Salam Nuzul Quran buat semua rakan-rakan yang beragama Islam. Diam tak diam dah 17 hari kita berpuasa. Sekejap sangat masa berlalu tup tup nanti dah nak raya. Hehe. Sekarang ni Cikgu Faiz berada di kampung halaman. Mana lagi kalau bukan di Bentong. Seronok sangat dapat balik kampung sebab dah lama sangat tak balik. Huhuhu. Nasib baik hari ni cuti dapat la tinggal lama sikit di kampung ni ^ ^.
Semalam merupakan hari yang agak tragis jugak la. Sebab pukul lapan lebih baru dapat makan. Huhuhu. Berbuka dengan air sirap je. Masa tu tengah dalam perjalanan nak balik Bentong. Jalan pulak jem. Memang tak dapat nak singgah mana-mana. Bila dah selamat dari kesesakan tu baru la dapat singgah di stesen minyak BHP. Dapat jugak la makan sandwich Dunkin Donut. Huhu. Sampai rumah baru la dapat makan nasi. Baru rasa lega dan alhamdulillah.
Namun, di sebalik kisah tragis tersebut terselit jugak sesuatu yang amat menggembirakan hati. Hehe. Nuffnang bagi CPUV lagi. Huhuhu. Semalam baru dapat kempen dari IKEA FY13 - Easy Home. Terima kasih nuffnang dan ikea. Earning pon boleh tahan masyuk jugak. Lepas raya nanti boleh la cashout. Almaklum la lepas raya duit pon dah banyak habis. Huhuhu.
Sejak kebelakangan ni Cikgu Faiz suka sangat dengar lagu terbaru Yuna yang bertajuk Lelaki. Sebelum ni pon Cikgu Faiz memang minat giler dengan lagu-lagu lama Yuna macam lagu Dan Sebenarnya, Penakut, Gadis Semasa dan Terukir Di Bintang. Entah la, rasanya lagu-lagu Yuna ni kena kot dengan jiwa Cikgu Faiz. Hehe.
Ni Cikgu Faiz nak share dengan korang lirik lagu Lelaki nyanyian Yuna. Jom nyanyi sama-sama :)
Selamat menunaikan ibadah puasa pada hari yang keempat. Alhamdulillah puasa kali ni rasanya cuaca tidak terlalu panas. Semoga ianya akan berterusan di sepanjang bulan ramadhan ni.
Beberapa bulan yang lalu Cikgu Faiz pernah menghilangkan diri buat seketika dari arena blogging ni. Puncanya sebab terlalu banyak sangat perkara yang berlaku sehingga membuatkan Cikgu Faiz menyepikan diri buat seketika. Antara salah satu sebabnya ialah kerana rumah Cikgu Faiz telah dipecah masuk buat kali yang kedua. Kali pertama dulu pencuri tersebut tidak mengambil apa-apa barang tapi kali ni memang dia selongkar satu rumah habis-habisan. Hmm... Cikgu Faiz anggap ianya satu dugaan buat kami sekeluarga. Antara barang yang berjaya dicuri adalah laptop Encik Suami, sedikit wang dan gelang tangan mak Cikgu Faiz. Gelang tangan tu mak Cikgu Faiz tertinggal masa melawat Cikgu Faiz sebelum tu. Tak sempat nak pulangkan tapi dah dirompak pulak. Huhu. Takde rezeki.
Tapi nasib baik la pencuri tu tak jumpa cincin bertunang dan cincin nikah Encik Suami. Memang bengong la pencuri tu. Masa pulang dari rumah mertua tu Cikgu Faiz tengok pintu pagar dah terbuka luas, terus jadi tak sedap hati, rupa-rupanya pisang dan berbuah dua kali. Yang herannya kenapa la susah sangat nak tangkap pencuri tu? Grrr..... Memang geram sangat-sangat sebab tak pasal-pasal kena mengemas satu rumah. Huh! Allah saja yang akan membalas segala perbuatan terkutuk pencuri tu.
Sekarang ni rumah yang kami duduki ni memang dah tak selamat lagi. Rasa dah tak sabar nak pindah keluar dari rumah ni. Lepas ni jarak antara tempat kerja dan rumah akan jauh sedikit. Hmm... takpe la. Asalkan selamat. InsyaAllah.
Bertemu lagi di blog yang tak seberapa ni. Selamat berpuasa di hari yang kedua kepada semua umat Islam. Hari kedua berpuasa je dah ada rezeki yang masyuk. Apa lagi kalau bukan Nuffnang. Hehe. Baru je tengok tadi ada iklan terbaru. Terima kasih buat Nuffnang yang masih sudi memberikan iklan-iklan terbaik buat blog Cikgu Faiz ni.
Iklan yang entah ke keberapa ni datangnya dari KL Sogo Raya 2013 Online. Ini mesti ada promosi sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kepada yang nak tahu mengenainya boleh saja klik pada iklan tersebut. Sekian.
