KDrama | Circle : Two Worlds Connected



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 01 Disember 2019




Lagi sebulan kita akan menjengah ke tahun 2020. Semoga dengan kehadiran tahun baru akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Baiklah, harini Cikgu Faiz nak share satu lagi drama korea yang baru sahaja selesai di tayangkan di saluran NTV7. Drama ni dah mula ditayangkan pada tahun 2017. Salah seorang pelakonnya adalah Yeo Jin Goo yang berlakon drama Hotel Del Luna. Drama Circle hanya mempunyai 12 episod sahaja tetapi ianya padat dengan cerita dan misteri yang harus dirungkaikan. Bergenre sains fiksyen dan fantasi serta misteri.


Circle mempunyai dua plot situasi yang berbeza iaitu tahun 2017 (Projek Beta) dan tahun 2037 (a great new world) . Pada tahun 2007 dua beradik kembar  yang pada waktu itu masih kecil bersama bapa mereka telah bertemu dengan makhluk asing yang menyerupai manusia. Makhluk asing tersebut mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi yang tidak terfikir oleh manusia untuk melakukannya. Mereka membawa makhluk asing itu pulang dan menjaganya seperti ahli keluarga sendiri. Makhluk asing itu diberi nama Byul.


Yeo Jin Goo sebagai Kim Woo Jin


Bapa mereka (Kim Kyu Chul) yang juga seorang saintis neuro telah menemukan satu rahsia di mana Byul berupaya untuk mencipta satu teknologi yang membolehkan memori manusia itu dirakam, dikunci dan ditonton semula dalam bentuk video. Kim Kyu Chul berusaha mendalami teknologi yang ada pada Byul secara rahsia dan menamakannya Projek Beta. Suatu hari, Kim Kyu Chul dan Byul keluar dari rumah dan terus tidak pulang. Ini membuatkan kembar tersebut berfikir bahawa Byul telah menyebabkan diri mereka diabaikan oleh bapa tersayang.


Gong Seung Yeon sebagai Byul / Han Jung Yeon / Bluebird


Pada tahun 2017, Kim Woo Jin yang merupakan pelajar sains neuro perasan akan kes-kes bunuh diri yang berlaku di universitinya mempunyai kaitan dengan abangnya Kim Bum Gyun yang terlalu obses dan marah pada makhluk asing yang pernah mereka temui sewaktu kecil. Ketika Kim Woo Jin sedang menyiasat kes bunuh diri tersebut dia telah bertemu dengan Han Jung Yeon, pelajar sains komputer yang sangat menyerupai Byul, makhluk asing yang pernah tinggal bersamanya dulu. Han Jung Yeon turut sama ingin menyiasat rahsia di sebalik kes bunuh diri itu.


Kim Kang Woo sebagai Kim Bum Gyum / Kim Joon Hyuk


Pada tahun 2037, Korea Selatan terbahagi kepada dua iaitu Daerah Umum iaitu bandar yang mempunyai tahap pencemaran udara yang sangat teruk di mana terdapat banyak kes-kes jenayah. Satu lagi adalah Bandar Pintar iaitu daerah yang aman damai, bersih dan bebas jenayah. Seorang detektif jenayah cuba menyelinap masuk ke Bandar Pintar untuk menyiasat satu kes sepasang kembar yang hilang pada tahun 2017. Lebih mengejutkan, dia telah menemui sesuatu yang teruk disebalik keindahan Bandar Pintar yang dikatakan bandar bebas jenayah itu.


Drama ni korang memang kena hadap betul-betul jangan ada satu episod pon yang terlepas sebab ada banyak kejadian yang korang takkan jangkakan akan berlaku. Memang misteri habis. Setiap watak saling berkait. Drama yang lain dari yang lain sebab takde konflik percintaan. Korang yang kena banyak berfikir. Hahaha. Paling tak sabar nak tahu ke mana hilangnya Kim Woo Jin tu. Memang terbaik drama ni. Kalau cuti-cuti ni korang tak tahu nak tengok drama apa, boleh tonton drama Circle ni. Highly recommended. Sekian.


Yang menaip,

KDrama | Hotel Del Luna



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 30 November 2019




Apa khabar semuanya? Lama Cikgu Faiz tak bersiaran di blog ini. Kali ni Cikgu Faiz nak review drama korea yang boleh dikatakan agar baru juga disiarkan di viu yang berjudul Hotel Del Luna.  Ini adalah drama terakhir yang Cikgu Faiz tonton di viu. Drama ini bergenre fantasi, seram, misteri dan komedi romantik. Drama ini mempunyai 16 episod. Episod pertama sahaja dah membuatkan penonton tertanya-tanya dan terus ingin menonton episod seterusnya.


