Kem Ibadah bagi murid-murid tahun 5 sekolah tempat Cikgu Faiz mengajar. Lokasinya di Masjid Putra. Ini merupakan kali kedua Cikgu Faiz menjejakkan kaki ke masjid ini. Dah sepuluh tahun berlalu masjid ini kelihatan semakin berseri-seri dan ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke sini untuk melihat keunikan masjid ini.


Mengenai Kem Ibadah pula Cikgu Faiz hanya datang sekadar menjenguk sahaja kerana aktiviti ini dijalankan sepenuhnya oleh fasilitator-fasilitator yang bertugas. Jangan tak datang sudah sebab kehadiran diambil. Sesiapa yang tidak hadir akan mendapat surat cinta dari Ketua Jabatan. Macam ni la cikgu. 


Okey, lepas je selesai bertugas (macam banyak kerja je) Cikgu Faiz pon keluar. Sebelum tu sempat jugak la meninjau sekitar masjid dan snap gambar di bawah ini.



Cantik betul masjid ni. tengok tu ramai pelancong yang tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan dan keunikan seni bina masjid ini.




Ini pula pemandangan dari luar. Sejuk mata memandang.




Terpesona melihatnya... Abaikan wanita yang tengah berposing tuu. Hehe..




Ada pulak sepasang pelancong tu yang ingin bergambar dengan Cikgu Faiz. Mula-mula tu ingatkan dia suruh Cikgu Faiz snap gambar diorang. Mungkin dia tengok Cikgu Faiz pakai baju kurung kot. 




Langit macam berjerebu jer. 




Sesak dengan kenderaan yang keluar masuk.


Nasib baik la kat situ tidak disediakan tempat duduk. Kalau tak Cikgu Faiz ingat nak mengelamun sekejap sebelum pulang. Huhuhu. 


http://cikgufaizcute.says.com/recommendations/9tv-gig


With ♥..,

Sejak Bila Cikgu Faiz Mula Berblog ?



Assalamualaikum.


Sebut pasal blog, Cikgu Faiz mula berblog pada 5 Disember 2009. Tapi masa tu Cikgu Faiz tengah asyik masyuk dengan My Space. Tak berapa minat dengan blog. Kebetulan pulak sebelum tu ada LADAP pasal blog. Bila balik rumah Cikgu Faiz pon cuba-cuba la buat blog ni sorang-sorang dan gambar di bawah inilah hasilnya. Entry pertama dari blog Cikgu Faiz.


 

Pendek je entry pertama ni. Huhuhu. Al-maklum la baru nak berjinak-jinak. Habis semua perkataan pon di 'short form'. Klik ayat di atas untuk ke page tersebut.



Hari berganti hati, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun maka lahirlah blog yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Cewahh. Dulu-dulu blog ni takde nama. Bila dan pandai sikit-sikit tu mula la memikir nama apa yang sesuai untuk blog ni. Akhirnya Cikgu Faiz memilih DING DANG sebagai nama blog yang serba pink ini. Hehehe. 


Eh, alamak. Cikgu Faiz tak boleh lama-lama menaip ni. Karang tak pasal-pasal laptop ni terpadam pulak. Huhu. Laptop tak sihat ni. Dapat online lebih kurang sejam je. Okey. Semoga enjoy dengan entry ini ye :)



With ♥..,

Jerawat Yang Menyakitkan



Assalamualaikum.


Beberapa hari ni hidung CF rasa rimas je. Mana taknya, ada sesuatu benda telah menyinggah dan tak hilang-hilang lagi. Adoi. Apa benda pulak tu? Apa lagi kalau bukan jerawat. Terasa berdenyut-denyut je jerawat tu. Bila raba-raba makin besar pulak dia. Nak picit takut pulak, lagipon jerawat tak masak lagi tak boleh nak picit. 


Masa zaman remaja dahulu kala bila ada je jerawat yang bertempek kat muka mulalah orang cakap ada peminatlah, kuat beranganlah. Tak betul tu. Yang sebenarnya sebab kita tidak mencuci muka dan kulit muka kita berminyak tu yang jerawat suka datang tu. Entah siapalah yang mencipta mitos tu? Agaknya nak sedapkan hati orang yang mukanya ada jerawat kot. Rasa-rasanya ada lagi tak orang yang berfikiran macam tu? Hmm....




http://cikgufaizcute.says.com/recommendations/great-eastern-life


With ♥..,

Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida


Assalamualaikum.


