Lagenda Budak Setan :: sebuah epik cinta terulung


Penulis :: Ahadiat Akashah


Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria. Segala suka dan duka terhimpun di sini. Adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya? Hanya Tuhan yang menentukan segalanya...



Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang... dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja... demi sumpahnya mencintai Ayu hingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikannya pada dunia... cinta adalah segala-galanya ! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu ! Dan, siapakah pula Katerina?

Terhenti Di Sini - Asfan

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta


* suke giler dgr lagu ni.


Cinta Hati Saya :: part 1

Assalamualaikum... semua mesti tengah tido lena kan.. Aku? Aku taknak tido lagi sebab siang tadi dah puas tido. Aku pon tak sedar camane aku leh terlelap lepas balik keje td. Mungkin letih sangat kot. Yang sebenarnya aku happy sangat sebab minggu ni dpt cuti 3 hari. Tu yang sampai tak mau tido. Suami dan anak aku bukan main lagi kalau dapat tido. Lena betul sampai berkeruh2.

Takde apa sangat yang aku nak cakap kat sini. Cuma nak bercerita sikit tentang bagaimana aku berkenalan dengan suami aku dolu dolu. Huahuahua... Mari kita imbas kembali detik2 pertemuan itu. Cewahh.. !

Ceritanya begini....

Di suatu pagi yang hening dan ketika orang mula sibuk untuk ke kuliah, aku dan keluarga tiba di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Lokasinya terletak di atas bukit. Hari tersebut merupakan hari untuk aku melapor diri di maktab tersebut untuk menyambung pengajianku selepas SPM. Hatiku sedikit teruja apabila melihat panorama indah di maktab itu. Aku masuk ke dewan yang telah ditunjukkan oleh AJK Minggu Orientasi.

Di dalam dewan tersebut, aku dan pelajar2 baru mendengar taklimat yang diberikan oleh seseorang. Ya, itulah suamiku a.k.a Pengerusi Induk Minggu Orientasi Pelajar Baru. Masa tu aku takde apa2 perasaan lagi. Aku mula mendaftar di bahagian Prasekolah. Kalau tak silap masa tu aku daftar dekat En. Rahim @ En. Saiful Bahari. Lupe pulak. Dalam pada sibuk menunggu giliran aku terdengar seseorang membuat pengumuman yang berbunyi begini, "diminta ibu bapa berada di belakang dewan bla bla bla..". Banyak kali jugak aku dengar pengumuman yang sama. Dalam hati aku cakap ape la dia ni asyik nak suruh ibu bapa duduk kat belakang. Biar la dia nak teman anak dia. Nak tau, yang cakap tu sebenarnya suami aku. Mentang2 la pengerusi. Koya je lebih. Hahaha. Terkutuk plak.

Ha.. macam tu la aku kenal suami aku dulu. Nanti2 aku cite lagi. Ada sambungannya... Tungguu...

Birthday Boyyy !

Assalamualaikum.... Apa khabar semua. Harap2 semua sihatlah hendaknya. Nak tau tak, hari ni merupakan Hari Lahir my husband a.k.a Ayahanda Bikers. Happy Birthday sweetheart. I leb u very2 much. Mula2 aku plan nak beli kek Baskin Robbins kat IOI tapi plan tu tak menjadi coz kitorang pegi makan kat A&W.


makan burger mulut kena cover



sedap hingga menjilat jari



tergoda tak tgk air ni?



Inilah menu kami :: biase2 je. order byk2 krg tak abis plak.





Bila perut sudah kenyang, kami berjalan2 ke kedai minyak wangi. Aku membeli 2 botol minyak wangi dan 2 losyen. Sebotol minyak wangi tu of course la untuk birthday boy. Yang lain2 tu aku punya. Hahaha. Lepas tu kami membeli kuih bahulu untuk baby Faqih. Kuih bahulu tu lembut sangat dan sedap. Tak lupa juga aku membeli novel Lagenda Budak Setan :: Saga 1. Syoknya dapat beli novel. Rambang mata aku tengok novel yang berlambak2 tu. Takpe... Lain kali aku mesti pergi lagi untuk membeli sambungan novel Lagenda Budak Setan. Yahuuuu... ! ~

Attention !

