Pagi Yang Agak Kelam-Kabut



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Nampaknya Cikgu Faiz sudah boleh tersenyum macam kucing di bawah ini.






Akhirnya berjaya juga Cikgu Faiz submit assignment yang pertama secara online. Fuhh !! Nasib baik la ada orang sudi tolong tadi. Kalau tak alamatnya kena tolak markah la sebab lambat hantar. Broadband ni pulak di saat-saat genting macam ni la dia nak buat hal. Kalau tak laju semacam je. Lepas ni nak kena buat assignment kenegaraan pulak. Harap kejadian pada hari ini tidak berulang lagi :)



p/s : lepas ni kena beli stok pos ekpress lebih sikit sebab tadi pon dah habis :(
Semalam pon habis jugak. Boleh kaya pos ekpress macam ni.


JOM MAKAN PIZZA !!! 3D PUNYE.

Cikgu Faiz stress ? Tak lah.. :)



Assalamualaikum.


Hai bloggers.

Entry pendek saje.

Assignment BI tak siap lagi.

Nak kena siapkan malam ni jugak.

Ahad ni tarikh submit.

Hadoii..




relax... jangan stress... :)

Tengok kucing ni. Happy je :)




Malam ni tak payah tido. Kena siapkan assignment. Cayok !

Dah siap assignment baru boleh shopping KAT SINI !!

Atas Nama Cinta



Assalamualaikum.



Hai bloggers. Lambai-lambai sikit :)

Ingat lagi tak entry ni ?

Kali ni Cikgu Faiz nak update pasal lirik lagu pulak.

ATAS NAMA CINTA...



penyanyi Atas Nama Cinta <3


Haruskah aku sesali
Atas apa yang terjadi
Pada kisah cinta ini
Haruskah aku bertahan
Walau apa pun dugaan
Cinta ku tetap dihati
Dengarkankan usikan hati ini sayangku
Dengarkanlah rinduku yang mendamba
Bicara oh kasih mu sayang
Menyintai mu seluruh jiwaku
Mekar bersemi indahnya duniaku
Kau dihatiku hingga akhir waktu
Aku berjanji atas nama cintamu
Ku serahkan padamu segala-segalanya
Percayalah kasihku untuk mu selamanya
Menyintai mu seluruh jiwaku
Mekar bersemi indahnya duniaku
Kau dihatiku hingga akhir waktu
Aku berjanji atas nama cintamu




peminat warna HIJAU sila TEKAN SINI !!

SEGMEN : Saya Suka Doodle



Assalamualaikum.


Morning blogges. Wah ! Pagi-pagi lagi dah kena tag. Thanks Zana.



Ini adalah segmen daripada Apit. Klik sini untuk ke blog beliau.


Nama : Cikgu Faiz

Warna : pink (F900F9)

Tag : Mia , SuperGirl

Saya Minat Dia La...



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Bersua kembali setelah agak lama menyepikan diri dari dunia blogging. Cikgu Faiz sangat sibuk sejak kebelakangan ni. Untuk pengetahuan semua, Cikgu Faiz telah terkena sindrom 'Gila Kerja'. Haha. Ada sesiapa yang pernah mengalaminya?


Okay okay... ni nak tanya. Semalam korang tengok tak drama Atas Nama Cinta? Mesti tengok kan? Hehe. Semalam merupakan episod akhir. By the way... sebenarnya Cikgu Faiz suka tengok hero dalam drama tu. Hehe. Ala... Shah Iskandar tu yang pernah berlakon dalam drama Nora Elena. Dalam drama Nora Elena, Shah memegang watak sebagai Malik. Korang pon mesti suka kan? Hehe..



sumber : Abang Google tercinta :)




Kalau korang perasan la kan, lagu tema blog ni pon dah bertukar kepada lagu tema Atas Nama Cinta. Hehe. Begitu hebatnya penangan drama ni. Masa mula-mula dengar lagu ni memang rasa tak best langsung. Bila dah selalu dengar dan tengok serta menghayati drama ni... Cikgu Faiz telah mula jatuh cinta.... Terus cari lagu ni dekat YouTube dan download masa tu jugak. Haha. Fanatik habiss.


Watak Farish pon tak kurang hebatnya. Cuma yang buat 'spoil' bila Farish tu nak rogol Cinta. Apa-apa pon cerita ni memang sedih sangat semalam. Sobsob... Menangis jugak la semalam. Nangis nyorok-nyorok takut ada orang nampak buat malu je. Huhu...



sumber : Abang Google tercinta :)


Minggu depan drama Cinta Buat Emelda pulak. Harap-harap lagi best :)


Anda peminat Sony Xperia ?? Tengok ni.