Kali ni Cikgu Faiz nak join giveaway anjuran Shida pulak.



KLIK BANNER DI ATAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.


Kalau ada sesiapa yang nak join tu dipersilakan tapi pastikan korang follow dan like para penaja giveaway di bawah ini.

- E'S OnlineShop (21)                        - OdahoneBiz (105)
- Muhammad Saiazuan (1875)           - Lyssa_Secret (50568)
- Fiz Graphic (7680)                            - Arol Mubin (1584)
- Nur Damia                                       - Arra Ahmad (2323)
- Zinnia Z A Shop (FB)                        - IntanBerlian (1320)
- Nakira's Collection (FB)                  - Qatratun Al-Khairi
- Qat_Bawal Shop (8)                        - Eza_stories
- Irwani Zulkifli                                  - Eqbal Zack (6010)
- Nurul Yui (2270)                              - Bui Junaidi (1332)
- Nur Athirah (575)                           - Puan Azizah (3852)
- Eca_Dwinky Asha (1233)               - Ain Zulaikha (3666)
- Puan Ummi (480)                             - EGTV.com.my (FB)
- EMTV.com.my (FB)                          - Muaz Faris
- Peyan (503)                                    - Shida sendiri (3003)
- DhiyahShoppe                               - GAnContest
- Rahayu Izaima                              - Gula-gula Kapas (822)
- Marliyana (138)                             - Rafhanah Blogshop (96)
- Nurnie (14)                                     - Nurjamal83 (234)


Ha... lepas tu korang kena LIKE fanpage sponsors pulak KAT SINI dan SINI.




With ..,

" 1st Giveaway by jaakechik corner"



Assalamualaikum.


Kali ini Cikgu Faiz telah ditag oleh Syiela untuk menyertai giveaway di bawah. Klik banner untuk keterangan lanjut.





Senarai hadiah untuk dimenangi

---> wang tunai RM30
---> contact lens
---> shawl
---> header
---> top up


Eheh... tapi sebelum tu anda diwajibkan untuk menjadi follower para penaja hadiah di atas :

oopet , farah , cikMAI dan farain

Buat tajuk entry seperti tajuk di atas.

Tempat best kat Pahang

1. Air Terjun Chamang, Bentong.
2. Gambang Waterpark, Kuantan.
3. Cherating, Kuantan.


Mangsa

1. Nurul EE
2. Puan Gojes
3. Fiza


MOH KITE JOIN BERAMAI-RAMAI !

http://cikgufaizcute.says.com/recommendations/spiderman


With ♥..,

Tired...



Assalamualaikum.


Hari ni Cikgu Faiz agak sibuk dengan persiapan untuk Hari Potensi Prasekolah (bulan depan je) dan Sukaneka yang akan berlangsung pada esok hari. Pagi tadi murid-murid berlatih acara membawa bola pingpong di dalam sudu dengan menggunakan mulut dan juga menggolek bola menggunakan gelung rotan. Lepas berlatih acara sukaneka, selepas murid-murid rehat terpaksa melatih murid-murid menari la pulak. Dah la Cikgu Faiz ni tak pandai nak menari. Pergerakan pun keras je.Nasib baik la ada cikgu lagi sorang tu yang pandai la jugak nak menari ni kan.


Sejam setengah jugak la berlatih tadi. Bukan senang nak mengajar budak-budak umur enam tahun menari. Mula-mula tu diorang agak kekok jugak. Tapi bila dan lama-lama tu barulah diorang dapat ingat step step yang diajar. Tak semua murid dapat menguasai terus. Biasa la... ada murid yang cepat dan ada yang lambat. Jadi Cikgu Faiz kena banyak bersabar supaya hasilnya nanti DA'BOMB. Bukan apa, sekolah Cikgu Faiz boleh pulak terpilih sebagai tuan rumah untuk Hari Potensi pada tahun ni. Memang kena all out la nampak gayanya. Malu jugak dengan sekolah-sekolah lain nanti. Huhu. 