Hotel Del Luna atau sebelumnya dikenali dengan nama Rumah Penginapan Bulan terletak di Seoul dan tidak seperti hotel-hotel lain. Ini kerana kesemua tetamu Hotel Del Luna adalah hantu atau roh orang yang telah meninggal dunia. Hotel Del Luna tidak dapat dilihat pada waktu siang. Pada zaman Goguryeo, seorang pemberontak bernama Jang Man Wol (dilakonkan IU) telah menerima hukuman di atas kesalahannya membunuh mereka yang tidak bersalah. Jang Man Wol terperangkap di hotel tersebut selama beribu tahun sehinggalah dia bertemu dengan Koo Chan Seong (dilakonkan Yeo Jin Goo) yang menjadi pengurus Hotel Del Luna.


Lee Ji Eun (IU) sebagai Jang Man Wol


Koo Chan Seong adalah pengurus baru Hotel Del Luna menggantikan pengurus sebelumnya yang telah bersara. Pengurus Hotel Del Luna adalah manusia bagi memudahkan proses pengurusan hotel. Koo Chan Seong seorang lelaki kacak yang berkelulusan dari Universiti Harvard merupakan seorang pengurus di sebuah hotel terkemuka sebelum berpindah ke Hotel Del Luna. Disebabkan bapa Koo Chan Seong telah membuat perjanjian bersama Jang Man Wol 20 tahun lalu telah menyebabkan dia terperangkap dengan Hotel Del Luna.


Yeo Jin Goo sebagai Koo Chan Seong


Setiap roh yang datang menginap di Hotel Del Luna mempunyai cerita yang tersendiri di sebalik kematian mereka. Begitu juga dengan setiap kakitangan hotel. Di akhir cerita ni nanti Jang Man Wol akhirnya bebas daripada hukuman selama bertahun-tahun. Kalau korang tonton drama ni harapnya jangan pulak terpesong ye. Biasa la drama korea ni memang sinonim dengan cerita yang tak terjangkau dek akal macam ni. Anggap sahaja ianya sebagai hiburan. Dengar khabar akan ada sekuel selepas Hotel Del Luna tapi pemiliknya bukan lagi Jang Man Wol. Jeng jeng jeng. Harapnya best macam Hotel Del Luna. Akhir kata, Cikgu Faiz ucapkan selamat menonton.


*** gambar ehsan Google.




Yang menaip,

KDrama | Strong Girl Do Bong Soon | Strong Woman Do Bong Soon



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 22 Julai 2019




Bersua kembali. Kali ni Cikgu Faiz tak sabar nak share satu lagi drama korea yang boleh dikatakan best giler. Lama dah tajuk ni ada dalam senarai watchlist Cikgu Faiz di VIU tapi tak tertengok sampai la drama ni mula ditayangkan di televisyen barulah Cikgu Faiz bersemangat nak tonton. Drama ini mempunyai 16 episod dan bergenre fantasi, aksi dan komedi romantik.


Drama berjudul Strong Girl Do Bong Soon atau Strong Woman Do Bong Soon ni boleh dikatakan heronya adalah perempuan di mana watak Do Bong Soon dilakonkan oleh Park Bo Young yang merupakan gadis super hero kerana mempunyai kekuatan luar biasa. Manakala heroin heroin pula dilakonkan oleh Park Hyung Sik memegang watak sebagai Ahn Min Hyuk dan Ji Soo memegang watak sebagai In Gook Doo



Park Bo Young sebagai Do Bong Soon


Strong Girl Do Bong Soon mengisahkan tentang seorang gadis bernama Do Bong Soon yang mempunyai kekuatan melebihi manusia biasa. Kekuatan luar biasa itu diwarisi daripada nenek moyangnya. Pada awalnya Do Bong Soon ingin menyembunyikan kekuatannya, tetapi disebabkan satu insiden, dia terpaksa menggunakan kuasa itu untuk membantu orang-orang dipersekitarannya daripada terus dibuli oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Insiden Do Bong Soon melawan gengster telah disaksikan oleh CEO syarikat permainan komputer iaitu Ahn Min Hyuk.



