Mari Belajar Bahasa Jepun



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 30 Mac 2017


Baru-baru ni Cikgu Faiz ada buat ladap secara online iaitu EPSA (E Pembelajaran Sektor Awam). Konon-konon nak belajar bahasa Jepun la. Banyak juga perkataan-perkataan yang dipelajari di situ. Bukan bahasa Jepun je. Ada juga kursus-kursus lain yang ditawarkan. Di sini Cikgu Faiz nak kongsikan sedikit perkataan dan ayat-atat mudah dalam bahasa Jepun. Let's begin. Jangan lidah tergeliat sudah.


THANKING

Doomo arigatoo gozaimasu
Thank you very much

Arigatoo gozaimasu
Thank you

Doomo
Thanks

Iie, doo itashimashite
You are welcome

Itadakimasu
Thank you. Said before eating or drinking

Gochisoosama deshita
Thank you. Said after eating or drinking



MEETING

Ohayoo gozaimasu
Good morning

Konnichiwa
Good afternoon

Konbanwa
Good evening



PARTING

Oyasumi nasai
Good night

Sayoonara
Good bye



Yang menaip,

Video Aktiviti Rapid Shooting Di Taman Negara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 23 Mac 2017


Salam gaji 1 Malaysia. Hari ni Cikgu Faiz nak up satu video Rapid Shooting masa ladap di Taman Negara hari tu. Macam biasa jangan lupa pause dulu lagu dalam blog ni ye. Caranya cuma tekan kotak sebelah perkataan PAUSE HERE. Baru la dapat merasai suasana aktiviti Rapid Shooting ni. Selamat menonton.




p/s : video ini telah dirakamkan oleh rakan yang turut serta. Thank you so much.


Yang menaip,

Video Ladap Taman Negara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 19 Mac 2017


Susulan daripada entri  >>Ladap Di Taman Negara<< sebelum ini. Kali ni dalam bentuk video pula kerana entri sebelum ni gambar tak banyak dapat upload. Kalau nak tengok video ni pastikan korang pause dulu lagu dalam blog ni. Caranya cuma tekan pada kotak kecil di bahagian atas sebelah kiri tu yang ada perkataan PAUSE HERE. Tekan aje kotak tu ye. Selamat menonton.




Yang menaip,

Ladap Di Taman Negara, Jerantut Pahang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 18 Mac 2017


Minggu lepas, Cikgu Faiz telah menyertai aktiviti LADAP di Taman Negara yang terletak di Jerantut Pahang. Aktiviti ini selama 2 hari 1 malam sahaja tetapi padat dengan aktiviti-aktiviti menarik yang ada di sana. Di sini, Cikgu Faiz akan bercerita serba sedikit mengenai aktiviti yang ada di sepanjang kami berkampung di Kuala Tahan.


Hari pertama (Sabtu) - 11 Mac 2017

Bertolak seawal jam 1.50 pagi dengan menaiki bas. Oleh kerana hari pon sudah larut malam makanya bas hanya berhenti sekali sahaja untuk ke tandas. Sampai di Kuala Tahan lebih kurang jam 6.20 pagi. Pagi-pagi buta lagi terpaksa menapak untuk ke hostel tempat kami akan bermalam nanti. Masuk je bilik terus solat dan bersiap-siap untuk melakukan aktiviti. Memang dahsyat sebab sampai-sampai je dengan takde rehat terus breakfast dan berkumpul. Tak sempat nak melompat atas katil. Huhuhu. Dari Kuala Tahan, kami menaiki bot untuk menyeberang ke Taman Negara. Perjalanan memakan masa tak sampai 5 minit. Dekat sangat.



Kami menginap di Liana Hostel.



Suasana dari Liana Hostel.




Yeay... dah sampai. Selamat datang ke Taman Negara.






