Mini GA I Love Monopod By Emas Putih



As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih


Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)


KLIK


Yang menaip,

Hari Paling Tragis



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 07 April 2014


Hari ni merupakan hari sesat dan kelab kabut Cikgu Faiz. Memang penat sangat hari ni. Huhu. Al kisahnya pagi tadi kena bawak murid-murid untuk pertandingan futsal dan bola jaring mini. Mula-mula tu elok je follow belakang kereta kawan. Bila dah banyak sangat kenderaan yang bertali arus dan sibuk nak mencelah maka Cikgu Faiz tertinggal jauh di belakang. Huhu. Dah la jalan tersangat la sesak. Adoi... 





Bila dah nak sampai kat sekolah yang nak dituju tu Cikgu Faiz mula lupa dah jalannya. Hihi. Memang lemah sangat bab-bab jalan ni. Hmm.. Teruk betul kan. Dekat dalam Bandar Kinrara tu pon boleh sesat. Haha. Dua kali berhenti dekat stesen minyak dok tanya pekerja kat situ. Akhirnya berjaya juga sampai. Itu pon dengan bantuan anak murid jugak. Hihi. Buat malu je Cikgu Faiz ni. Nak buat macam mana. Ingatan budak lebih kuat dari orang yang dah tua ni. Hihi. Minggu lepas dah pergi sekolah tu untuk sukan olahraga tapi biasalah kan... Seperti yang Cikgu Faiz cakap tadi diri ini memang lemah pasal bab-bab jalan ni. Huhu. Kena lalu berpuluh-puluh kali baru boleh ingat. Hihi.


Okey.. bila dah selesai pasal hal sukan tu, petang tadi Cikgu Faiz singgah di Pos Laju sebentar untuk urusan pengeposan Kopi Mata Cen Roma untuk abah tersayang. Masa nak balik tu entah macam mana terlepas simpang keluar... Lepas tu Cikgu Faiz terus la depan sikit la konon nak pusing kat depan tu. Huhu. Pusing punya pusing tiba-tiba kereta boleh sangkut pulak dah. Huhu. Rupa-rupanya Cikgu Faiz dah lalu dekat jalan yang kira macam becak la (paham ke dok ye? hihi). Tekan minyak nak reverse tak boleh. Tekan minyak nak pusing pon tak boleh. Hati dah tak keruan terus capai handphone dan keluar dari kereta. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah lalu dengan motosikal terus Cikgu Faiz tahan. Hahaha. Muka tak malu betul. Berani beraninya Cikgu Faiz tahan motor tu ye. Hihi. Cuak punya pasal.


Hamba Allah tu tanya kenapa dan Cikgu Faiz tunjuk la tayar kereta depa yang dah termasuk ke dalam tanah tu. Huhu. Memalukan betul. Hamba Allah tu tengok je tayar kereta tu dan berkata yang dia tak bawak alat untuk mengeluarkan tayar tu. Entah apa ke nama benda tu. Hihi. Hamba Allah tu kata kena cangkul tanah tu. Hihi. Lepas tu dengan tak semena-mena lalu sebuah kereta dan berhenti di bahu jalan. Dia tanya kenapa. Lalu Cikgu Faiz dan hamba Allah tu tunjukkan tayar yang dah mendap tu. Cikgu Faiz lagi la cuak tahu. Dah la nak kena jemput Encik Suami pulak. Huhu. Apalah nasib hari ni.


Brader tu tolong reverse dan akhirnya berjaya jugak kereta Cikgu Faiz keluar dari lumpur tu. Fuhhh... lega sangat. Brader tu cakap tayar kena lurus baru boleh reverse balik. Hihihi. Selepas mengucapkan terima kasih yang tak terhingga Cikgu Faiz pon bergerak menuju ke sekolah Encik Suami dengan keadaan kereta yang dah macam tak basuh sebulan. Huhu.


Pengajaran daripada apa yang terjadi hari ini... lain kali masa drive tu kena tumpukan sepenuh perhatian terhadap jalan yang nak dituju. Huhu. Apa pun Cikgu Faiz bersyukur sangat semuanya dalam keadaan yang selamat. Nasib baik Allah beri jalan penyelesaian dengan menghantar dua orang hamba Allah tersebut untuk membantu. Allah saja yang dapat membalas perbuatan mereka berdua. Amin :)


Pasti sedap !!!


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...