Air Terjun Chamang 2



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 13 Disember 2014


Masih lagi dalam mood bercuti. Cuti ni dapat la meluangkan masa yang lebih sikit dengan keluarga tercinta. Minggu lepas Cikgu Faiz dan Encik Suami membawa anak-anak menghirup udara segar di air terjun Chamang. Air terjun ni merupakan salah satu tempat menarik yang ada di Bentong. Rasanya 3 tahun lepas pon Cikgu Faiz ada update pasal tempat ni tapi masa tu kami bertiga. Kali ni kami datang berempat pula. Huhu.


Entri 3 tahun lepas ada >DI SINI<




Kami datang bukan untuk mandi tapi sekadar cuci mata rehatkan minda di sini. Hihi. Air terjun ni agak bahaya sikit. Masa kami sampai tu air agak deras.




Sekiranya korang datang mandi di sini bersama kanak-kanak pastikan sentiasa mengawasi mereka kerana sungainya agak dalam dan air pon laju je.




Tengok gambar pon dah tau yang air tengah deras. Kalau hari tengah panas memang syok mandi dekat sini sebab airnya tersangatlah sejuk. 












Kalau diperhatikan semua gambar di atas macam tak berapa nak menjadi sebab ada budak tu tak nak senyum. Muka serius je. Baru bangun tido la katakan. Huhu. Sekian.



Yang menaip,

Cikgu Faiz VS Kucing



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 02 Disember 2014


Korang suka kucing? Cikgu Faiz suka sangat dengan kucing. Dulu masa zaman budak-budak memang suka bela kucing. Lepas seekor, seekor Cikgu Faiz bela. Cikgu Faiz tak bela banyak sekaligus. Bila seekor kucing tu dah mati, mesti akan ada pengganti. Biasanya kucing yang Cikgu Faiz bela tu kucing terbiar, orang buang. Mak Cikgu Faiz yang rajin bawak balik kucing. Huhuhu




Kucing ni comel sangat kan. Kalau bela kucing dulu, Cikgu Faiz la yang bagi makan. Makanan biasanya nasi gaul dengan ikan goreng yang ditumbuk / ikan bilis yang ditumbuk / ikan sardin yang ditumbuk. Huhu. Mau tak gemuk kucing Cikgu Faiz. Bila dah mula bekerja sambilan selepas SPM, ada la duit sikit Cikgu Faiz belikan makanan kucing yang mahal sikit tu. Whiskas ke friskies. Tapi macam tak sesuai pula dengan kucing kampung sebab cirit birit ke gatal-gatal. Dah lupa. Huhu.




Nama kucing pulak macam-macam ada. Semuanya diberi secara spontan. Huhu. Si Tompok, Si Babu, Si Bobby, Si Neng, Si Mama dan banyak lagi. Huhu. Yang lawaknya kucing ni bila dah rapat dengan seseorang ia akan ikut je ke mana kita pergi. Contohnya masa dalam rumah. Pergi dapur ke bilik ke mesti kucing ikut. Kadang-kadang Cikgu Faiz saje berlari boleh pulak kucing tu kejar Cikgu Faiz. Macam tu la hubungan Cikgu Faiz dengan kucing. Ibarat isi dengan kuku.


Kucing la peneman Cikgu Faiz ketika di rumah. Pernah sekali tu kucing terkurung dalam kereta. Cikgu Faiz pon tak perasan bila masa kucing tu menyelinap masuk masa Cikgu Faiz ambil barang di dalam kereta. Bila panggil kucing tu tak balik-balik sampai la esok. Lepas tu esoknya bila bukak kereta tengok-tengok ada kucing. Huhuhu. Nasib la tak terkencing terbuang air besar dalam tu. Kalau tak jenuh jugak nak hilangkan bau. Huhuhu




Nampaknya penyakit suka kucing turut diwarisi oleh anak bujang seorang ni. Tapi kan, kebanyakan kucing takut sangat dengan abang Hakim. Mana taknya, abang Hakim suka sangat kejar kucing. Huhu. Bertempiaran la kucing bila kena kejar. Pegang kucing pon dah berani. Dulu agak takut.


Entah bila la dapat bela kucing lagi. Rindu pulak rasanya dengan kucing-kucing Cikgu Faiz tu. Semua pon dah mati. Sobsob. Sekian.