Assalamualaikum.

Perhatian kepada follower yang bernama Nurul Syazana Alia, sile tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali. Sekian.

Baby Faqih kurang sihat :(

Assalamualaikum dan selamat pagi semua blogger <3 Semua sudah sarapan ke? Aku puasa hari ni. Biasa la tak habis ganti lagi. Huuuu.... Ada lagi 2 hari je. Walaupon anak aku tak sihat aku tetap gagahkan diri untuk berpuasa. Syukur Alhamdulillah.

Tu anak aku tengah tido. Kesian dia muntah2 dari petang semalam. Nak makan pon tak boleh. Bila masuk makanan je dia terus termuntah. Tadi ayah dia cium sebelum pegi keje pon dah nak termuntah. Nasib tak muntah. Aku pon terpaksa CRK hari ni untuk menjaga anak kami. Takkkan la anak tak sihat pon nak hantar ke Taska jugak kan. Lebih baik dia berehat di rumah je. Lagipon tengahari nanti kami mahu ke klinik. Nak tahu jugak sebab musabab asik muntah je. Risau pulak dibuatnya. Ada orang cakap mungkin perubahan umur. Biasa la baby nak membesar. Ada yang cakap mungkin kena tukar susu. Ada lagi yang cakap mungkin virus tu yang asik muntah. Aku pon tak tau. Ni la kali pertama anak aku muntah secara berterusan. Jenuh bonda tukar baju dia asik muntah. Last2 pakai pampers je. Mungkin dia pon rimas kot. Kalau tempat tido jangan cakap la. Dah bau muntah je. Huhuhu... Tadi sebelum tido dah minum susu tu pon tak abis. Suku je dia minum. Nasib tak muntah.

Sape2 yang terbaca post ni doa-doakan anak aku cepat sembuh ye.

Sekadar renungan..

Manusia, manusia....
Manusia dijadikan dengan berbagai-bagai rupa dan kerenah,
Semua manusia itu cantik dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri,
Dan kecantikan itu bukan hanya kecantikan luaran, bahkan kecantikan dalaman,
Untuk mencantikkan diri, manusia perlu mencorakkannya dengan sikap yang cantik,
Bukan sekadar berhias rupa,
Hati yang bersih dan ikhlas turut memainkan peranan.

Kehidupan juga perlu cantik untuk mencantikkan lagi dunia mereka,
Dunia yang penuh tipu daya,
Dunia yang penuh pancaroba,
Malangnya, ada segelintir manusia yang terlalu mengikut nafsu yang menggila,
Nafsu untuk mendapatkan apa yang bukan menjadi milik mereka.

Manusia jenis apakah itu?
Dengan sesuka hatinya merampas kebahagiaan orang lain,
Sampai sanggup merobek kepercayaan yang telah diberikan terhadapnya.

Kenapa perlu memaksa diri jika tidak mampu?
Bukankah itu akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain,
Manusia memang tamak dan mementingkan diri sendiri,
Sampai tergamak melukakan perasaan orang di sekeliling mereka.

Manusia juga tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang mereka ada,
Apa lagi yang kau mahu wahai manusia?
Jika kau tidak berusaha, manakan dapat apa yang kau minta,
Semua itu tidak datang bergolek,
Kau yang harus berusaha,
Tapi kau malas,
Kau hanya tahu meminta, meminta dan meminta,
Apa gunanya tulang empat keratmu yang telah Allah kurniakan?
Adakah kau mahu mensia-siakan hidupmu dengan meminta-minta?

Manusia yang punya akal tidak akan sampai hati untuk berperangai sebegitu,
Tapi kau?
Kau hanya tahu bersenang-lenang tanpa memikirkan orang lain yang bertungkus-lumus mencari rezeki,
Kenapa tidak sama-sama berganding bahu membantu insan-insan yang memerlukan?
Itu lebih adil bukan?
Keadilan memang susah dicari,
Ada saja alasan untuk mengelakkan diri.

