Assalamualaikum.
Pagi tadi Cikgu Faiz ke Putrajaya kerana terlibat dengan aktiviti Kem Ibadah bagi murid-murid tahun 5 sekolah tempat Cikgu Faiz mengajar. Lokasinya di Masjid Putra. Ini merupakan kali kedua Cikgu Faiz menjejakkan kaki ke masjid ini. Dah sepuluh tahun berlalu masjid ini kelihatan semakin berseri-seri dan ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke sini untuk melihat keunikan masjid ini.
Mengenai Kem Ibadah pula Cikgu Faiz hanya datang sekadar menjenguk sahaja kerana aktiviti ini dijalankan sepenuhnya oleh fasilitator-fasilitator yang bertugas. Jangan tak datang sudah sebab kehadiran diambil. Sesiapa yang tidak hadir akan mendapat surat cinta dari Ketua Jabatan. Macam ni la cikgu.
Okey, lepas je selesai bertugas (macam banyak kerja je) Cikgu Faiz pon keluar. Sebelum tu sempat jugak la meninjau sekitar masjid dan snap gambar di bawah ini.
Cantik betul masjid ni. tengok tu ramai pelancong yang tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan dan keunikan seni bina masjid ini.
Ini pula pemandangan dari luar. Sejuk mata memandang.
Terpesona melihatnya... Abaikan wanita yang tengah berposing tuu. Hehe..
Ada pulak sepasang pelancong tu yang ingin bergambar dengan Cikgu Faiz. Mula-mula tu ingatkan dia suruh Cikgu Faiz snap gambar diorang. Mungkin dia tengok Cikgu Faiz pakai baju kurung kot.
Langit macam berjerebu jer.
Sesak dengan kenderaan yang keluar masuk.
Nasib baik la kat situ tidak disediakan tempat duduk. Kalau tak Cikgu Faiz ingat nak mengelamun sekejap sebelum pulang. Huhuhu.