Park Hyung Sik sebagai Ahn Min Hyuk



Selepas kejadian itu, Ahn Min Hyuk menawarkan pekerjaan kepada Do Bong Soon iaitu menjadi bodyguard nya. Do Bong Soon sangat menyukai In Gook Doo iaitu rakannya sewaktu di sekolah tetapi Gook Doo telah mempunyai kekasih. Misteri bermula apabila beberapa orang gadis muda telah diculik. Pihak polis berusaha untuk mengesan penculik itu tetapi gagal.



Jo Soo sebagai In Gook Doo



Sehinggalah pada suatu malam Gyeong Shim (kawan baik Do Bong Soon) hampir-hampir diculik tetapi dapat diselamatkan oleh Do Bong Soon. Penculik itu berasa tercabar kerana dikalahkan oleh seorang gadis dan dia berazam untuk menangkap Do Bong Soon.


Macam mana? Best tak sinopsis dia? OST drama ni pon best best. Salah satu lagu Heartbeat. Memang tangkap cintan kalau dengar. Hihi. Selamat menonton. Sekian.


Yang menaip,

Lirik | Suran - Heartbeat (OST Strong Woman Do Bong Soon)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 15 Julai 2019



Anyeong haseyo... Semua okey ke harini? Entri kali ini Cikgu Faiz nak share satu lagu dari drama korea yang belum sempat review. Soundtrack drama Strong Woman Do Bong Soon. Masa Cikgu Faiz menaip entri ni, drama ini sedang ditayangkan di saluran 8tv pada jam 11.30 pagi selama satu jam setiap Sabtu dan Ahad. Kalau korang tengok takde tu maksudnya drama dah tamat la tu. Hihihi. Banyak lagu yang best dalam drama ni. Salah satunya lagu ini.



Pelakon utama KDrama Strong Woman Do Bong Soon. Park Bo Young sebagai Do Bong Soon dan Park Hyung Sik sebagai Ahn Min Hyuk.



Suran - Heartbeat

Nan kkumeul kkune seolleneun i maeum gadeukhi
Neol barabone dugeundaeneun maeum moreuge
Oneulcheoreom nae mame hayan byeori naeryeowa
Neoui nune dudungsil bichine neol geuryeobone
Meonghani muldeun haneure dwidora bone
Hoksina haneun maeume oneulcheoreom nae mame
Hayan byeori naeryeowa neoui nune dudungsil nae moseubi
Maeilcheoreom geudaega naegero dagawa
Pogeunhan bam haneuri naeryeosseumyeon

Heartbeat heartbeat speeding up
Heartbeat heartbeat in my mind
Heartbeat heartbeat
Jogeumssik deo keojyeogane

Heartbeat heartbeat on and on
Heartbeat heartbeat in my mind
Heartbeat heartbeat
Neoege deullil geot gata

Nan kkumeul kkune seolleneun i maeum gadeukhi
Neol barabone dugeundaeneun maeum moreuge
Oneulcheoreom nae mame hayan byeori naeryeowa
Neoui nune dudungsil nae moseubi maeilcheoreom geudaega 
Naegero dagawa pogeunhan bam haneuri naeryeosseumyeon

Heartbeat heartbeat speeding up
Heartbeat heartbeat in my mind
Heartbeat heartbeat
Jogeumssik deo keojyeogane

Heartbeat heartbeat on and on
Heartbeat heartbeat in my mind
Heartbeat heartbeat
Neoege deullil geot gata nan kkumeul kkune

Seolleneun i maeum gadeukhi neol barabone
Dugeundaeneun maeum moreuge








Kredit gambar : google

\Kredit lirik : youtube



Yang menaip,
Cikgu Faiz

KDrama | Suspicious Partner | Love In Trouble



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 12 Julai 2019




Lama betul tak bersiaran. Kali ni Cikgu Faiz nak share satu drama korea yang Cikgu Faiz dah habis tonton beberapa bulan yang lepas. Macam biasa, drama ni pernah ditayangkan di saluran NTV7 dan mempunyai 40 episod. Drama ini bergenre komedi romantik dan penyiasatan.


Drama berjudul Suspicious Partner atau Love In Trouble membariskan empat tunjang utama iaitu Ji Chang Wook, Nam Ji Hyun, Choi Tae Joon dan Kwon Nara. Drama ini berkisar tentang Noh Ji Wook yang pada awalnya merupakan seorang pendakwaraya. Dia bekerjasama dengan Eun Bong Hee yang merupakan seorang pelatih demi menyelesaikan kes-kes misteri pembunuhan. 