Tapi kau harus tahu,
Walau apa pun yang kau lakukan ada yang sentiasa memerhatikan,
Tepuk dada, tanya iman.
Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di lubuk hati makhluknya,
Wallahualam.

who stole my bracelet?

who stole my bracelet?

Answer here

Siap !

Assalamualaikum.... (tercungap2).

Ehem.... akhirnya siap jugak operasi menyapu dan mengemop lantai rumah. Fuhh.. leganya. Kalau tak mop arini, esok mesti tak dapat nak relax. Kerja esok cuma lipat kain yang bertimbun. Itu la aktiviti aku bila cuti Sabtu dan Ahad. Kena bijak bahagikan masa nanti tak pasal2 rumah jadi macam tongkang pecah. Tak sanggup aku nak tinggal dalam rumah yg bersepah. Lagi pulak, kalau tak mop aku bimbang anak aku akan jilat lantai. Huhu. Bukan ke membahayakan kesihatan tu. Mak aku selalu pesan supaya mop lantai nanti anak kena batuk kering. Aku sentiasa ingat pesanan tu. Nak mop hari2 mmg tak dapat la. Seminggu sekali pon dah ok janji mop. Betul tak?

Anak aku pulak, bila time aku nak mop tu time tu la dia nak main. Adoii.... masa ni la ayahnya memainkan peranan untuk menjaga anak kami. Huhu. Kalau tak jangan harap dapat mop. Macam ni lah kalau dah ada anak. Huhu.

Sementara menunggu lantai kering dapat jugak la aku online sambil update blog ni. Heheh. Mesti menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Bak kata pepatah, 'Masa Ibarat Pedang'. Heh... suke betul aku dengan pepatah tu.

* kebersihan menjamin kebahagiaan...


Baru

Assalamualaikum. Hai hai dan selamat pagi.

Untuk kesekian kalinya blog aku berwajah baru. Ni dah kes takde keje la ni. Oleh kerana esok cuti, aku mengambil kesempatan untuk tidur lewat. Lepas tu esok mesti susah nak bangun. Mata pon dah jadi macam mata kambing. Dah la siang tadi aku tido kat dalam kelas. Lepas budak2 balik la wei. Aku terus baring. Mengantuk giler. Terlelap jugak la tadi. Bangun2 mate macam taknak bukak je. Bila dah sampai rumah terus taknak tido.

Mungkin sebab aku berpuasa sebab tu mengantuk. Ceh, pandai2 je buat teori. Hari ni aku berbuka puasa dengan nasi tomato yg dibeli di pasar malam je. Malas aku nak masak sejak kebelakangan ni. Letih setelah seharian bekerja untuk mencari sesuap nasi (ayat takleh blah).

Korang jangan lupa tau komen blog baru aku ni. Aku nak jugak tau pandangan korg tentang blog ni. Jom tido la. Mengantuk pulak.

Bebelan di tengah malam

Assalamualaikum para blogger sekalian. Bersua kembali di alam maya. Sudah beberapa hari aku tak update blog ni. Aku agak sibuk sejak akhir2 ni. Tak lama lagi ada Hari Potensi pulak dah. Aku kena mengajar murid2 aku menari la pulak. Pandai ke aku menari? Hmm.... Actually, ada orang lain yang tolong ajarkan budak2 tu nanti. Bila aku dan kawan aku dah boleh ingat step2 tu barulah kami pula yang mengajar. Ish2.... dasat betul cikgu ni. Macam2 boleh jadi. Antaranya : cikgu, kerani, penari, pelakon, penyanyi, pelukis dan banyak lagi la.

