Pelik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 29 Ogos 2015


Cikgu Faiz tengah musykil ni. Dari semalam lagi. Kenapa ye tak boleh nak upload gambar dekat entri? Asyik BAD REQUEST je. Bosan pulak jadinya. Dah la follower dekat blog pon kadang ada kadang hilang. Pening pening. Ada yang mengalami situasi seperti Cikgu Faiz tak? Kita geng. Hihi. Sekian.


Join contest untuk pergi ke Jepun secara PERCUMA >>> DI SINI


Yang menaip,

Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015




Assalamualaikum dan salam sejahtera






Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 17 OGOS 2015 hingga 11.59 malam 31 OGOS 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 155.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI...


Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.



Syarat-syaratnya :


1. Wajib Follow Blog Sponsor


| Diari Jejaka Hangat | Wan Sarah | Cik Miela | Missakuradiary | Aderakukeysah


| Awansayatasana | Azirahman | Yayacendana | Nizam |



2. Wajib Like Fanpage Sponsor





3. Follow Instagram Sponsor

| Aerill_Hassan | Barbieshia | Bahejabelladotcom | Norazilah72 | Yayacendana |


5. Buat entri bertajuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


Sekian.

Tonton drama Pelangi Cinta (Episod 1) lakonan Shaheizy Sam dan >>> WATCH 


Yang menaip,

Lirik : Terima Kasih Cinta | Tasha Manshahar feat RJ



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 21 Ogos 2015


Semenjak dua menjak ni Cikgu Faiz suka layan lagu baru Tasha Manshahar yang tengah top tu. Rasanya lagu tu ada dalam drama Eksperimen Cinta lakonan Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda kan? Hihi. Tau lagu ni pon masa blogwalking ada blogger tu guna lagu ni dekat blog dia terus jatuh cinta pandang pertama. Hahaha. Okey la, oleh sebab Cikgu Faiz suka sangat dengan lagu ni terus je google lirik lagunya. Hihi. Jom layan sambil nyanyi. Cikgu Faiz suka intro muzik lagu ni.



Terima Kasih Cinta - Tasha Manshahar feat RJ

Bisikan rindu memanggil namaku
Dirikan coretan merebahkan naluri hatiku
Usah bimbang tentang aku
Ku selalu di sisimu
Hapuskan rasa ragumu
Ku cuma ada kamu

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di mana pun engkau berada
Di sini masih cinta

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Cinta, anugerah Maha Esa
Kita corak, kita gubah, kita dirikan
Seperti impian yang kita kejari
Semoga bersama hingga ke akhir nanti
Terima kasih cinta, kita kan bersama
Terima kasih cinta, buat selamanya
Seperti impian yang kita kejari
Semoga kita bersama hingga ke akhir nanti

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah





Untuk mereka yang menggemari >>> NASI LEMAK


Yang menaip,

Giveaway Wallet By Opzzpinky



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 20 Ogos 2015




Sila tekan banner di atas jika berminat untuk sertai. Hadiahnya berupa satu wallet dari China. Untung-untung ada rezeki boleh tukar wallet baru kan. Hihi. Sekian.


Siapa paling best? >>> TENGOK


Yang menaip,

Di Mana Lokasi Farm In The City?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 20 Ogos 2015


Hai... dua hari tak bersiaran. Erm... korang ingat lagi entri FARM IN THE CITY yang Cikgu Faiz update bau-baru ini. Eh, macam la blog ini famous amos sangat sampai semua orang boleh ingat. Huhu. Dalam entri itu ada rakan blogger yang bertanyakan tentang lokasi Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan itu.




Dan ini merupakan alamat di mana letaknya lokasi Farm In The City. Cikgu Faiz pon baru tahu itu pon kawan-kawan yang bagitau. Punya la lama dah menetap di Puchong ni barulah sedar akan kewujudan tempat yang best ni. Huhu.




Alamatnya :

Lot 40187 - 40188,
Jalan Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
Seri Kembangan,
43300 Selangor Darul Ehsan.
No. tel : 03 - 89412099 / 3099


Harap alamat ini dapat membantu sis Ruby untuk ke sana. Kalau nak senang boleh terus waze aje Farm In The City. Sekian.