Aktiviti pertama ~ Canopy Walk

Sebelum memulakan aktiviti, kami diberi taklimat oleh petugas yang ditugaskan untuk membawa kami menyusuri hutan di Taman Negara. Selesai sesi memanaskan badan, aktiviti pon bermula. Permulaannya agak mudah sebab berjalan sahaja tanpa apa-apa halangan. Lebih kurang 10 minit berjalan, sampai di satu pondok yang tinggi. Rupa-rupanya kami akan berjalan melalui jambatan gantung. Ada lebih kurang 7 jambatan gantung yang mesti dilalui. Memang tinggi. Nasib baik Cikgu Faiz agak biasa dengan tempat-tempat tinggi. Huhuhu. Kalau rasa takut, tengok pokok-pokok je la. Nak jalan atas jambatan tu kena sorang-sorang dan ada jarak yang ditemtukan. Tak boleh main redah je. Silap-silap jambatan tu melendut.



Haa... nampak tak dekat belakang tu kawan Cikgu Faiz tengah berjalan atas jambatan. Masa ni Cikgu Faiz dan sampai di stesen.



Tengok pokok-pokok je. Ku lihat hijau...



Bila semuanya telah berjaya merentasi halangan yang pertama ni, ingatkan dah habis la. Rupanya, ini baru sahaja permulaan untuk aktiviti yang kedua iaitu mendaki sampai ke puncak Bukit Terisek.


Aktiviti kedua ~ Mendaki Bukit Terisek




Nampak tak tu berapa kilometer untuk sampai ke puncak bukit. Entah berapa kali berhenti untuk berehat dan mengembalikan tenaga. Yang sebenarnya Cikgu Faiz dan beberapa orang rakan tertinggal di belakang sebab sebelum naik tu singgah ke tandas dulu. Huhuhu. Jadinya, yang di belakang ni terpaksa berjalan perlahan-lahan sebab banyak tangga tau. Nak kejar orang depan memang dah tak sempat sebab jauh dah ketinggalannya. Hahaha.



Posing dulu la. Peace yo.




Okey, berhenti rehat lagi. Lenguh kaki almaklum la jarang excercise kan. Huhuhu. Inilah akibatnya. Dah minum dan makan-makan sikit kami meneruskan perjalanan. Misinya, kami mesti sampai paling lewat pon jam 12.15 tengahari sebabnya lepas ni ada aktiviti lain pula. Perjalanan untuk naik ke puncak bukit memakan masa lebih kurang 3 jam lebih.



Berehat lagi. Bila banyak menggunakan tenaga, perut pon lapar la. Dalam beg tu penuh dengan makanan. Siap bawak pen lagi. Kalau dah namanya cikgu. Huhuhu. Perjalanan diteruskan lagi. Tak tahu dah berapa lama kami berjalan tapi tetap tak sampai-sampai. Tangga pula semakin banyak. Tapi semakin hampir sampai ke puncak, udara di persekitaran terasa nyaman dan sejuk je.



Yahuuu.... sampai juga akhirnya. Penantian satu penyiksaan. Hilang terus lenguh-lenguh kaki bila dah sampai tau. Hahaha. Teruja nak berposing la pulak sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai. Agak ngam ngam juga masa sampai tu. Lewat dalam 5 ke 10 minit.



Bukit Terisek akhirnya berjaya ditawan dengan jayanya. Syukur alhamdulillah. 



Semua berjaya sampai ke puncak. Cayalah. Semangat tu penting. Yang paling penting lagi, semua pon happy dan ceria bila dah sampai. Masa nak naik tu yang terseksa sikit. Hihihi. Okey, tak lama lepas tu sebelum masuk waktu zuhur kami bergerak untuk turun pula. Masa turun ni laju sikit tapi lenguh tetap ada. Pukul 2.30 petang nak buat aktiviti yang ketiga pula.





Sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai, berehat sambil mengambil gambar.