Ji Chang Wook sebagai Noh Ji Wook



Tidak lama kemudian, Eun Bong Hee disabitkan kesalahan iaitu membunuh teman lelakinya. Lebih menguatkan dakwaan itu, teman lelakinya dibunuh di rumah Bong Hee sendiri. Eun Bong Hee meminta pertolongan Noh Ji Wook supaya tidak mendakwanya atas kesalahan tersebut tetapi tiada bukti lain yang menunjukkan bahawa Eun Bong Hee tidak bersalah.



Nam Ji Hyun sebagai Eun Bong Hee



Eun Bong Hee tidak jadi didakwa dan Noh Ji Wook telah diberhentikan kerja daripada menjadi pendakwaraya. Noh Ji Wook kemudiannya telah membuka sebuah firma guaman. Dia bersama tiga lagi rakannya bersama-sama memajukan firma itu dengan menyelesaikan kes-kes semasa. Tidak lama kemudian, Eun Bong Hee turut menyertai firma guaman tersebut. Dalam pada itu, secara senyap-senyap mereka turut menyiasat misteri kes pembunuhan teman lelaki Eun Bong Hee.



Choi Tae Joon sebagai Ji Eun Hyuk



Misteri mula terungkai sedikit demi sedikit dan mereka mula mengesyaki Jung Hyun So sebagai suspek pembunuhan teman lelaki Eun Bong Hee. Kelicikan Jung Hyun So dalam mengaburi mata pihak polis menyukarkan mereka untuk memberkas pesalah sebenar. Dalam pada itu, Noh Ji Wook sering bermimpi suasana ketika kebakaran di rumahnya sewaktu dia masih kanak-kanak. Kedua ibu bapanya telah terbunuh dalam kebakaran tersebut dan dia masih mencari lelaki yang menyebabkan kebakaran tersebut.



Kwon Nara sebagai Cha Yoo Jung


Terdapat banyak elemen misteri dalam drama ini dan akan membuatkan penonton berfikir dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi. Biasa la drama korea ni bukan berkisar tentang cinta semata-mata. Kepada yang berminat dengan drama misteri macam ni korang boleh la tonton secara online. Salah satunya di aplikasi VIU. Jumpa lagi di entri akan datang. Sekian.


*** gambar ehsan GOOGLE


Yang menaip,
Cikgu Faiz

Lirik | Han Hae Bin - Everyday (OST Because This Is My First Life)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 09 Januari 2019



Annyeong hasimnika ! Apa khabar semuanya hari ni? Harap semuanya baik-baik sahaja. Hari ni Cikgu Faiz nak share lirik lagu yang Cikgu Faiz suka dengar. Lagu ni dari drama korea Because This Is My First Life. Bila dengar je lagu ni terus teringat babak-babak sweet di antara Nam Se Hee dan Yoon Ji Ho. Siapa yang belum tonton drama ni Cikgu Faiz recommend sangat-sangat.


Teraju utama Because This Is My First Life. Dari kiri Lee Min Ki memegang watak sebagai Nam Se Hee, Jung So Min sebagai Yoon Ji Ho dan kucing comel yang memegang watak Woori. Geram tengok kucing tu.



Han Hae Bin - Everyday

I'm in love
Neoege ppajyeo deureoganeun sungan
Show your love
Isanghae naega aningeot gata
Duri isseulttae
Nado moreuge useumjitgo
Gakkeumssik eosaekhage nun pihaneun geon
Amuraedo neo neoreul

You're my everything
Dathin nae mameul yeoreojwo
Loving you
Naege jogeum deo gakkai
Nal pogeunhage gamssajwo
Eonjekkajina
Teukbyeolhan saramigo sipeo
Malhaejullae gidarigo itdamyeon
I'm in love with you
Everyday

Oneuldo saenggakhae
Bam sae jam mot irudaga
Geureoda gunggeumhae
Neoneun eotteon mamilkka
Eotteon malbuteo kkeonaeyahalji gominhada
Mamedo eopneun mareul jieonaeneun geon
Amuraedo neo neoreul

You're my everything
Dathin nae mameul yeoreojwo
Loving you
Naege jogeum deo gakkai
Nal pogeunhage gamssajwo
Eonjekkajina
Teukbyeolhan saramigo sipeo
Malhaejullae gidarigo itdamyeon
I'm in love with you

Nae meorit sogen ne moseupman maemdolgo isseo
Amugeosdo hal suga
Eopseul mankeum saenggakna

You're my everything
Maeil nae gyeote isseojwo
Fall in love naege
Would you be my one love?
Ireohge nal barabwajwo eonjekkajina
Teukbyeolhan saramigo sipeo
Malhaejullae gidarigo itdamyeon
I'm in love with you
Everyday






Baca sinopsis Because This Is My First Life >>>> SINI


Yang menaip,

KDrama | Because This Is My First Life



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 05 Januari 2019





Selamat Tahun Baru !! Happy New Year !!! Entri pertama di tahun 2019. Semoga Cikgu Faiz akan lebih rajin mengemaskini blog ini. Berbalik kepada tajuk, Cikgu Faiz nak share satu lagi drama korea yang best dan sweet giler. Drama ini dulu pernah ditayangkan di saluran televisyen NTV7. Cikgu Faiz suka drama ni sebab ada watak kucing cute. Pandai kucing ni berlakon.