Jom Jadi Geng KAMI BLOGGER MALAYSIA.



Assalamualaikum.


Malam ni Cikgu Faiz nak join satu segmen yang telah ditag oleh Eyja.




KLIK SINI untuk ke blog tuan punya segmen :)

Kalau nak join mesti follow blog di atas ok.

Tag : Faiz , Fyna , cik pensel , Azira dan Farah.

Cikgu Faiz berasal dari Pahang.

Rambut Baru Faqih Yang Ohsem.



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Selamat Hari Sabtu. Cuti hampir sampai ke penghujungnya. Harap-harap takde sesiapa yang datang memantau di kelas Cikgu Faiz. Cuti ni tak balik Bentong pon. Rasa lain macam pulak bila tak balik kampung ni. Takpe. Cuti seterusnya masih ada lagi :)


Sejak kebelakangan ni suka sangat tayang muka Faqih. Ini gambar untuk menunjukkan rambut depan Faqih yang telah digunting. Hasilnya jadi seperti di dalam gambar kat bawah ni. Bukan main susah lagi nak gunting rambut Faqih sebab dia takutkan bunyi gunting. Huhu.




Tali leher abah telah menjadi mangsa Faqih untuk berposing.





Pandai pulak buat tangan macam ni. Heheh.





Suka sangat ...





Si mata sepet...





Apesal semua gambar mulut ternganga je ?




Setakat ini sahaja coretan buat peminat-peminat Faqih.


Kawal kereta F1 anda dengan hanya menggunakan suara sahaja. Macam mana tu? Nak tahu? Tengok ni.

Wordless Wednesday : Faqih dan I-Pad



Assalamualaikum.





Mahu menjadi kakak angkat kepada salah seorang daripada anak-anak yatim? KLIK SINI.

Diana Danielle Tarik Zizan Ke Dada?



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Haha. Tak pernah-pernah Cikgu Faiz buat entry pasal artis. Ni tiba-tiba pulak kan? Layan je lah..




Aksi Diana Danielle tarik Zizan ke dadanya , eh nampak macam melekat, of coz la.. dah gambar camtu, aksi ini atas alasan : "alah cuma pada cover majalah jer, lagipun atas tuntutan kerjaya". Ehem.. imej Zizan baru-baru ini dipandang tinggi kerana sanggup menolak show ribu-ribu untuk bersama ustaz Azhar Idrus. Apapun dunia artis memang macam ni. Ada yang dari artis masuk dakwah. Ada yang dari Dakwah jadi artis.Lagi gambar di bawah.




Cerita Seorang Budak Umur 4 Tahun Yang Begitu Menyeramkan lah..!





Ini merupakan cerita yang telah di 'copy paste' dari laman Tagged.




Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.


Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.


Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.


Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.


Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.


Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.


Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.


Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.


Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sahabat Katak Comel



Assalamualaikum.


Moshi moshi bloggers. Baru je balik dari sekolah. Kerja semalam tak siap lagi. Nasib la siapa yang jadi cikgu tu. Sibuk memanjang. Ok la. Hari ni Cikgu Faiz nak join segmen yang agak hijau ni. Segmen ini telah ditag oleh saudari Cik Katak.




Segmen ini telah dianjurkan oleh Miera.


Mangsa :



Tarikh tutup : 11.59 pm on 11 March 2012


SELAMAT BERSEGMEN !!!


p/s : Katakan Tidak Kepada Bakteria ! KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Pertandingan Guru Inovatif



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Hari ni saya agak sibuk sikit. Kalau diikutkan hari ni dah mula bercuti tapi apakan daya, saya terpaksa pergi ke sekolah untuk menyiapkan bahan bantu mengajar untuk pertandingan Guru Inovatif. Bahan ini mesti dihantar selepas cuti sekolah ni berakhir.





Saya tidak melakukannya seorang diri kerana ini merupakan pertandingan secara berkumpulan. Sebenarnya saya pon tak ingin nak masuk pertandingan ni tapi nak buat macam mana? Semua guru diwajibkan untuk menyertai samada secara individu atau berkumpulan.





Mereka yang turut sama bertungkus-lumus menyiapkan bahan ini ialah Linda, Kak Siti, Ina dan suaminya. Memang bersemangat betul la korang tadi. Semalam punya la blur tak tau nak buat apa-apa. Akhirnya terhasillah jugak bahan yang tak seberapa ni.




