Segmen: Bloglist Haslina : July 2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jumaat . 23 Jun 2017


KLIK BANNER UNTUK SERTAI.


Cikgu Faiz tag | Mala | Cik Miela | Mama Pipie


P/S : Semua syarat-syarat Cikgu Faiz dah buat ^^


Yang menaip,

Hasil Bidaan Di Chilindo



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 23 Jun 2017


Alhamdulillah, Cikgu Faiz dah selamat sampai di Bentong malam tadi. Tahun ni giliran beraya di Bentong dahulu. Tinggal sehari sahaja lagi sebelum kita akan meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Okey, Cikgu Faiz nak cerita ni. Malam tadi sampai je rumah abah, lepas susun semua barang-barang dalam bilik, Cikgu Faiz terus terkam kotak yang ada di atas meja. Biasa la shopping online. Hihi.




Cikgu Faiz beli ni ha.... Monopod dan Mobile Stand Tripod hasil bidaan di chilindo. Sebenarnya tak terfikir pon nak beli dua benda tu. Cikgu Faiz dapat tau pon melalui biras. Hahaha. Lepas tu saje je nak cuba. Lepas tu terjumpa benda ni dan terfikir alang-alang dah nak raya ni apa kata bida benda ni. Kali pertama bida monopod dapat la RM4.30. Mobile Stand Tripod tu bida kali ke 2 baru dapat harga RM3.10. Sebelum tu Cikgu Faiz bida warna lain jadi lebih dari RM5. Hihi. Kita nak murah-murah je sebab baru nak cuba kan. Jadi raya ni senang la kalau nak ambik gambar satu keluarga kan. Tak perlu bersusah payah nak minta orang lain ambikkan. Guna je Mobile Stand Tripod ni. Encik Suami gelak-gelak je tengok Cikgu Faiz beli benda ni. Huh. Lepas tu dia juga sibuk nak tolong pasang. Hahaha. Okey, tambah caj perkhidmatan 10% RM0.74 sen dan kos penghantaran RM8. Jumlah keseluruhannya RM16.14 sen. Hihi. Berbaloi la jugak kan. Murah.


Rasanya ramai juga yang dah tahu kot pasal chilindo ni sebab iklan kat facabook pon selalu keluar. Kalau korang nak cuba juga boleh je klik link di bawah ni.



Korang boleh log ni masuk dengan >CONNECT WITH FACEBOOK<.  Lepas tu boleh la pilih barang apa yang korang nak bida. Untuk membuat pembayaran, korang boleh ke >TROLI SAYA<. Pembayaran hanya melalui bank OCBC sahaja atau kalau korang nak COD, bayar lepas dapat barang. Tapi biasanya COD ni ada kawasan yang tertentu sahaja. Kalau ada online banking itu lebih mudah untuk membuat pembayaran. Bila dah buat bayaran tu, cepat-cepat email slip pembayaran dan invoice pada email chilindo tu. Oh ya, invoice tu korang boleh screenshot dekat 'troli saya'. Bila dah settle semua, tunggu je barang sampai. Nanti dorang akan update no tracking dekat email korang jadi pastikan email yang korang guna tu memang boleh buka. Dekat 'troli saya' pon dorang update tapi yang Cikgu Faiz punya tak berhapdet sampai la sekarang. Huhu. Takpe la. Mungkin ada kesilapan di mana-mana yang penting barang dah pun sampai dengan selamat.


Kalau dah murah, adat la kalau ianya tak menepati citarasa korang seperti dalam gambar. Tak boleh la buat berlasak sangat kan. Guna elok-elok In Sha Allah tahan lama. Huhu. Okey, setakat ini sahaja perkongsian dari Cikgu Faiz. Selamat Membida. Sekian.


Yang menaip,

MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 10 Jun 2017



KLIK BANNER UNTUK SERTAI.


Cikgu Faiz tag | Mama Pipie | Puan Kuci | Anis Farhana


Yang menaip,

Semester Terakhir Di UPSI?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 07 Jun 2017


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini Cikgu Faiz ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya Cikgu Faiz telah selesai menghabiskan saki baki PJJ di UPSI Isnin lalu. Alhamdulillah hari Isnin lepas, Cikgu Faiz telah menduduki peperiksaan akhir bagi subjek Pengurusan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Syukur sangat-sangat kerana Cikgu Faiz dapat menghabiskan semester terakhir ini dengan berbekalkan semangat dari keluarga dan rakan-rakan seperjuangan.