Sesiapa yang nak jadi guru memang kena tabah menghadapi situasi seperti ini. Yela, banyak sangat pekerjaan yang perlu dibuat dalam satu masa. Tetapi masih ada segelintir manusia yang memperlekehkan profesion perguruan. Ada orang cakap jadi cikgu senang boleh balik tengahari tetapi hakikatnya..... cubalah anda menjadi guru tak payah lama cukup la sehari je tengok apa jadi. Senang tak senang? Masa tu baru tau la langit tu tinggi atau rendah. Tak pernah buat, cakap memang senang. Cuba lalui sendiri baru tau.

Ape pulak la yang aku membebel ni. Lain kali sambung lagi. Baju keje tak siap iron lagi tu. Tata.


Hari ini...

Good Day Myspace Comments

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah hari ni murah rezeki kami bertiga. Tadi aku dan si dia pergi tapau lauk pauk kat kedai parent murid si dia. Masa nak balik tu akak tu bagi 2 jenis lauk lagi. Tima kasih akak. Moga murah rezeki akak sekeluarga. Amin. Makan berdua je. Taktau la dapat habis ke tak tu. Terpaksa la bersahur malam ni. Rezeki Allah. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Bercakap pasal sahur, aku masih ada hutang lagi 5 hari berpuasa. Mulai esok aku akan ganti puasa sampai habis. InsyaAllah. Minggu lepas dapat 2 hari je. Aku ingat arini nak puasa tapi terlupa pula nak niat. Takpe la. Masih ada masa lagi.

Apapun bulan depan dah masuk bulan ramadhan. Tak sabar rasanya.... :)


Mengemas

Asalamualaikum semua.... dah lunch? Kalau belum tu cepat2 la gi makan ye. Nanti sakit perut pulak.

Hari ni kan... aku rasa senang hati bila tengok si dia kemas laci almari yang penuh dengan barang2 dia. Hihihi... Laci tu memang serabut dengan barang yang entah apa2. Antaranya kertas2, buku2 dan banyak lagi la. Semuanya berpunca apabila aku mencari screwdriver untuk repair mainan Faqih. Akhirnya si dia dengan sendirinya mengemas laci tersebut. Huhuhu. Semua kertas dan benda2 yang tidak digunakan lagi telah dibuang. Alhamdulillah.... Akhirnya almariku telah kemas semula.... Hihi... Selamat satu bab. Tima kasih bucuk sebab kemaskan laci tu. Lainkali jangan sepah2 lagi yea.

*setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Thank You Myspace Comments

Pakwe cina usha aku. hihik ! (Secret admire part 4)

Friends Myspace Comments

Assalamualaikum... Ni hao ma? Sume dah bangun tido ke? Kalau belum tu cepat2 la bangun jangan asyik nak membuta je. Huhuh....

Ok la. Cerita seterusnya ni tentang aku, supervisor dan salesman. Ade 3 watak utama dalam cite ni. Aku mulakan dengan cerita aku dengan supervisor dulu.

:: Yap Eng Chai, itulah name mamat cina tu. Dia ni supervisor department hardware bersebelahan dengan department aku (pasaraya). Mula2 aku jumpa dia aku tengok dia ni kerek semacam dan nampak garang. Aku takut nak tegur dia jadi dia yang tegur aku dulu. Dia ni suka buat lawak dan bila aku bersembang dengan dia, dia akan buat aku ketawa tanpa henti. Pada satu hari tu kami berborak macam biase la kan untuk mengelakkan rasa mengantuk maklum la bila dah takde keje tu je la yang kami boleh buat pon. Tibe2 time dia buat lawak aku gelak gile2.Pastu ade ke dia tanya aku ade minum @ tak (minuman keras). Sebab ape dia tanye sebabnya dia kata bila aku ketawa pipi aku akan jadi merah. Adoi la dia ni. Dah sah2 aku pakai tudung takkan aku nak minum air tu plak. Hmmmm..... Masa hari raya tahun bile tah dia ni ada datang beraya ke rumah aku siap makan nasi lagi. Hahaha. Tapi bukan dia sorang je. Aku jemput kawan2 aku yang lain jugak ok. Dengan mak aku pon dia boleh ngam. Walaupon dia bukan melayu tapi dia ni pandai menyesuaikan diri dengan orang melayu. Sekarang ni dia dah pindah. Aku pon taktau ke mana sebab dia dah tak kerja kat pasaraya tu lagi.