Erk... sorry. Gambar ni dah jadi terbalik pulak. Gambar atas sekali tu yang dah hampir siap. Hehe. Pandai-pandai korang la tengok ye :)

Faqih yang muka ala-ala korea



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Hangat tak hari ni? Ke hangit? Hihi. Ok lah, dah lama jugak Cikgu Faiz tak update pasal si hensem. Siapa lagi kalau bukan boboiboy Cikgu Faiz, Faqih. Sekarang ni Faqih dah pandai ikut apa yang kita ajar dia cakap. Sebutannya pon dah hampir betul. Seronok sangat bila anak dah pandai bercakap ni. Tak lama lagi penat la Cikgu Faiz nak melayan borak dengan Faqih.



Faqih yang tembam. Rambut depan dah panjang sangat tu....



Faqih suka buat muka serius bila bergambar.



Kira nasib la dapat tangkap gambar tengah senyum lebar ni...



Tunjuk buku lima ke?



Faqih @ Park Soon Hwan (nama korea)


Perkataan baru Faqih sekarang

1. Hujan

2. Ipash (lipas)

3. Abang

4. Kucing

Kohort 3 : Kad Matrik



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Sambil makan mi sup ni update pon best jugak. Hehe. Sabtu dan Ahad baru-baru ni kan Cikgu Faiz telah menghadiri kelas PJJ. Hari Ahad tu baru dapat kad matrik. Hehe. Teruja sangat nak tengok macam mana rupa Cikgu Faiz. Nampak macam ok la. Cuma senyum tu kena lebih sikit kot. Hahaha......





Sambung makan mi sup. Nak join? Pegi beli sendiri la. Hehehe....

Membeli belah di POPULAR



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Cikgu Faiz muncul lagi setelah beberapa hari menghilangkan diri di celah-celah kesibukan orang ramai. Fuhh... hari ni rasa lega sebab Baucer Buku 1 Malaysia telah selamat digunakan untuk membeli keperluan-keperluan seharian yang penting.



Baucer Buku RM200



Cikgu Faiz pergi ke kedai Popular yang terletak di IOI Mall Puchong. Lama jugak la pusing-pusing dalam kedai tu. Rasa macam blur pulak tak tau nak beli apa. Akhirnya Cikgu Faiz mengambil keputusan untuk membeli peralatan-peralatan di bawah ini.



Macam-macam ada kan? Gam, pen, pensel, pembaris, kertas A4 putih, warna warni, pencil case, novel, buku Faqih pon ada. Huhu.




Buku Faqih.




Novel Ombak Rindu. hehe.

Kohort 3 : Program Pensiswazahan Guru



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Hari ni Cikgu Faiz sibuk sangat-sangat. Pagi tadi bertolak ke UPSI kira-kira hampir jam 7 pagi jugak. Sampai kampus lebih kurang pukul 8.30 pagi. Sampai-sampai terus online laman web PJJ sebab nak cari nombor kumpulan.


Memang tak puas hati la sebab pihak universiti memang takde langsung bagitahu apa-apa mengenai kelas kami. Pandai-pandai la cari sendiri. Rupa-rupanya kelas PJJ bukanlah di kampus induk UPSI. Kelas kami terletak di bangunan UPSI yang baru jalan menghala ke Proton City iaitu di Kediaman UPSI.


Memang confident giler masa masuk kelas sebab dah tanya dengan kawan-kawan yang lain. Kumpulan Cikgu Faiz B02. Dipendekkan cerita, yang sebenarnya Cikgu Faiz telah tersalah masuk ke kelas. Kelas yang sebenar-benarnya adalah di Proton City. Aduhai... kenapa la jadi macam ni? Menyusahkan betul. Tak boleh ke tampal senarai nama dekat setiap kelas? Kan mudah nak jejak. Memang ramai yang tersalah masuk kelas. Pensyarah pon dok geleng kepala melihat gelagat cikgu-cikgu yang asyik keluar masuk kelas. Apa nak buat? Lain kali rancang la betul-betul sebelum nak mulakan kelas.




Apa-apa pun hari ni merupakan hari yang sangat memenatkan. Asyik nak mencari dari pagi sampai malam. Cari apa? Ha, ni dia senarai pencarian Cikgu Faiz.

1. Kelas

2. Kedai makan

3. KFC

4. Hotel Bunga Raya


Pertanyaan : ada tak blogger di sini yang ambik PJJ di UPSI?

I'm back !



Haiiiii..... !!! Rindunya kat blog ni. Hampir seminggu tak dapat online. Sobsob... Esok nak kena pergi UPSI pulak. Busy busy... Argghh... laptop dah kena format balik. Habis semua hilang. Grrr.... Blur sekejap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...