Drama Because This Is My First Life ini ada 16 episod dan membariskan pelakon-pelakon hebat korea. Yang menariknya dua pelakon utama drama ini menjadi cameo untuk drama What's Wrong With Secretary Kim? Masa tu mereka berdua jadi watak ibu bapa sewaktu muda kepada setiausaha Kim.



Lee Min Ki sebagai Nam Se Hee


Seorang perancang komputer unik yang memiliki sebuah apartment. Dia sedang mencari rakan serumah bagi membantu membayar sewa rumahnya setiap bulan. Nam Se Hee lebih suka menghabiskan masanya bersama kucing kesayangan daripada berkahwin.



Jung So Min sebagai Yoon Ji Ho


Seorang pembantu penulis skrip yang sedang berusaha untuk mencari rumah sewa. Ji Ho bercita-cita untuk menjadi penulis yang berjaya.



Esom sebagai Woo Su Ji


Kawan baik Ji Ho yang bekerja di sebuah syarikat.



Park Byung Eun sebagai Maa Sang Goo


Kawan Nam Se Hee di tempat kerja. Merupakan seorang ketua di tempat kerjanya.



Kim Ga Eun sebagai Yang Ho Rang


Kawan baik Ji Ho yang bekerja di sebuah restoran. Ho Rang mengimpikan untuk menjadi suri rumah tangga dan berkahwin dengan teman lelakinya.



Kim Min Seok sebagai Sim Won Seok


Teman lelaki Ho Rang. Mereka berdua sudah lama bercinta.



BECAUSE THIS IS MY FIRST LIFE





Nam Se Hee sedang mencari teman serumah yang dapat memenuhi kehendaknya selaku tuan rumah. Dia bekerja sebagai seorang perancang komputer di sebuah syarikat yang membuat aplikasi telefon bimbit. Waktu-waktu terluangnya hanyalah bersama kucing kesayangan. Secara kebetulan, Yoon Ji Ho juga sedang mencari rumah sewa. Secara tidak sengaja, kawan Nam Se Hee telah mencadangkan Yoon Ji Ho untuk menyewa bilik di rumahnya. Tanpa bersemuka, Yoon Ji Ho membuat keputusan untuk menyewa bilik di rumah Nam Se Hee tanpa mengetahui bahawa tuan rumahnya adalah seorang lelaki.


Semuanya berjalan lancar kerana mereka berdua belum bertemu di antara satu sama lain sehinggalah pada suatu hari Yoon Ji Ho terkejut apabila melihat Nam Se Hee berada di dalam rumah sewanya. Selepas kejadian itu, Yoon Ji Ho membuat keputusan untuk berpindah keluar dan mencari rumah sewa lain. Akan tetapi, disebabkan satu insiden telah membuatkan Yoon Ji Ho kembali semula ke rumah Nam Se Hee. Yoon Ji Ho tidak ada tempat untuk dituju. Meskipun mempunyai dua kawan baik, dia tidak mahu menyusahkan kawan-kawannya.





Nam Se Hee berasa kasihan dengan Yoon Ji Ho. Dia membenarkan Yoon Ji Ho menyewa bilik di rumahnya. Setelah berbincang, mereka berdua membuat keputusan untuk berkahwin supaya dapat tinggal bersama sebagai penyewa dan tuan rumah.


Nak tahu lebih lanjut tentang drama ni kenalah tonton sendiri. Biasa la cerita pasal bercinta selepas berkahwin mesti ada banyak konflik. Yang lawak, watak Nam Se Hee tu memanjang serius je. Susah nak senyum tapi dia suka kucing. Hihihi. Selain watak pasangan ni, watak-watak lain pon ada konflik dia juga terutama kawan-kawan Nam Se Hee dan Yoon Ji Ho. Senang cerita anda bolehlah tonton sendiri ye. Dekat mana? Semestinya di VIU. Sekian.


p/s : lagu ost drama ni best.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...