Showing posts with label cerita artis. Show all posts
Showing posts with label cerita artis. Show all posts

Majlis Pelancaran Projek Sekolah Prihatin Muslim Volunteer Malaysia Dengan Kerjasama SK Puchong Utama



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 19 Februari 2018


Masih belum terlambat rasanya untuk Cikgu Faiz mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina buat semua individu yang berbangsa cina. Gong Xi Fa Chai. Masih dalam mood bercuti, Cikgu Faiz nak update cerita di sekolah sebelum bercuti haritu.


Tanggal 12 Februari 2018 bersamaan dengan hari Isnin telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Projek Sekolah Prihatin Muslim Volunteer Malaysia Dengan Kerjasama SK Puchong Utama. Tahun ini merupakan tahun yang kedua SK Puchong Utama terlibat dengan program bersama Muslim Volunteer. Pada majlis ini, turut hadir ialah ikon Muslim Volunteer Malaysia iaitu Diana Amir. Ala... pelakon di bawah naungan MIG Record dengan David Teo tu.... Sekarang dah tak berlakon kot. Lupa nak tanya. Hihihi.



Dalam projek ini, setiap murid akan diberi satu tabung secara percuma. Tujuan projek ini diwujudkan adalah untuk memupuk sifat prihatin di kalangan murid-murid dalam membantu golongan yang memerlukan di samping menyemai sikap suka menabung.



Tabung yang diedarkan ini boleh digunakan untuk simpanan sendiri atau disalurkan kepada pihak Muslim Volunteer Malaysia. Wakil Muslim Volunteer Malaysia akan hadir ke sekolah setiap bulan mengikut jadual untuk mengutip hasil tabungan dan ianya tiada paksaan. Bagus kan. Murid-murid bukan sahaja dapat belajar menabung, malah belajar bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Hasil kutipan tabung ini akan disalurkan kepada golongan asnaf dan mana-mana tabung misi kemanusiaan Muslim Volunteer Malaysia.



Barisan pentadbir SK Puchong Utama. Dari kiri En Nasri (PK Kurikulum), Pn Jurayu (PK HEM), Pn Faridatul Azna (Guru Besar), Pn Diana Amir (Ikon Muslim Volunteer Malaysia), En Muhammad (Presiden Muslim Volunteer Malaysia) dan En Khairil (PK Kokurikulum).



Team Prasekolah bergambar kenangan dengan Diana Amir.



Okey tak habis lagi. Selfie pulak. Bila lagi kan.... Hahaha.



Last. Kalau tak silap Diana Amir ni lahir tahun 1984 jugak. Sebaya dengan Cikgu Faiz. Kalau tak silap la. Dah lupa. Kalau tersilap tu mintak maaf ye. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Tak Wajar Pertikai Anugerah Aaron Aziz | Dato' Siti Nurhaliza



Assalamualaikum.


Penghibur nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyelar kenyataan rasa tidak puas hati Zed Zaidi dalam akaun twitternya berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular 2011, kelmarin.


Selaku anak seni dan penyanyi tersohor dan berpengalaman dalam dunia seni, Siti Nurhaliza menyifatkan tindakan pelakon utama Sembilu 2005 itu adalah tidak wajar.






“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan. “Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat.


“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau, yang turut menerima Anugerah Sri Perak pada majlis itu, kepada pemberita selepas majlis Minggu Setiausaha 2012 bertemakan ‘Afternoon of Elegance’ di Pusat konvensyen Persada Johor di sini, hari ini.


Siti berkata, semua karyawan di negara ini diharapkan supaya saling bergabung dan bersaing secara sihat dalam industri seni dan hiburan tanah air sekali gus mempertingkatkan kualiti masing-masing.


“Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri,” katanya.


Media melaporkan kenyataan Zed Zaidi dalam akaun Twitternya yang tidak berpuas hati dengan kejayaan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz selepas merangkul anugerah ABPBH 2011 di Genting Highlands, kelmarin.


Diana Danielle Tarik Zizan Ke Dada?



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Haha. Tak pernah-pernah Cikgu Faiz buat entry pasal artis. Ni tiba-tiba pulak kan? Layan je lah..




Aksi Diana Danielle tarik Zizan ke dadanya , eh nampak macam melekat, of coz la.. dah gambar camtu, aksi ini atas alasan : "alah cuma pada cover majalah jer, lagipun atas tuntutan kerjaya". Ehem.. imej Zizan baru-baru ini dipandang tinggi kerana sanggup menolak show ribu-ribu untuk bersama ustaz Azhar Idrus. Apapun dunia artis memang macam ni. Ada yang dari artis masuk dakwah. Ada yang dari Dakwah jadi artis.Lagi gambar di bawah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...