:: Alvin nama mamat salesman yang membekalkan barang2 untuk department aku. Mate dia sepet giler. Orangnya hensem. Hihihi.. Mula2 kenal pon dia jugak yang tegur aku dulu. Aku taktau la ape yang dia suka sgt kat aku sampai mate aku pon die nak pinjam. Huhuk... Katanya bila ketawa mata aku akan mengecil. Ape dia tak perasan ke yang mate die tu jauh lebih kecik daripada mata aku ni. Hmmm.... Tak paham la. Dia pernah ajak aku keluar makan2 tapi aku menolak dengan baik. Takut lak aku nak keluar dengan orang yang aku baru kenal. Cina plak tu. Dia siap tunjuk kereta dia kt aku lagi. Proton wira aeroback kaler maroon. Hihihi... Ada skali tu dia call aku ajak keluar tapi aku tetap menolak. Perasaan takut tu tetap ada. Lama jugak aku tak jumpa dia dan lepas tu aku pon dah berhenti kerja.

Hihihi.. Ok tak cerita tu. Macam2 perangai kan. Terima kasih kerana sudi membaca :)

Kisah semalam

Assalamualaikum...... straight to the point, mlm ni aku nak cite pasal kisah semalam. Huhu. Di mana aku dan si dia 'perang dingin' gara-gara si dia lambat jemput aku dari tempat kerja. Yang aku nak marah tu dia lambat bagitau. Bila aku dah tunggu kat pintu pagar baru la mesej sampai. Tu pon dah dekat setengah jam aku tercongok kat situ.

Aku memang tak suka menunggu. Tak tau la kenapa. Tapi hari ni dh ok skit kot. Huhu... Aku malas nak gaduh2 ni. Letih. Bila marah aku diam je tak cakap apa2. Sumanya aku malas. Apa nak jadi la dengan aku ni. Asik moody je sejak kebelakangan ni. Harap-harap hari esok dan seterusnya akan menjadi hari yang lebih baik buat aku.

Aku kena kejar dengan siapa? (Secret Admire part 3)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia... Bersua kembali di blog bikers. Sambungan tajuk pasal secret admire @ peminat rahsia. Ha.... kali ni kisah di mana aku telah dikejar oleh 2 org yang mengenali aku tapi aku langsung tak kenal dia. Agak pelik bunyinya. Huhuhu...

Ceritanya begini... Masa tu aku masih lagi bekerja sambilan di pasaraya berhampiran rumah aku. Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum aku kena kejar, aku telah menerima sms drpd seseorang yang tak dikenali. Ada orang yg bagi nombor telefon aku kat dia. Dan aku tahu siapa gerangan orang tersebut. Kawan aku la tu. Pandai2 je bagi nombor telefon aku yg private and confidential ni. Dia kata nak jumpa aku. Aku pon tanpa berfikir panjang terus menerima pelawaan ntah sape2 tu. Dia ni kawan kpd kawan aku yg bagi nombor telefon aku tu.

Masa jumpa kat pasaraya tempat aku keje tu dia datang dengan kawan dia. Masa tu dia tak perasan aku rasanya. Aku pon dah lupe. Ntah kenapa belum sempat dia datang kat aku dan bercakap dengan aku, aku dah lari lintang pukang keluar dari pasaraya tersebut. Ape la yang aku takut sangat masa tu. Mungkin sebab tak kenal kot. Bila aku lari, dia kejar. Aku berjalan selaju yang mungkin sambil berlari-lari anak terus menuju ke arah hostel tempat keje aku. Bila dah sampai dalam keadaan yg tercungap-cungap, aku terus skodeng ikut tingkap aku nampak mamat tu dok cari aku. Hahaha... Dia pon pelik agaknya tengok aku tibe2 hilang. Kawan aku tanya kenapa. Aku jawab kena kejar. Hahaha....


