Karnival KOKO SKPU1 | Part 2



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Mesti semuanya tengah kusyuk menonton Anugerah Juara Lagu kan? Lepas ni mesti ramai yang update blog pasal AJL. Okay, saya bukan nak update pasal AJL tapi pasal INI LA.


Entry ini merupakan kesinambungan link di atas.



Unit berkuda PDRM.



Juga unit berkuda PDRM.



Jentera bomba yang didatangkan khas. Kusyuk betul budak tu tengok kereta bomba.



Macam ni rupanya kereta bomba...



Unit anjing pengesan...



Demonstrasi anjing mengesan dadah di dalam beg.



Dalam beg ni ada dadah. Tengok anjing dah dapat kesan. Amazing !



Maskot bomba yang comel dan sentiasa diburu oleh kanak-kanak...



Jabatan Pertahanan Awam. Masa ni diorang baru je sampai.



Karikatur pun ada...


Bersambung lagi daaa...

Freebies | Header



Assalamualaikum.


Hai... Hari ni tangan ni tiba-tiba je gatal nak buat header. Agak-agaknya ada tak orang yang nak header simple ni? Kalau rasa dah berkenan tu ambik je. Jangan malu, jangan segan.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTp95xwVAkCAHapcVqqfrRCCXTD5wL__YnMki4IgtczEuZQIOHFRHWt_niXZLzbV4BQUVhJIEAyQ_fgjWjZFt6GKdOiiNdth0C87kDr8z8ekYtJVeEwaG2eKiG-ddUm5xtYsZnSGfUDxT9/s1600/header+purple.png





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKgF2jn_FEiWapAX0XKl7bnR-FG9F7bsaf2A1eoG3OvQNDduSTH_i4w5XODQ09C-3bQk3HaYkeiMABg4lYCFAe2nURMofDa0nLpB5I2x86eO1PgRkmt3vj2YA9yNzzdHGcCt7uF12VbZ3F/s1600/header+pink.png





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgox2FAW0Xliuq73tI0sK7Xs3GhZoIzE4BNn-c6eKZZYG3TDOTKAMNest5DH3nbGCQ-LtQsNArLL2qzKiHfGpkJbzlosXZiesUTSFXYVVi-cdPiy_LjgWgP_hO1D_gbffTUm4vY0NKVfJXy/s1600/header+merah.png





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhE3-qc90NVDXstcSYG7xqZeuoo-Y8mdYB4tOZ1tfjWfqT7LuFHSSDsp5dKhjveMOszR_TRhmq_KYB_K7RfAaxa1ttMFPDqLFT-OPnSJnLbmu2iN-Hu-_TxGnu-BBynQHCJ4x99_JuNUyP4/s1600/header+kuning.png

Karnival KOKO SKPU1 | Part 1



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Selamat Hari Sabtu. Isnin ni dah mula kerja. Sementara masih bercuti ni apa kata kita kasi update dulu. Okay, sebelum tamat sesi persekolahan tahun lepas, sekolah tempat saya mengajar telah menganjurkan satu Karnival Ko-Kurikulum. Iklannya di sini.


Karnival tersebut telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada warga sekolah. Ramai murid-murid yang hadir memeriahkan karnival tersebut bersama ibu bapa mereka. Di sini disertakan beberapa gambar semasa aktiviti tersebut.



bomba dan penyelamat.



pameran dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan.



pameran peralatan menghisap dadah juga oleh AADK.



aktiviti berkuda.



punyalah ramai yang berbaris nak menunggang kuda.



sampai sini pon tak habis lagi.



ramai kan?



motosikal bomba...


Ini baru sikit. Ada lagi gambar-gambar yang akan menyusul. Tungguuu.....

Giveaway LIKE, KOMEN & MENANG!



Assalamualaikum.


Hai, malam ni saya nak join GA lagi. Siapa-siapa yang nak sertai boleh klik sini.





Okay... tu saje.

Exclusive Giveaway by Niena Sofea



Assalamualaikum.


Hai, malam ni tergerak hati nak join GA ni. Dah lama tak join mana tahu rezeki memihak kepada saya lagi kan?



GA ini telah dianjurkan oleh NIENA SOFEA.


Info dan syarat penyertaan :

1. Perempuan sahaja yang layak menyertai.

2. Pemilihan melalui random.

3. Tarikh tutup : pertengahan tahun ini.

4. Mesti follow blog Niena Sofea.

5. Mesti follow @ add @ like semua sponsor (wajib).

6. Letak banner GA dalam entry.

7. Tag minimum 2 orang.

8. Hantar link entry kat sini.


Boleh rujuk senarai sponsor DI SINI.


7 Rahsia Awet Muda



Assalamualaikum.


Hai, panasnya tengahari ni. Sudah agak lama rasanya blog ini menyepi dari sebarang tips. Hari ni Cikgu Faiz nak berkongsi tujuh tips supaya sentiasa kelihatan awet muda. Nak tahu? Jom baca sampai habis :)




1. Berasa bahagia.

Berasa bahagia adalah salah satu cara untuk kelihatan awet muda. Dalam setiap kegiatan, elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan korang berasa stress, rasa bersalah dan tertekan kerana paksaan orang lain. Ingat, apa yang korang rasakan akan tercermin pada wajah. Jadi orang yang bahagia, wajahnya akan nampak berseri-seri dan muda daripada usia sebenarnya.