Sejak kebelakangan ni Cikgu Faiz suka sangat baca novel. Bila satu novel tu dah habis baca mesti nak baca novel yang lain pulak. Mungkin sebab sekarang ni sedang cuti semester jadinya Cikgu Faiz kena cepat-cepat habiskan membaca stok-stok novel yang ada di rumah ni. Hehehe. Sekarang ni Cikgu Faiz sedang dalam proses membaca novel Teduhan Kasih. Mesti korang semua pon tahu kan novel yang diadaptasikan menjadi drama di TV3 tu. Dah habis pon drama tu. Cikgu Faiz ni baru je terhegeh-hegeh nak baca novel dia. Huhuhu.
Okey la. Sebenarnya bukan nak cerita pasal novel Teduhan Kasih tapi novel Kekasih Halal karya penulis Orkid Edyliyne. Ini merupakan novel kedua yang Cikgu Faiz baca hasil karya penulis ni. Memang tidak menghampakan. Sebelum ini Cikgu Faiz baca novel karya beliau yang bertajuk Tuan Rumah Pembantu Rumah. Memang best giler ceritanya. Dengar khabar novel tu juga akan diadaptasikan ke drama di kaca tv. Mesti lagi best.
Jadi, sekarang masanya untuk me'review' novel Kekasih Halal ^ ^
Lutfa Shirin Mawar, pemilik nama yang boleh dikatakan agak cantik terpaksa rela untuk dinikahkan dengan lelaki yang tidak dicintainya. Semua atas pilihan keluarga kedua-dua belah pihak atas alasan untuk menjaga Lutfa yang pada waktu itu sedang belajar. Demi memastikan keselamatannya sentiasa terjamin maka orang tuanya bertindak dengan mengahwinkan Lutfa dan Feroz. Lutfa yang pada mulanya tidak dapat menerima kehadiran Feroz di dalam hidupnya akhirnya terpaksa akur dengan keputusan tersebut.
Lutfa dan Feroz cuba untuk menyesuaikan diri mereka dengan perkahwinan yang telah diatur keluarga mereka. Sikap Feroz yang amat menyenangkan hati Lutfa telah membuatkannya jatuh cinta dengan suami sendiri. Akan tetapi Lutfa telah merahsiakan perkahwinannya itu dan perkara itu hanya diketahui oleh teman rapatnya sahaja. Di saat Lutfa mula menerima kehadiran Feroz di dalam hatinya telah membongkarkan satu rahsia yang tidak disangka-sangka. Rupa-rupanya Feroz hanya berlakon sahaja di depannya sedangkan di belakang Lutfa, suaminya itu mempunyai kekasih iaitu Irin. Irin kerap menganggu Lutfa dengan mengatakan bahawa Feroz tidak mencintainya dan semua kebaikan dan cinta yang ditunjukkan hanyalah lakonan semata-mata.
Kesian sangat dengan nasib Lutfa kerana pada ketika itu dia sedang mengandungkan anaknya bersama Feroz. Irin juga berkata bahawa Feroz sekadar ingin mengambil hatinya untuk mendapatkan zuriat yang sedang dikandung Lutfa. Hancur luluh hati seorang isteri apabila mendengar pengakuan tersebut. Lutfa hanya mampu menangis. Dari kejauhan ada yang memerhatikan Lutfa dan sentiasa mencari peluang untuk mendekatinya tetapi kenapa pula Feroz berasa cemburu?
Kesudahannya, Irin telah menerima balasan di atas perbuatannya yang bertindak ingin membunuh Lutfa dan kandungannya. Irin tidak dapat menerima kenyataan bahawa Feroz memang betul-betul cintakan Lutfa dan setelah Feroz mengetahui bahawa Lutfa ialah gadis yang dia cari-cari selama ini. Sekian.
Selamat Hari Sabtu buat semua pembaca. Tak lama lagi kita akan bersama-sama menyambut bulan ramadhan. Ramadhan kali ini agak berbeza dari yang sebelumnya buat Cikgu Faiz. Sebab apa? Biarlah rahsia. Hehehe. Apa pun Cikgu Faiz sangat berharap agar dapat menunaikan ibadah puasa dengan jayanya walaupun mungkin akan ada sedikit kesukaran untuk melaksanakannya. Semoga Allah SWT permudahkan niat baik kita. Amin.
Entri kali ini Cikgu Faiz ingin menjawab persoalan dari blogger yang bernama kak Intan. Persoalan ni memang dah lama tergantung tak bertali. Barulah hari ni Cikgu Faiz berkesempatan untuk menjawabnya. Jangan marah ye kak Intan. Hehehe.
Ha.... itulah dia persoalannya. Untuk pengetahuan kak Intan, saya ni bukan cikgu Bahasa Melayu. Saya cuma ada pengalaman mengajar subjek tersebut selama setahun sahaja. Saya ni cikgu Prasekolah. Hehehe. Harap kak Intan berpuas hati dengan jawapan tersebut. Saya sangat berbesar hati kerana kak Intan sudi offer saya untuk menulis buku tapi rasanya saya masih lagi dalam proses menggali ilmu pengetahuan. Rasa masih belum layak untuk menulis buku yang bercorak ilmiah. Apa pun terima kasih kak Intan ! Saya sangat hargainya. Sobsob....