ABC Sedap !!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 22 Januari 2015


Sekarang ni tengah musim batuk. Cikgu Faiz baru je pulih dari selesema lepas tu gatal-gatal tekak pulak. Merenyam je. Makan strepsil yang paling berangin tu rasa okey sikit. Bila tekak tak sihat mula la terasa nak makan macam-macam. Contohnya seperti di bawah ini.






Susah nak cari makanan yang sedap-sedap dekat Puchong ni tapi bila dah jumpa yang sedap dan menepati citarasa confirm akan datang lagi dan lagi. Haha. ABC memang enak dimakan dan diminum ketika cuaca panas lebih-lebih lagi selepas balik kerja. Yang dekat atas tu ABC special RM3.50 je. Okey la kan. Rasa pon sedap.


ABC ni Cikgu Faiz selalu beli di Saujana Puchong. Nama gerai, KIOSK JASWATY. Selain ABC ada juga makanan pada waktu petang seperti pisang goreng, tempe goreng, keropok, cekodok, nasi ayam penyet dan banyak lagi. Encik Suami suka sangat singgah beli tempe goreng. Hahaha. Dasar jawa. Alang-alang tu beli ABC ni sekali. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

Kesalahan Ejaan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 18 Januari 2015



Ini merupakan sebahagian daripada kesalahan dan ejaan yang betul untuk tindakan bersama. Semoga bermanfaat untuk kita.


Petunjuk :
(S) - salah
(B) - betul


(S) - Perabut , (B) - perabot
(S) - Fax , (B) - faks
(S) - Iktizam , (B) - iltizam
(S) - Lojik , (B) - logik
(S) - kolestrol , (B) - kolesterol
(S) - Munshi , (B) - munsyi
(S) - Bistari , (B) - bestari
(S) - ekspress , (B) - ekspres
(S) - Minima , (B) - minimum
(S) - Setor , (B) - stor
(S) - Calun , (B) - calon
(S) - Deraf , (B) - draf
(S) - Gulong , (B) - gulung
(S) - inspekter , (B) - inspektor
(S) - Renik , (B) - renek
(S) - Sekim , (B) - skim
(S) - Tulin , (B) - tulen
(S) - Analisa , (B) - analisis
(S) - Baucer , (B) - baucar
(S) - Definasi , (B) - definisi
(S) - Ekslusif , (B) - eksklusif
(S) - Istirehat , (B) - istirahat
(S) - Kerinting , (B) - keriting
(S) - Komplek , (B) - kompleks
(S) - masaalah , (B) - masalah
(S) - Otomatik , (B) - automatik
(S) - Pehak , (B) - pihak
(S) - Protin , (B) - protein
(S) - Stesyen , (B) - stesen
(S) - Ugama , (B) - agama


"Martabatkan Bahasa Kebangsaan Kita"


Yang menaip,

Palmall Seremban, Indah Khabar Dari Rupa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 18 Januari 2015



Cuti panjang dah habis tapi entri masa cuti tu tak habis-habis lagi. Kali ni Cikgu Faiz nak update tentang Shopping Mall terbaru di Seremban iaitu Palmall (tak pasti betul ke tak ejaan tu. Belasah je la). Pusat membeli-belah yang terbaru ini pernah dikatakan berhantu selepas kali pertama Cikgu Faiz menjejakkan kaki ke situ tahun lepas. Huhu. Ini merupakan kali kedua Cikgu Faiz datang ke Palmall. Encik Suami pelik bila Cikgu Faiz ajak pergi sini sebab takde apa yang menarik pon Palmall ni.



Sebelum itu mari kita cuci mata melihat gambar Cikgu Faiz dan Hannani bergambar di bawah pokok bunga sakura. Hihi.








Tengok la Hannani macam biasa tak pandang kamera. Huhu. Puas panggil dan tunjuk dekat abah dia tetap tak nak pandang. Kalau pandang pon sekejap je lepas tu terus pandang tempat lain. Tak sempat nak ambik gambar. Huhu. Kalau korang perhatikan takde orang pon yang lalu lalang dekat belakang tu kan? Tu la. Orang macam tak berminat nak datang ke sini. Tak tahu la kenapa. Tempat ni nampak suram je dan tak ceria macam pusat membeli-belah yang lain.