Terima kasih banyak-banyak...


Assalamualaikum.... wahhh ! Diam tak diam sudah 35 orang yang mengikuti blog ini. Hmm... Aku rasa orang lain lagi ramai pengikutnya sampai mencecah ratusan. Aku tak kisah sebab aku pon baru nak berjinak2 dengan blog ni. Blog ni dah lama wujud cuma masa tu aku tak berapa pandai nak buat. Hujung tahun lepas barulah aku kembali mengaktifkan blog yang tak seberapa ni. Sikit2 lama2 aku semakin syok menaip apa2 sahaja di sini. Kepada yang dah jadi pengikut tu aku ucapkan berbanyak terima kasih dan sebagai balasan, aku akan mengikuti blog korang pula.

Kepada yang baru nak follow aku tu diharap dapat meninggalkan jejak setelah follow blog ini. Sekian.

Blog aku berwajah baru (need your comment)

Hello ya..... Assalamualaikum... moshi moshi....

Di pagi yang indah ini izinkan saye bercerite. Time kasih. Hmm.... Sesudah puas meng'edit' blog aku yang sebelum ni amatlah berat akhirnya selesai juge. Tinggal nak masukkan gambar je. Puas hati aku sebab blog aku dah ringan. Cepat je berhenti loading. Yesss !! Sume gadjet2 yang membuatkan keberatan blog aku sumenye aku dah delete. Hahaha.. Saye memerlukan komen anda utk wajah terbaru blog ini. Sudi-sudikanlah melawat dan berikan komen anda yang bernas. Semuanya amatlah dihargai.

Itu saje untuk kali ini. Sekian.

Secret Admire part 2

Assalamualaikum.. good evening everybody...

Malam ini aku bercerita lagi tentang kisah lama. Kisah sewaktu aku mula bekerja sambilan di sebuah pasaraya yang berdekatan dengan tempat tinggal aku. Mak aku yang beria2 suruh aku kerja. Pada mulanya aku menolak tapi mak tak abis2 nak berleter pasal perkara tu. Katanya cari pengalaman dulu. Last2 aku keje jugak. Tapi tak susah untuk aku menyesuaikan diri di tempat kerja tu. Lama2 jadi seronok pulak.

Bila dah beberapa bulan keje kat situ, aku mula perasan ada beberapa pasang mata yang selalu memerhatikan gerak geri aku. Aku buat derk je. Aku memang serius bila bekerja. Tak hairan la kalau ada yang curi2 tengok aku. Ala2 usha la tu.

Mamat 1 :: Nama dia Rafi. Sudah agak lama juga dia dok perhatikan aku. Pada suatu hari tu, dia dtg kat tempat keje aku. Aku dah nampak dia tapi aku wat tak tau je. Aku wat keje aku je. Pastu dia beli satu kad. Pastu dia suruh aku tulis sesuatu pada kad tu. Dia kata nak bagi kad tu pada seseorang. Aku pon tulis la. Pastu...... Alamak, aku lupa apa yg jadi lepas tu. Tapi yang pasti dia bagi kad tu pada aku. Cuma aku tak ingat macam mana dia bagi. Hahaha... Dah la aku yang tulis tup2 aku plak yang dapat. Agak kelakar jugak bila diingat balik. Sejak hari tu dia selalu datang borak2 dengan aku. Bila aku berhenti keje kitorang terus lost contact.