Yang menaip,

Aktiviti Petang Tadi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 01 Disember 2014


Sedang menonton filem Bujang Lapok. Sambil tu boleh la update blog ni. Hari tu Cikgu Faiz ada bagitau yang cuti sekolah ni Cikgu Faiz akan kembali aktif kan? Tapi nampaknya agak sukar nak merealisasikan harapan tersebut sebab sekarang ni Cikgu Faiz sedang dalam proses nak menyiapkan assignment. Kadang tu dapat komen dua tiga entri je. Harap anda semua jangan la berkecil hati sebab Cikgu Faiz langsung tak berkunjung ke blog korang. InsyaAllah ada rezeki nanti Cikgu Faiz nak buat mini giveaway untuk pembaca blog ini.


Panjang betul mukadimah ye. Sebenarnya nak cerita tentang aktiviti petang tadi. Cikgu Faiz dan Encik Suami membawa anak-anak beriadah di taman permainan yang terletak di Sungai Marong, Bentong. Dah lama nak bawa anak-anak ke sana tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah petang tadi dapat juga melepaskan hajat untuk pergi ke sana.



Masa dalam kereta. Tembamnya Hannani. Bukan senang dia nak pandang kamera.




Hero-hero Cikgu Faiz. Abang Hakim yang paling teruja nak ke taman permainan.




Kami berdua memang kamceng semenjak dua menjak ni. Hihi. Hannani macam biasa tak nak pandang kamera. Tak mesra kamera betul la anak dara sorang ni.



Elele sukanya Hannani duduk atas mainan tu. Tapi sayangnya pemegang dah takde.




Hannani suka je main dekat taman ni. Suka dia tengok gelagat orang dekat sini. Huhuhu.




Hero yang semakin lasak. 




Haa.... ini yang paling Hannani suka. Berbuai la kita. Huhuhu. Diam je masa kena pangku atas buai ni. Kalau duduk lama sikit mau tertidur ni. Tak lama lepas tu hujan mula turun. Abang Hakim pon tak puas bermain lagi. Merajuk jugak dia tadi masa dalam kereta. Takpe la. Petang esok kita datang lagi ye. 


Tamat sudah cerita aktiviti petang tadi. Korang pula bagaimana?


Yang menaip,

Kenapa Cikgu Faiz Tak Sabar Nak Balik Kampung?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 01 Disember 2014


Alhamdulillah Cikgu Faiz telah selamat berada di kampung halaman. Jumaat lepas bertolak pada jam 12.00 tengah malam. Huhu. Sebab apa lewat malam sangat? Sebab Encik Suami kata malam sejuk tak panas. Huhuhu. Dah dia rela nak drive malam-malam buta Cikgu Faiz on je la.


Sampai je di kampung lebih kurang pada jam 3.00 pagi. Memang mata dah pedih giler la. Tak sabar nak tido tapi bila nampak je sesuatu atas meja solek terus tak jadi nak tido. Hahaha... Encik Suami dah selamat berdengkur dah. Hehe. Apa benda la yang membuatkan Cikgu Faiz excited sangat tu?


Inilah dia.....

 v

v

v

v

v



Yeay... lama sangat tunggu nak balik kampung semata-mata tudung aidijuma ni. Hihihi. Cikgu Faiz beli melalui online je dekat website aidijuma.com. Ambik sekali beli 3 helai terus. Mihmih. Ala, white label je pon. Sehelai RM10.





Ada lagi sehelai yang Cikgu Faiz beli. Grey Daisy green label. Yang ni Cikgu Faiz beli melalui seller aidijuma. Harga sehelai RM25 termasuk pos.





Hambik. Terus selfie dengan aj white label cat meow meow. Hihi.





Yang lain tak rasmi lagi. Setiap hari tudung baru. Mihmih. Mana yang cantik tu mesti asyik nak pakai yang tu je. Hihihi. Suka punya pasal. Lepas ni Cikgu Faiz akan bercuti selama sebulan dari membeli tudung aidijuma ni. Boleh tahan ke agak-agak. Dah la setiap minggu keluar design baru. Cantik-cantik pulak tu. Godaan betul la.


p/s : baru ni keluar black label terbaru pulak. Satu pon Cikgu Faiz tak beli sebab nak tahan godaan. Huhuhu.


Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...