Tetapi, Cikgu Faiz masih belum boleh menarik nafas lega selagi keputusan peperiksaan belum diumumkan. Harapan Cikgu Faiz semoga akan lulus hendaknya dan lepas ni Cikgu Faiz akan menyambung kembali aktiviti di blog. Rindu rasanya nak bercerita di blog ini dan menyertai segmen serta giveaway dari rakan-rakan blogger. Rasanya itu je yang Cikgu Faiz nak kongsikan malam ni. Semoga urusan kita semua dipermudahkan olehNya. Amin.


Yang menaip,

Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 04 Jun 2017



KLIK BANNER UNTUK SERTAI.


Yang menaip,

Jatuh Cinta Dengan Ephyra Lips Cream To Matte



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 04 Jun 2017


Hai semua. Salam ramadhan hari yang ke-9. Dah shopping raya ke tu? Ha... kalau belum, apa kata korang cuci mata dengan lipstick cream to matte keluaran dari Ephyra ni. Ada 5 warna kesemuanya dan cantik-cantik tau. Tak percaya? Meh la tengok dulu.




Apa yang menarik tentang Ephyra Lips Cream To Matte?


Affordable Lip Matte
Harga RM30 je uolls dan kualiti confirm tip top. Mana nak dapat harga murah macam ni.

Smooth & Velvety Finish
Sekali sapuan je dah cantik. Pakai sikit warna dah naik.

Wudhu' Friendly
Senang nak tanggal tanpa perlu menggosok kuat-kuat sampai luka atau pedih bibir.

5 Stunning Colour For All Skin Tones
Warna memang in dan trendy. Sesuai untuk kulit orang Asia (sawo matang katanya). Hitam manis pon sesuai sangat.

Long Lasting & Light Weight
Rasa dan tekstur ringan macam tak pakai lipstick. Juga tidak melekit, tak berminyak & plumping your lips.

With Vitamin E & Jojoba Oil
Berfungsi ibarat lip care yang membantu untuk melembapkan dan merawat bibir yang kering atau bibir gelap.



Ini stok Ephyra Lips yang baru sampai pagi tadi. 



Ini swafoto Cikgu Faiz dengan Ephyra Lips warna whisper nude. Whisper nude ni warna dia natural je.



Yang ni pula warna pink peony. Siapa yang sukakan warna merah jambu tu memang sesuai sangat la tu. Pink gitu.



Yang ni pula warna scarlett plum. Fuhh... memang menonjol sangat warna ni. Sesuai untuk mereka yang berani. Lagi dua warna iaitu amber rose dan red kiss, Cikgu Faiz tak sempat nak selfie lagi. Amber rose dan red kiss pon kebabom sangat warnanya tau. Memang tak rugi pon kalau korang ada koleksi Ephyra Lips ni.



Amacam? Tergoda tak dengan lipstick Ephyra tu? Hihihi. Kalau korang berminat nak cuba boleh je nak order dengan Cikgu Faiz. Harga 1 cuma RM30 tapi tak masuk pos lagi ye. Nak dapat percuma postage? Boleh... tapi dengan syarat kena beli 3 lipstick. Ajak la kawan-kawan, kakak, mak atau sedara mara beli sama-sama kalau nak jimat duit pos. Hihi. Nak cod pon boleh juga tapi hanya untuk warga Puchong je la. Kalau masa cuti sekolah Cikgu Faiz biasanya ada di Bentong Pahang atau di Senawang, Negeri Sembilan. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan korang boleh terus WHATSAPP 0129771902 (Cikgu Faiz). Sekian.


Yang menaip,

Blaus Dari Potton Kids



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 02 Jun 2017


Ya ampunn !! Semenjak cuti sekolah Sabtu lepas, Cikgu Faiz tak habis-habis cuci mata dekat facebook. Adui... nak dekat raya ni banyak pulak iklan-iklan yang menarik hati. Rambang mata dibuatnya tau. Dalam banyak-banyak tu, Cikgu Faiz try la beli sehelai blaus warna ungu ni untuk Hannani. Kebetulan haritu beli seluar jeans tapi takde blaus yang menarik hati, lepas tu boleh pulak terjumpa yang dekat facebook ni terus berkenan. Apa lagi terus taip 'PM' dekat ruangan komen. Hihi. 




Yeay.... Blaus yang comel ni Cikgu Faiz beli dari Potton Kids. Selain warna ungu, ada juga warna lain seperti merah jambu. Blaus ni available untuk kanak-kanak yang berusia 2 tahun sehingga remaja berusia 15 tahun. Harga untuk saiz 5 tahun ni RM40 tak masuk postage. Kalau saiz 9-15 tahun harga lain pulak ye. Kalau korang pon berkenan dengan blaus yang comel ni boleh je order dekat page Potton Kids. Sambil tu boleh juga cuci mata dengan produk lain yang turut dijual. Jom serbu !!!




Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...