Banyak kedai makanan segera je dekat sini. Kedai pulak tu banyak yang tak buka lagi. Mungkin sebab faktor tak ramai pengunjung yang menyebabkan tiada penyewa kedai terbabit. Sebab tu Encik Suami pelik bila Cikgu Faiz ajak dia datang sini. Sebab tak best. Haha. Suram je. Bila dah masuk tu rasa menyesal pulak tapi nak buat macam mana sebab dah lama tak jalan-jalan ke sini jadi redah je la. Huhu.


Cikgu Faiz tak pernah lagi masuk ke tandas di Palmall ni. Katanya dulu takde cermin sebab berhantu tapi sekarang ni ada yang cakap dah ada cermin. Huhu. Cikgu Faiz pon tak berani nak masuk bila teringat pasal cermin tu. Huhu.


Kesimpulannya, kepada sesiapa yang bercadang nak datang ke sini elok la berfikir panjang sebelum datang takut korang menyesal pulak nanti. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

Kuala Gandah, Lanchang, Pahang



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 07 Januari 2015


Malam ni Cikgu Faiz nak up entri yang dah lama sangat terperap. Aktiviti bulan 12 baru-baru ini. Cuti sekolah jadi kerjanya asyik berjalan je. Huhu. Kali ini Cikgu Faiz dan Encik Suami membawa anak-anak melihat sendiri gajah secara LIVE.



Nama tempat tu Kuala Gandah yang terletak di Lanchang, Pahang. Untuk maklumat lanjut boleh tanya makcik google ya. Ini merupakan kali kedua Cikgu Faiz datang ke sini dan kali pertama bagi Encik Suami dan anak-anak.




Comel betul gajah dekat belakang tu sampai abang Faqih tak pandang kamera. Hannani macam biasa la. Dia memang tak mesra kamera. Huhu.




Kalau nak bagi gajah makan, makanan ada dijual di situ. Antara yang ada dijual ialah tebu, kacang dan lain-lain lagi. Tengok tu Hannani dengan beraninya memberi gajah makan. Hihi.




Jom selfie dulu tapi gajah tak pandang la pulak. Huhuhu.




Leka betul Hannani tengok gajah ye. Al maklum la pertama kali tengok. Huhu. Tak rugi datang ke sini sebab anak-anak suka.




Bergambar kenangan dengan gajah.




Hannani nak pegang gajah la bonda. Huhu. Tengok la muka dia suka je. Kalau abang takut-takut lagi dengan gajah. Hihi.




Tu dah kenapa pulak tu? Mata siap pejam-pejam.




Awal sangat sampai hari tu, kami bercadang nak tengok gajah mandi di sungai tapi apakan daya... Waktu mandi gajah pada jam 2 petang. Lama sangat nak tunggu kami terus pulang ke rumah. Huhu. Overall, Kuala Gandah ni best jugak sebab tempatnya simple sangat walaupun lokasinya agak ke dalam. Masuk pon percuma tak payah bayar pon. Cuma kalau nak mandi dengan gajah tu korang kena la datang awal pagi untuk booking tempat. Tentang bayaran untuk mandi bersama gajah tu tak pasti la pulak.


Kalau datang ke Kuala Gandah ni jangan lupa untuk membawa semua ahli keluarga korang ye. Sekian saja laporan pada malam ini.


Yang menaip,

Taman Botani, Putrajaya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 07 Januari 2015


Masih lagi bercuti. Kali ni Cikgu Faiz nak cerita pula tentang aktiviti di Taman Botani, Putrajaya. Dah hampir seminggu baru dapat update. Biasa la macam-macam dugaan. Huhu. Talian internet yang takde di kampung tu yang tak dapat nak buka blog ni.