Bulan ni merupakan bulan yang agak sibuk bagi Cikgu Faiz sebab ada banyak sangat aktiviti yang dijalankan di sekolah. 

--> 20 Jun - sukaneka
--> 24 Jun - Temasya Sukan Tahunan
--> 30 Jun - Kem Ibadah




Sedapnya dapat minum air kelapa tadi. Terima kasih kepada tauke kantin kerana sudi menaja air kelapa segar ini. Hehe.




With ♥...,

Tersesat Jua Akhirnya....



Assalamualaikum.


Hari ni merupakan hari pertama saya menduduki peperiksaan di UPSI cawangan baru. Peperiksaan di jadual bermula pada jam 9.00 pagi. Pada hari ini juga saya terpaksa memandu bersendirian kerana suami bekerja. Mula-mula tu dia ada offer untuk hantar saya tapi saya buat jual mahal pulak. Konon nak test drive ke sana sendiri. 


Akan tetapi, nasib kurang menyebelahi saya apabila saya telah tersilap masuk lorong. Huhu. Apalah nasib saya ni? Habis la lambat sampai nanti. Hati saya dah risau sangat. Lepas tu saya nampak signboard yang tertulis perkataan IPOH dan tanpa membuang masa saya terus memecut secara berhemah. Debaran masih belum tamat apabila saya mendapati bahawa untuk sampai ke tempat yang dituju masih memerlukan 200 lebih kilometer perjalanan lagi. Arrggghhh !!! Sempat ke tak ni nak sampai sebelum pukul sembilan? Saya bertolak pada jam tujuh pagi. Saya hanya mampu berserah. Dengan tidak semena-mena saya telah berjumpa semula jalan untuk ke Tanjung Malim. Yeayyy!!! Fuhh... lega.... Saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga. 


Rupa-rupanya tidaklah jauh sangat untuk ke Tanjung Malim tu sebab ada 40 lebih kilometer saja lagi. Yang saya tengok tadi tu jalan untuk pergi ke Ipoh. Haha. Nak buat macam mana? Saya memang lemah bab jalan raya ni. Dah selalu pergi pon masih tak ingat jalan lagi.


Pengajaran : jangan jual mahal sangat. Kalau orang dah offer tu terima jer. Huhuhu

http://cikgufaizcute.says.com/recommendations/9tv-gig

Ingatan Buat Cikgu.



Assalamualaikum.


Hai.... eheh. Sempat lagi update di saat terakhir nak jawab exam ni. Hehe. Nak buat macam mana kan? Minat punya pasal. Heh, Hari Guru sudah pon berlalu pergi tapi CF masih ada menerima hadiah daripada murid. Hehe. Inilah hadiah tu. Dapat pagi tadi. Hadiah ni diberi oleh anak murid CF yang selalu datang lewat ke kelas. Huhuhu. Tak sabar nak tengok apa isi di dalam lalu cepat-cepat CF koyak pembalut hadiah tu sementara menunggu murid-murid menyiapkan tugasan. Tengok-tengok ada benda ni.

v

v

v



Rupa-rupanya isian semula penyegar udara. Haha. Macam tau tau je penyegar kat rumah ni dah habis. Terus dapat dua botol sekali gus. Hehe. CF tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada murid tersebut yang sudi bagi hadiah ni. Lepas ni semakin wangi la rumah Cikgu Faiz :)




Doamu Untukku.



Assalamualaikum.


Burb.. Alhamdulillah. Baru selesai bersantap. Aii.. malam-malam buta baru nak makan ke? Biasa la, CF memang suka makan malam-malam macam ni. Konon nak gemukkan badan la tu. Entah berjaya entah tidak. Kita tengok je nanti ye.


Diam tak diam pada hari Jumaat ini CF akan menduduki peperiksaan akhir semester satu. Dah nak masuk semester dua dah. Perjalanan masih terlalu jauh untuk diharungi. Sempena hari baik bulan baik ni (setiap bulan dan setiap hari pon merupakan yang terbaik okey) CF ingin memohon ampun dan maaf sekiranya CF ada terkasar bahasa sepanjang berblogging ni. Hmm... nak jawab exam ni. tak nak dok pusing-pusing pikir perkara yang memeningkan kepala.