Yang menaip,

Ephyra Gala Dinner 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 18 Ogos 2015


Jumaat malam hari tu bersamaan dengan 14 Ogos 2015, Cikgu Faiz berpeluang untuk ke majlis Ephyra Gala Dinner yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Majlis makan malam tersebut diadakan khas untuk semua stokis dan dealer Ephyra yang terpilih di samping hari pelancaran untuk tiga produk terbaru di bawah naungan syarikat Oceanlife Marketing. Cikgu Faiz takde la tangkap banyak sangat gambar tapi boleh la kan buat tatapan korang semua apa yang berlaku di sepanjang majlis tersebut.



Gambar pertama sesampainya di sana. Huhuhu.




Inilah suasana di dalam Dewan Tun Dr Ismail, PWTC pada malam tersebut. Cikgu Faiz duduk di bahagian hadapan pentas utama serta bersebelahan dengan meja bos dan juga duta Ephyra. Tak sangka jugak sebenarnya dapat meja depan sekali. Huhu.



Sementara menunggu majlis bermula, Cikgu Faiz mengambil kesempatan untuk merakamkan beberapa keping gambar. Gambar atas ni cupcake tema Ephyra. Oh ya, kebanyakan warna-warna di dalam dewan adalah warna biru sepadan dengan warna tema Ephyra tu.



Tu dia meja bos iaitu Puan Amiza selaku CEO, Encik Zafry selaku COO dan juga pasangan duta Ephyra. Masa ni Norman dan Memey belum masuk lagi.



Simbolik upacara Malam Dinner Ephyra sebelum perasmian tiga produk terbaru Ephyra.



Yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mengumumkan ketibaan duta Ephyra, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.





Pelancaran tiga buah tangan terbaru selepas minuman kolagen Ephyra iaitu Ephyra Skin Bar, Ephyra M2FLEX dan Ephyra Inteemor.



Ucapan daripada Norman Hakim selaku duta Ephyra.




Haaa.... nampak tak tu dekat je dengan meja duta. Hihihi.



Acara makan malam dimulakan dengan sajian menu di atas. Sampai tak larat la nak makan. Huhu.



Antara artis jemputan pada malam tersebut. Cikgu Faiz tak ingat nama dia ni tapi beliau merupakan peserta program nyanyian di RTM. Juara Bintang Pujaan kalau tak silap. Masa ni dia menyanyikan lagu Anuar Zain yang berjudul mungkin khas untuk Puan Amiza yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran. Sebijik macam suara Anuar Zain.





Nurul pon turut diundang untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada malam itu.



Sempat selfie dengan Encik Suami yang temankan Cikgu Faiz pada malam tu. Hikhik.



Dekat belakang tu penyanyi dan juga komposer yang pernah mencipta lagu untuk penyanyi Alyah. Cikgu Faiz ni memang tak berapa cam la kalau penyanyi baru ni sebab ramai sangat. Huhuhu. Sedap jugak suara dia ni.



Selfie kenangan dengan Memey Suhaiza sebelum balik. Huhuhu. Masa ni majlis dah pon berakhir.




Dengan Puan Amiza yang sangat baik. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Cikgu Faiz untuk bersama-sama di dalam keluarga Ephyra. Tak lupa juga terima kasih kepada Encik Zafry yang bersusah payah mengundang Cikgu Faiz ke majlis ini dan memberikan satu lagi seat untuk Encik Suami. Huhu. Tak sempat nak bergambar dengan beliau sebab beliau sangat ramai peminat. Huhuhu.



Pada malam tersebut juga semua yang hadir mendapat goodie bag yang mengandungi produk-produk terbaru Ephyra yang baru sahaja dilancarkan pada hari tersebut. Salah satunya ialah M2FLEX ni. Ini dan sah-sah Encik Suami yang kena minum. Huhuhu.




Inteemor ni baru untuk Cikgu Faiz. Ini merupakan minuman untuk kesihatan dalaman wanita. Rasanya? Nanti Cikgu Faiz cerita ye, di lain entri. Hihihi. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang Cikgu Faiz tak sempat nak rakamkan. Antaranya acara karaoke Puan Amiza dan Encik Zafry yang teruk dikenakan oleh Nurul. Huhuhu. Selain itu ada juga acara cabutan bertuah dan anugerah untuk para stokis. Artis lain yang hadir membuat persembahan ialah Puteri dari Idola Kecil dan juga pengacara yang paling hot pada malam itu iaitu Dee Jangan Ketawa. Cikgu Faiz tak sanggup nak ambik gambar dia sebab seksi sangat. Huhuhu.