Okey... Lepas je Cikgu Faiz keluar dari Alamanda Putrajaya, Encik Suami ajak pusing-pusing sekitar Putrajaya. Saje la nak tengok apa tempat yang ada di situ kan. Encik Suami cerita la dekat situ ada Taman Botani, Wet world dan lain-lain. Lepas tu Encik Suami ajak masuk ke Taman Botani. Pertama kali menjejakkan kaki ke situ, seronok jugak ye. Suasana tenang je dengan hamparan tasik yang menyejukkan mata yang memandang. Ramai jugak keluarga yang beriadah dan berkhelah di tepi tasik tu. Nampak macam seronok betul. Hihi. Almaklum la masa tu Tahun Baru kan, jadi semua pon bercuti.


Sempat jugak la merakamkan gambar di situ. Hihihi. Wajib okey. 



Entah apa-apa gaya la yang abang Faqih buat tu.




Bernasib baik sebab dapat gambar Hannani pandang kamera. Bukan senang ni.




Dah mula dah buat gaya ultraman dia. Huhu. Hannani macam biasa tak nak pandang kamera.




Ini gaya apa pulak? Macam-macam la abang Faqih ni. Tengok Hannani nak berdiri pulak tu. Huhu.




Ultraman lagi. Huhu. Penat tengok gaya yang sama je.




Baby girl yang comel dan lasak bukan main. Geram tengok abang posing macam ultraman la tu.




Ambik lagi, gambar saya yang comel ni ^^v




Tu apahal tu abang Faqih berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku je lagaknya. Hihi.



Memang seronok dapat menghabiskan masa dengan suami dan anak-anak. Bila dah mula bekerja nanti dah mula sibuk dengan kerja-kerja di sekolah pula. Huhu. Sekian saja laporan pada hari ini.


Yang menaip,

Aktiviti Di Tahun Baru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 01 Januari 2015


Selamat Tahun Baru buat semua pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ini semua pon cuti kan. Jadi gunakan masa cuti ini dengan sebaik mungkin bersama ahli keluarga masing-masing. Hari ni Cikgu Faiz ajak Encik Suami window shopping dekat IOI City Mall Puchong. Tapi apakan daya, plan ke sana terpaksa dibatalkan kerana terlalu ramai yang ke turut ke sana dan tiada tempat parkir kereta. Penuh. Jadi terus tukar plan pergi ke Alamanda Putrajaya. Lagi pon dah lama tak ke Alamanda tu.



Sebelum bertolak kita selfie dulu ye. Hihihi. Tengok abang Faqih dok menyelit dekat tepi tu. Bila berdiri gambarnya tak masuk frame jadi dia mengambil inisiatif lain dengan berdiri di atas sofa. Ha... baru dapat masuk muka abang Faqih. Hihi. Sipi pon sipi la janji ada gambar. Hahaha.



Belum sampai lagi Hannani sudah tertidur. Lama sangat tunggu tak jugak sampai. Mana taknya, mula-mula kan nak pergi IOI City Mall tapi terpaksa pusing pergi Alamanda pulak. Mata dah tak boleh tahan. Mengantuk sangat tu. Huhuhu.



Bila Hannani dah tidur, bonda pon ambik kesempatan la pulak. Selfie dulu. Hannani ni tak boleh duduk diam. Ada je kerja yang nak dibuatnya. Hihi. Jadi bila dia tidur bonda rasa lega sikit. Heheh.



Dah sampai Alamanda. Ni sebelum balik. Keluar sini kejap ambik gambar dulu. Hannani macam biasa la tak nak pandang kamera.



Macam-macam aksi anak dara seorang ni. Mulut sangat la petah. Dalam kereta asyik membebel je. Huhuhu.



Tengok, tak pandang kamera lagi. Mencabar betul nak ambik gambar budak ni.



Tak pandang lagi. Geram betul dibuatnya.



Akhirnya !!! Berjaya juga. Hahaha. Walaupun ada sedikit gegaran di tangan. Huhu. Tangan Hannani memang tak diam kalau ambik gambar.



Dua hero dan sekuntum bunga yang comel dan semakin bijak. Agak bosan sebenarnya jalan di Alamanda kali ni. Rasa macam tak banyak kedai yang best. Huhu. Lepas je keluar dari Alamanda ni kami ke destinasi lain pulak. Nanti Cikgu Faiz update lagi ye. Hihi. Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...