Apa-apa pun CF berasa bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk menikmati hidup yang penuh pancaroba ini. Eh, apa yang CF merepek ni? Doakan CF selamat pergi dan selamat sampai yer. Maklum la nak memandu sorang-sorang ni. Jalan ke UPSI tu dah ingat cuma nak balik Puchong tu yang keliru sikit. Jangan sesat sudah. CF memang selalu sesat. Bila dah terlajak baru teringat balik. Huhu. Susah betul nak ingat jalan-jalan ni. Ada GPS pon tak berapa pandai nak guna. Teruknya la rasa. 


Okey la. Nak blogwalking pulak sementara internet masih stabil. Karang datang angin sepoi-sepoi bahasa tu karang mengalahkan siput sedut pulak lambatnya.


Cai cin cau..


Entry pasal makan je



Assalamualaikum.


Selamat tengahari semua. Hari ni merupakan hari yang terakhir CF bercuti. Esok akan kembali menyibukkan diri dengan kerja-kerja di sekolah. Tiba-tiba terasa nak masak pulak, jadi CF ambil keputusan untuk memasak lauk kegemaran Faqih iaitu sup ayam dan sayur. Tengok la semangkuk Faqih makan tapi tak habis pon. Mak Faqih pulak yang sambung makan. Actually, Faqih ni tak suka makan ayam sebab dia malas nak kunyah daging ayam tu. Tapi nasib baik la dia nak makan sayur lobak dan kentang tu. Kalau tak alamatnya Faqih hanya makan nasi dan kuah je la. 

Terlanjur dah cakap pasal makanan ni CF nak bagitau korang supaya tidak memakan telur penyu. Bersama-samalah kita membanteras orang ramai daripada memakan telur-telur penyu tersebut. 





Nak hadiah? KLIK INI


Bunga-Bunga Syurga


Assalamualaikum.


Baru lepas menonton drama Bunga-Bunga Syurga episod akhir. Mood : tengah lap air mata. Siapa ada tonton drama ni? Macam mana okey tak kesudahan cerita ni? Padan muka dekat kakak si Aiman tu. Tamak haloba sangat. Kalau CF ada RM50 juta dah lebih dari cukup dah. Itu la kan, kalau dah tamak tak boleh nak buat apa-apa. Depan mata hanya nampak duit je. Padan muka kena masuk penjara. Puas hati CF. Huhu.




Mak Aiman akhirnya insaf akan semua perbuatannya dahulu. Memang berkesan la lakonan Rozita Che Wan kali ni. Selalunya dia hanya memegang watak yang baik-baik je. Sekali sekala bawa watak antagonis geram jugak CF. Hehe. Emosi betul.







Akhirnya Syaffiyah berkahwin juga dengan Aiman. Endingnya tersangat la sedih dan sweet sangat-sangat. Hehe. CF memang suka tengok drama-drama yang agak emosi ni.


Buntu..



Assalamualaikum.


Hari ni CF telah berada di Puchong setelah hampir dua minggu berada di kampung. Ada baki cuti lagi beberapa hari ni CF gunakan untuk mengemas rumah, mop lantai, menjahit dan memasang langsir. Hari ni menu cuma sambal sardin dengan keropok je. Hmmm... dah itu je stok yang tinggal. Nak pergi beli rasa M la pulak. Heheh...


Okey okey... Sebenarnya CF tak tau nak update apa ni. Gambar pun Adudu jer ni. Minat? Hehe. Watak alien dalam siri animasi Boboiboy tu. Ini gambar Adudu masa kecik. Jangan tak percaya comel jugak Adudu ni. Hehe.






Bagaimana pula dengan watak di bawah ini? Suka? Ini la Papa Zola.




Tagline Papa Zola : Musuh kejahatan, kekasih kebenaran.  

Dah, jom minum NESCAFE.

Review Korean Drama | My Girl.


Assalamualaikum.