2. Banyak bergerak.

Bersenam adalah salah satu cara untuk awet muda. Lakukanlah joging, berjalan cepat ataupun berenang. Dengan cara ini risiko diserang sakit jantung, osteoporosis dan kanser akan berkurangan. Bahkan senaman ini juga mampu mengurangkan stress, menguatkan tulang dan menambahkan kekuatan otot.




3. Vitamin C.

Vitamin C boleh diperoleh dari buah-buahan segar, terutama sekali limau dan sayuran hijau. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan mengurangkan risiko diserang kanser. Di samping itu, banyakkan minum air putih kerana ia akan mengurangkan tekanan, menjaga kesegaran kulit serta melancarkan fungsi organ tubuh.




4. Gunakan pelindung UV.

Matahari adalah salah satu faktor utama penyebab terjadinya proses penuaan. Oleh kerana itu, selalulah menyapu losyen pelembap pada kulit agar kulit tidak terbakar oleh sinar matahari, terutama sekali sinar UV.




5. Rehat yang cukup.

Korang perlukan sekurang-kurangnya lapan jam setiap hari untuk tidur. Rehat yang cukup amat bermanfaat untuk menghindari terbentuknya kesan lebam bawah mata, kulit kering dan wajah kusam.




6. Perhatikan penampilan.

Penampilan dan riasan wajah juga memainkan peranan yang penting. Meskipun usia semakin bertambah, namun jangan biarkan wajah kosong tanpa mekap. Gunakan mekap yang nipis untuk kesan yang semulajadi.




7. Keyakinan diri.

Jangan mudah mengalah dan berputus asa. Jika korang rajin berusaha, korang akan mendapat hidup yang lebih bahagia dan sihat.


Sekian sahaja tips dari Cikgu Faiz untuk hari ini :)

Sedap Ke Kuih Karipap Tu?



Assalamualaikum.


Hai, Selamat Hari Isnin semuanya. Happy Chinese New Year. Di saat entry ini ditaip, suasana di rumah saya teramatlah bingit. Bukan rumah di Puchong tapi rumah di Bentong. Semalam saya bersama suami dan anak telah selamat sampai di kampung saya. Leganya dapat balik kampung. Balik-balik je jiran India selang sebuah rumah ni buat kenduri pulak. Habis bergendang la mereka semua. Huhu. Sabar je la.


Okay dah... kang tak pasal-pasal lari tajuk pulak. Ni nak tanya, siapa-siapa dekat sini yang pandai buat kuih karipap? Saya? Tak pandai pon. Cuma tau makan je. Huhu. Setakat salin resipi tu boleh la, buatnya entah bila. Hihi.


Cuba tengok gambar di bawah...


karipap ni mak saya yang buat. Mak saya ni kalau bab-bab kuih ni memang nombor satu la. Anak dia je yang tak reti-reti nak buat kuih. Huhu. Ini karipap pusing. Saya rasa mesti semua orang sukakan karipap pusing ni sebab ianya rapuh apabila dimakan semasa panas.




ha, yang ini pon mak saya jugak yang buat tapi kat bahagian tepi tu saya yang kelim. Hihi. Amacam? Okay tak saya kelim karipap? Semuanya saya yang kelim sampai sakit tulang belakang ni ha. Ibu jari ni pon sakit sebab dok tekan-tekan je. Hihi.




Korang pulak selalu tolong mak buat kuih apa ya? Cuba cerita sikit. Saya pon nak tau jugak :)

Sukaneka Murid-Murid Prasekolah.



Assalamualaikum.


Hai, Selamat Hari Ahad yaww. Lamanya tak update blog ni. Agaknya ada tak orang yang ternanti-nantikan entry baru saya? Huhu. Mesti takde kan? Takpe. Ada ke tak saya nak update jugak.


Gambar-gambar kat bawah ni diambil masa aktiviti sukaneka Prasekolah tahun lepas. Lambat betul saya update pasal benda ni. Hmm.... gambar ni memang dah lama terperuk kat dalam kamera. Disebabkan saya baru menjumpai kabel wayar kamera ni, terus cepat-cepat update. Lambat pon lambat la. Peduli apa kan?


Jom layan gambar-gambar di bawah ini...

acara pertama : masukkan air di dalam botol.



lari jangan tak lari...



tengok betul-betul...



perah jangan tak perah...



acara kedua : lari skipping



laju lagi... !!



tukar arah...



yeay... semua dah dapat hadiah...



terima kasih cikgu !!

Bukan 'muna' la Faqih...



Assalamualaikum.


Hai para pembaca sekalian. Selamat Hari Isnin. Nak tau tak? Faqih sekarang dah ada perkataan baru. Apa perkataan baru tu? 'Muna'. Erkk... apa pulak 'muna' tu? 'Muna' tu ialah 'bonda'. Huhuhu. Akhirnya tercapai jugak hasrat abahnya nakkan Faqih supaya memanggil saya 'bonda' walaupon perkataan tu masih tak betul sebutannya.


Kenapa 'bonda'? Kononnya macam zaman dulu-dulu la. Abahnya la yang cakap. Sepatutnya gelaran abahnya tu 'ayahanda' tapi saya rasa 'abah' tu lagi okay kot. Nampak manja je. Hehe.


Err... korang tak faham ke apa yang saya dok merepek ni? Takpe la. Layan je gambar-gambar Faqih ni.



baru snap semalam kat Jusco Equin.



suka sangat makan keropok.



suka sangat dapat naik gajah.



mainan lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...