Keseluruhannya majlis pada malam tersebut sangat meriah dan berbaloi walaupun Cikgu Faiz tak menang cabutan bertuah. Biasanya Cikgu Faiz ni kalau bab-bab cabutan macam ni memang susah nak bertuahnya. Huhuhu. Sekian.


Untuk pengguna hotlink >>> SINI


Yang menaip,

Lawatan Sambil Belajar 2015 | 3D Art dan Farm In The City, Seri Kembangan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 12 Ogos 2015


Hari ini selesai sudah satu lagi aktiviti tahunan Prasekolah. Semakin lega nampaknya. Hihi. Pagi tadi telah diadakan Lawatan Sambil Belajar ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Murid-murid hadir ke sekolah seawal jam 7 pagi. Lebih kurang jam 7.45 pagi bas yang akan membawa rombongan tiba. Kalau dah namanya pon Prasekolah mestilah murid-murid terlalu teruja lebih-lebih lagi bila nak naik bas. Hihihi. Nampak je kelibat bas semuanya excited dan tak sabar-sabar nak naik. Huhu.


Lebih kurang pukul 8.10 pagi, kami semua bertolak ke Seri Kembangan. Lokasinya tak jauh sangat dari Puchong. Orang kata tak sempat nak panas punggung dah sampai. Hihihi. Walaupun dekat tapi ada jugak murid yang pening masa dekat dalam bas. Huhuhu. Di bawah ini ada la beberapa keping gambar yang sempat Cikgu Faiz rakamkan semasa di 3D Art dan Farm In The City.



Inilah wajah-wajah teruja yang tak sabar-sabar nak naik bas. Hihihi. Tahun ni hanya 32 orang murid sahaja yang menyertai lawatan sambil belajar.



Jeyeahh... seronoknya dapat naik bas. Hihihi. Gambar kurang memuaskan disebabkan bas yang sedang bergerak.



Oleh kerana kami sampai sebelum jam 9.30 pagi makanya agen pelancongan iaitu Mr Edwin menyarankan kami untuk bergambar di 3D Art dahulu sementara menunggu Farm In The City dibuka. Tak sangka dekat Seri Kembangan pon ada 3D Art ni. Ingatkan hanya ada di i City Shah Alam je. Hihi.







Tamat cerita di 3D Art.




Jam 9.15 pagi terus bergerak ke destinasi utama kami iaitu Farm In The City. Sampai-sampai terus nampak banner iklan ni. Promosi untuk family 2 dewasa, 2 kanak-kanak dengan harga RM116. Antara pakej yang ditawarkan korang boleh tengok dekat gambar tu. Cikgu Faiz ingat nanti boleh la bawak suami dan anak-anak ke sini sebab pakej tu macam menarik je. Hihihi. Boleh la Cikgu Faiz pulak yang jadi pemandu pelancong kepada Encik Suami. Hihihi.



Sebelum masuk ke dalam murid-murid diberi taklimat oleh staff Farm In The City. Cik ni la yang akan membawa rombongan kami menghayati keindahan flora dan fauna di dalam FITC. Hihihi. Itu yang menarik sebenarnya bila datang ke sini sebab ada orang yang guide kita bila masuk ke dalam. Takde la kelam kabut nak tengok yang mana dulu. Betul tak? Budak-budak ni nampaknya sudah bersedia untuk bertemu dengan haiwan-haiwan.



Haiwan pertama yang kami jumpa. Ostrich atau burung unta. Tapi kan rombongan kami dapat hadiah tau. Nak tahu apa dia? Hmmm.... dengan tak semena-mena burung unta ni terkucil pulak dan membuang air besar di hadapan kami semua. Huhuhu. Terkejut sangat sebab masa terkucil tu macam air paip je. Kihkih. Itulah hadiah dari burung unta ni.





Bergambar kenangan di pintu masuk Farm In The City bersama semua murid, guru dan ppm. Silau sangat masa ni. Matahari tengah naik.