Selamat Hari Rabu semuanya. Buat apa je hari ni? Sekarang ni CF sedang menonton drama korea My Girl di saluran NTV7. Drama kegemaran yang sering membuatkan CF sebak setiapkali menontonnya. Bagi sesiapa yang ingin menonton boleh la tunggu pada setiap Isnin - Jumaat pukul 12.00 tengahari ye.


Kat bawah ni merupakan pelakon-pelakonnya.... CF minat sangat dengan heronya iaitu Lee Dong Wook. Hensem dan sentiasa cool. Hehe.





Sedikit sinopsis mengenai drama My Girl


Joo Yoo Rin merupakan seorang pemandu pelancong. Dia mempunyai seorang ayah yang suka berjudi dan berhutang dengan lintah darat (Ah Long). Nak dijadikan cerita, tanpa disengaja Yoo Rin telah bertemu dengan Seol Gong Chan iaitu seorang pengarah yang kaya. Secara kebetulan, Seol Gong Chan sedang mencari adik sepupunya yang hilang ketika gempa bumi. Gong Chan telah meminta Yoo Rin supaya menyamar sebagai adik sepupunya kerana datuknya sedang sakit.


Dalam diam Gong Chan mula meminati Yoo Rin. Gong Chan mempunyai teman wanita iaitu seorang pemain tenis yang bernama Kim Se Hyoon. Yoon Rin juga turut diminati oleh Seo Jeong Woo. Yang kelakarnya, Yoo Rin ni suka sangat mengenakan Gong Chan.


Pada suatu hari rahsia telah terbongkar dan Yoo Rin telah melarikan diri. Sedihnya masa ni tau. Huhu. Gong Chan hanya mampu menangis apabila datuknya memi.nta supaya memutuskan hubungan dengan Yoo Rin. Sobsob....


Beberapa tahun kemudian Gong Chan bertemu kembali dengan Yoo Rin. Nak tahu kesudahannya kena la tengok sendiri ye. Hehehe... Best drama ni. Ada kelakar, sedih. CF pon ada beli CD lagu drama ni. Memang fanatik giler. Lagu semua best-best terutama lagu Never Say Goodbye.





CF baru buat benda ni. Harap korang semua dapat bagi sokongan. KLIK.




Saya bosan. Anda?



Assalamualaikum.


Huargghh !! Mengantuknya la rasa. Di hari yang panas ni mata memang mudah mengantuk. Rasa bosan pulak kian menguasai diri. Ni kalau dapat pekena Tutti Frutti ni mesti syok. Duduk pulak dalam restoran yang ada aircond, alangkah nikmatnya hidup.


Dalam pada duduk termenung kebosanan ni ditambah pulak dengan internet yang ala kadar je membuatkan CF berfikir bahawa hidup ini umpama telur di hujung tanduk. Ada orang cakap hidup ini umpama roda dan macam-macam lagi la. Kalau kita tersilap langkah, dengan sekelip mata sahaja kita akan menjunam ke bawah. Kadang-kadang apa yang kita alami tidak sama dengan apa yang kita inginkan. Tapi, jika kita pandai mengorak langkah dan sentiasa positif sudah tentu kita akan berasa seronok dan enjoy dengan apa yang kita lakukan. 







Food, Boboiboy.



Assalamualaikum.


Selamat tengahari. Tak tau la nak update apa. Cuma ini je yang termampu CF buat untuk hari ni. Huhuhu. Kat bawah ni gambar-gambar masa balik Bentong minggu lepas. Tengok, watermark pon lupa nak letak. Hehehe. Saje nak buat korang terliur kejap.




kerepek pisang yang dibuat oleh mak CF.




asam jawa yang sedap.




fresh orange asam boi. err... pakai oren sunquick je ni. heheh.




last sekali ialah Boboiboy.


tolong klik tabung boboiboy. TERBAIK !!


Aksi Terlampau.


Assalamualaikum.


Selamat tengahari. Hari ni takde cerita menarik yang ingin dikongsi bersama. Cuma.... psssttt... korang nak tengok gambar terlampau tak?? Hehe... jom tengok siapakah gerangan yang terlampau itu.




eh, bukan ni la. saje buat gempak jap.


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



tara.. !!! Inilah dia si kecik yang terlampau bersama aiskrim cornetto. Seksi tak? Padahal dia memang tak suka langsung dengan aiskrim cornetto ni. Sedap la mona bedal sorang-sorang. HEHE.