Mamat 2 :: Dia ni pulak agak emo orangnya. Al maklum la baru putus cinta. Kami kenal pon kat tempat kerja aku. Dia selalu perhatikan aku buat kerja. Dia cakap aku buat kerja tak pandang kiri kanan. Muka pon serius je. Dia selalu cerita tentang kisah silam dia bersama bekas kekasih dia dulu. Dia memang sayang giler2 kat ex dia alih2 pompuan tu tinggalkan dia. Aku pon dah lupa apa sebabnya. Aku kawan dengan dia sampai aku masuk maktab. Lepas tu terus senyap. Rupa2nya dia ada hati kat aku. Aku je yang buat tak tau kat dia. Aku anggap dia kawan je sebab aku malas nak bercinta. Dia dan kwn2 dia pernah dtg umah aku utk celebrate birthday aku. Memang tak sangka dia datang bawak macam2 makanan. Dapat hadiah lagi. Masa mula2 kenal dulu pon dia bagi hadiah jugak. Bila aku dah jadi cikgu ada la satu hari tu aku mesej dia nak ucapkan tahniah sebab dia nak kawin. Pastu dia marah aku, dia cakap aku dah berubah. Lepas tu aku terus tak berhubung dengan dia lagi. Dia ni memang emo sangat2. Hmmm....

Ok la... Aku tgh tengok cite best ni. Nanti sambung lagi. Cite ni lom abis lagi. Tata.

8 benda kesayangan aku

Semua orang mesti ada benda yang dia sayang. Begitu juga aku. Ini dia barang2 yang aku paling sayang. Korang bace la. Mungkin same cam barang yang korang sayang gak.

  1. Kereta perodua Myvi warna kelabu. Ini adalah barang paling mahal yang pernah aku beli.
  2. Handphone jenama Sony Erricson warna merah hadiah daripada orang yang aku sayang.
  3. Kamera Digital jenama Sony Cybershoot warna pink. Juge hadiah daripada si dia.
  4. Gadjet yang ala2 psp warna hitam. Boleh main game, dengar lagu, tengok video, boleh snap gambar, rakam video dan sebagainya. Ni pon hadiah daripada si dia.
  5. Jam tangan jenama Casio warna pink. Si dia juge yang belikan untuk aku.
  6. Cincin kawin.
  7. Laptop warna merah jenama Asus. Si dia baru belikan untuk aku.
  8. Gambar-gambar aku bersama orang-orang yang aku sayang.
Haa.... itu dia barang2 kesayangan aku. Kebanyakannya suami aku yang hadiahkan. Tima kasih papa.

Gelang aku hilang :(

Assalamualaikum.... sedihnya rasa hati bila pulang dari tempat kerja aku dapati gelang aku hilang. Aku letak gelang tu betul2 kat tepi laptop aku ni. Malam tadi dah tergerak hati nak simpan tapi aku terlupa. Gelang tu aku tutup dengan kertas untuk mengelak orang daripada ternampak tapi sia2 kerana gelang tu hilang juga akhirnya. Sama juga dengan cincin kawin aku yang hilang selepas aku bersalin. Yang tinggal kini cincin merisik dan cincin bertunang. Aku sedih sangat. Benda tu amat bernilai kerana ianya pemberian suami tersayang suatu ketika dahulu sewaktu kami diijabkabulkan. Apa nak buat. Dah takde rezeki nampaknya. Aku sayang semua benda yang suami aku bagi biarpun barang tu tak mahal. Nampaknya rezeki tak berpihak pada aku. Aku pun cuai. Mood aku yang riang gembira tadi telah bertukar menjadi sedih. Papa, maafkan mama sebab tak jaga barang tu betul2. Mesti papa pon ralat kan. Hadiah perkahwinan dari papa mama dah hilangkan. Uwaaa....!!!

Kenape saye tak tido lagi?


Assalamualaikum dan selamat pagi sume :)

Dah pagi pon tapi aku masih belum melelapkan mata lagi. Tak tau la kenapa aku rasa malas nak tido. Dua tiga hari lepas aku tido awal. Hari ni terus tak tido2. Aku tengok si dia pon belum tido lagi. Nak skodeng aku online ke ape? Tadi dia suruh aku goreng nugget. Aku nak makan tapi tekak aku ni malas nak telan.

Ulser aku dah beransur pulih tapi masih sakit lagi. Kena byk minum air masak lagi la nampaknya. Bosan plak aku menaip. Nak pegi tido la. Good night.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...