Aktiviti ketiga ~ Rapid Shooting

Oleh kerana, masa dah lari sikit jadinya aktiviti ini bermula pada jam 3 petang. Lepas makan dan bersolat terus bergegas turun ke tempat menunggu bot. Sebelum itu, kami diingatkan supaya tidak mandi sebabnya aktiviti Rapid Shooting ni akan membasahkan baju. Nak mandi pon memang tak sempat juga. Jadi, tak payah la mandi. Nanti tak pasal-pasal kena tinggal habis melepas nak join aktiviti ni yang tersangatlah best.


Masa untuk naik bot. Best sebab boleh relax sambil mengambil angin. Penat tu baru lepas panjat bukit. Tengah syok melayan perasaan tiba-tiba bot jadi senget pulak. Ingatkan sampai situ je, rupanya rapid shooting ni macam aktiviti tembak guna air supaya orang dalam bot tu basah. Hahaha. Elok sangat la tu sebab tadi pon tak sempat nak mandi kan.



Gambar dalam bot kurang jelas kerana hp ni dalam plastik kalis air. Jenuh juga mencari plastik kalis air ni di Puchong. Rapid Shooting ni lama juga perjalanannya. Memang puas dapat naik bot. Bot berhenti di perkampungan orang asli,


Aktiviti keempat ~ Melawat Perkampungan Orang Asli



Sampai je di perkampungan orang asli terus nak berposing dulu. Di sini, kami ditunjukkan cara-cara menghidupkan api dengan menggunakan hasil hutan. Di samping itu, kami turut diperkenalkan dengan senjata yang digunakan oleh orang asli untuk memburu iaitu sumpit. Cikgu Faiz hanya mampu melihat sahaja sebabnya kaki masih lenguh-lenguh. Kalau korang nak tahu, masyarakat orang asli ni ada satu amalan iaitu sekiranya ada di antara mereka yang mati, penduduk tersebut akan berpindah di tempat lain buat sementara sehinggalah mayat tersebut reput. Setelah itu barulah mereka akan pulang kembali ke tempat asal.


Menurut pakcik Jamal yang membawa kami ke sini, orang asli ni memang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah tetapi tiada jambatan untuk membolehkan mereka ke sekolah yang berhampiran. Menurut pakcik Jamal lagi, mereka yang menyatakan perkara tersebut pada pihak yang terlibat tetapi sehingga kini masih tiada khabar berita. Semoga lepas ni akan ada perubahan supaya kanak-kanak asli di sini dapat menimba ilmu dengan sewajarnya.



Bergambar kenangan dengan Tok Batin.




Penat dah. Berehat kejap konon nak selfie dengan roomate tiba-tiba ada yang menyelit.








Tiba masa untuk kami berangkat pulang. Sebelum tu macam biasa la, posing dulu. Masa nak balik rasa macam dekat pula. Ingatkan dah habis dah acara simbah menyimbah rupanya masa nak balik ni lagi teruk kena mandi. Nasib nasib. Redha je la. Sampai hostel, mandi, solat dan berehat sekejap sebelum ke acara barbeque (betul ke ejaan ni?. huhuhu). Lepas makan malam, berehat di bilik je dan terus tertidur kepenatan.



Hari kedua (Ahad) - 12 Mac 2017

Bangun seawal jam 6.00 pagi. Kemas-kemas barang. Pukul 8 pagi terus breakfast. Kami akan bertolak pulang pada jam 10.00 pagi. Masih awal lagi jadi kesempatan ini digunakan untuk bergambar di tempat-tempat yang menarik.



Chalet.






Dekat tiang ni pon jadi nak bergambar. 


Masa untuk bertolak pulang. Selamat tinggal Kuala Tahan. Kenangan selama dua hari ini tidak mungkin dapat dilupakan. Kami berhenti makan di Temerloh.



Sedap lauk tempoyak ikan patin dia. Lain kali kalau datang ke Temerloh pasti akan singgah makan di sini. Pasti tak menyesal. Perjalanan diteruskan sehingga sampai di sekolah pada jam 6 petang (lebih kurang je).


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...