Review | Cinta Tiada Akhirnya by Fauziah Ashari



Assalamualaikum.


Selama seminggu tanpa sebarang hubungan dengan dunia maya telah membuatkan CF kembali bersama hobi lama iaitu membaca novel. Ini merupakan novel terbaru yang CF baca. Novel ni CF beli masa dapat baucer buku tempoh hari. Selepas membaca novel ni CF terasa nak buat review berdasarkan apa yang CF faham mengenai cerita di bawah.


Cinta... Tiada Akhirnya merupakan kesinambungan daripada novel Ombak Rindu. Selepas segala-galanya selesai dengan kesudahan yang agak menggembirakan iaitu Hariz dapat bersama dengan Izzah, kini timbul pula masalah yang lain. Sikap Hariz masih tidak berubah. Selalu saja marah pada Izzah. Pantang ada kesilapan kecil, Hariz akan menunjukkan sikapnya ego itu. Namun, sikap romantik masih ada di dalam jiwa Hariz. Hihik.


Izzah pula masih dengan sikap baik hatinya. Sampai ada orang nak rogol dia pon taknak report polis. Grr... kononnya takut orang ramai tahu yang Hariz jumpa dia kat tempat pelacuran. Dah tu bila jumpa bapak saudara dia yang jahat tu (Taha) pon tetap taknak bagi tau Hariz. Maunya Hariz tak bengang. Konon baik hati sampaikan termakan dengan pujukan demi pujukan pakcik Taha. Eeeiii.. geram betul la dengan watak Izzah yang terlalu baik hati ni.



             


Mila pulak semacam ada hati je dengan Hariz lepas konon-kononnya Izzah dah mati. Padahal Izzah telah dijumpai oleh penduduk kampung (tak ingat kampung apa). Lepas tu Izzah hilang ingatan dan dia telah dibela oleh ibu dan bapa angkatnya. Identiti Izzah telah bertukar kepada Suri. Hariz pulak lepas kehilangan Izzah terus jadi tak menentu sampaikan adiknya Salleh telah merencanakan sesuatu yang bakal mengharu-birukan keadaan. Memang tak sangka Salleh tu memang jahat giler dan dialah orangnya yang ingin merogol Izzah. Grrr....


Elin merupakan watak adik kepada Mila. Elin juga rupa-rupanya ada hati dengan Hariz. Ramai betul peminat Hariz ni. Hmmm... nak tau apa kesudahan novel ni... Korang kena la beli ye. Hehe. CF ni dah ingat-ingat lupa pulak jalan cerita dia. Hehe.


dalam cerita ni konon-kononnya Izzah ni ada kembar. dah makin berbelit-belit pulak rasanya. hehe. tapi apa-apa pun cerita ni kita okey la.


Dah penat menaip, jom teman CF minum nescafe jap :)


Agak-agak la...



Assalamualaikum.


Waaa.... masuk hari ni genab la seminggu CF tak update blog, facebook mahupun twitter. Bila dah lama tak online tu mulalah jari-jemari ni terasa malas nak menaip. Kalau tidak, ada je benda nak share dengan korang.


Tadi bukak-bukak blog je .... amboi.... bukan main lagi iklan-iklan bermaharajalela di cbox CF. Macam nak hangin jugak tadi tapi sabar, sabar.... Heh... jangan ingat CF akan klik link-link yang berbaur iklan tu ye. Haha.. Sekarang dan pandai sikit. Buat penat je la pengiklan-pengiklan tersebut letak link yang konon-konon iklan tu kat cbox saya (macam marah je).


Ha, kat bawah ini adalah antara pengiklan-pengiklan telah berjaya dicapture. Haha. Tapi bukan semuanya iklan okey. Ada la dua tiga kerat yang bukan iklan. Yang paling tak tahan ayat Gadis Mawar tu. Ayat baik punya. Nak suruh CF klik la tu. No way !! Salah orang la.



Pengajaran : Jangan ingat blogger naif macam saya ni mudah tertipu dengan sewenang-wenangnya.

Ha... apa kata korang tolong klik CF punya iklan pulak. SINI.