Selepas ini kami akan dibawa melihat dan memberi makan kepada kura-kura. Semua murid berpeluang untuk memberi makanan kepada kura-kura gergasi ini.



Mula-mula semuanya takut-takut nak suap sayur dekat kura-kura ni. Bila dah lama-lama tu barulah okey. Huhuhu. Ada dua ekor je kura-kura gergasi ni.



Melawat kolam itik pula. Nasib baik takde sape yang nyanyi lagu Anak Itik Tok Wi. Kihkih. Seronok melihat gelagat itik-itik ni.





Kali ini cikgu-cikgu kena sukarela bagi makan burung. Mulanya Cikgu Abdullah dengan burung pipit je. Okey la kan kecik aje. Huhu. Cikgu Faiz pon kena jugak tau tapi takde gambar la pulak. Ada sekeping je tadi. Tunggu di akhir entri ini ye baru boleh tengok. Hihik.



Yang ini pula burung merak tapi sayang ekornya tak kembang. Kalau tak boleh la tengok rupa burung merak yang cantik ni.



Melawat kambing pula. Dekat bandar tu memang susah nak tengok kambing yang real macam ni. Hihi. Masuk je kandang kambing ni semua takut sebab kambing-kambing tu meluru je dekat murid-murid sebabnya kambing ni nak makan. Hahaha. Habis kasut Cikgu Faiz kena pijak disebabkan murid-murid yang ketakutan. Hahaha. Nakal kambing ni.



Bila murid-murid ni dah bagi kambing makan barulah kambing ni okey sikit. Mungkin sebab kambing ni tahu kalau ada orang ramai je mesti nak bagi dia makan. Itu yang meluru je bila nampak kami datang. Hihihi. Tengok tu dah jinak dah dan murid pon berani je nak usap-usap kambing. Hihi.



Asalnya Cikgu Faiz nak selfie dengan kambing tapi tak menjadi pulak. Huhuhu. Nampak kepala kambing je la.



Melawat arnab pula. Dapat bagi makan jugak. Pendek kata dekat Farm In The City ni kita banyak bagi makan dekat haiwan yang ada. Itu yang best.











Seterusnya, nak bagi makan ikan pula. Menderu-deru ikan datang nak makan.





Swan pon ada jugak.





Kini tibalah masanya untuk aktiviti 'Longkang Fishing'. Murid-murid boleh menangkap ikan-ikan yang ada di dalam 'longkang' ini. Bukan senang nak tangkap ikan kecik-kecik ni.



Ha... tangkap jangan tak tangkap.



Yang perempuan ni lagi la. Tangkap ikan dengan penuh bersopan. Hihihi.



Dengan bantuan seorang brader ni merasa jugak la budak-budak ni dapat ikan. Hihihi. Tengok tu hasil tangkapan murid-murid lelaki.







Yang dekat tepi tu masih gigih untuk menangkap ikan. Huhuhu.



Sambung melawat lagi sebelum makan tengahari pula. Semua macam tak lapar je nampak gayanya. Seronok ye.







Ini namanya cicak lidah biru.



Menyaksikan persembahan burung kakaktua. Ada yang bercakap 'hello', ada yang meneka bola dan ada yang menaikkan bendera. Hebat betul burung-burung ni. Mesti hari-hari dah berlatih.



Akhirnya habis jugak kami berjalan di Farm In The City. Barulah terasa penat sangat kaki ni. Huhuhu. Perut pon dah mula kelaparan. Destinasi kami yang terakhir adalah KFC !!! Siap je makan terus bergerak pulang ke sekolah.



Tara.... ada jugak ole-ole dari Farm In The City. Gambar kenangan dengan burung beserta sijil dari Farm In The City. Gambar kecik ni berharga RM11. Murid-murid pon dapat sijil sorang satu beserta baucer tiket 'buy one, free one'. Oh ya, pakej lawatan kali ini berharga RM60 untuk murid dan RM70 untuk guru. Kalau pergi tanpa agen mungkin boleh dapat murah lagi. Harga yang Cikgu Faiz dapat tu termasuklah kos pengangkutan dan makan tengahari. Harga ini juga bergantung kepada agen yang kita ambil.


Agak panjang entri kali ini tapi seronok dapat berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang berada di Farm In The City. Sekian.


Promosi terbaru dari Celcom >>> TENGOK NI


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...