Hannani Bertudung Di Luar Rumah? Berjaya Bertahan Atau Tidak?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 29 Mac 2015


Kembali lagi setelah beberapa hari menyepi. Ada je halangan bila nak bukak laptop. Ada banyak gambar terbaru yang nak di update. Baru-baru ni Cikgu Faiz saje je nak test Hannani pakai tudung dekat luar. Kebetulan masa tu tengah hujan renyai-renyai tu yang Cikgu Faiz pakaikan tudung. Sebelum ni pon Hannani dah test pakai tudung dekat rumah. Kali ni nak bawak keluar pulak. Nak tengok berapa lama boleh bertahan. Hihihi.




Taraaa !!!! Lihatlah wajah Hannani yang tembam bila mengenakan tudung sarung. Hihihi. Tudung Hannani ni best sebab sejuk je.




Hannani berwajah serius pulak. Dah tak sabar nak berjalan ni bonda. Huhuhu.




Mula-mula tu yeye je diam bila pakai tudung. Masuk je dalam kereta terus nak bukak dah. Haha. Memang tak boleh nak pakai apa-apa pon dekat atas kepala tu. Sekian.


Yang menaip,

Hantu Selfie 3



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 22 Mac 2015


Bertemu lagi kita. Esok akan mula bekerja seperti biasa. Hannani macam biasa akan ke taska dan abang Hakim ke sekolah. Rutin harian akan kembali seperti biasa. Assignment pon tak siap lagi ni. Harap-harap ada la sedikit masa untuk menyiapkannya sikit demi sikit. Sekarang ni pon Cikgu Faiz dah mula buat sikit-sikit. Takut terlepas waktu due date. Semester ni memang kena fokus, fokus dan fokus.


Tanpa melengahkan masa, Cikgu Faiz nak sambung entri selfie semalam. Episod ke-2 pulak. Hihihi. Otak dah sarat dengan pelbagai info tentang sains dan teknologi jadi blur pulak nak cerita pasal apa dekat blog ni. Jom layan gambar-gambar di bawah.






Kali ni rambut Hannani dengan abang macam serabut sikit. Hihihi. Macam yang Cikgu Faiz pernah bagitau dulu, Hannani ni tak berapa suka kena dandan ni. Kalau sikat rambut tu susah nak tahan lama, mesti dia akan serabutkan balik. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Hantu Selfie 2



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 21 Mac 2015


Bersua lagi. Hihi. Baru lepas menaip assignment. Tak siap lagi tapi sibuk nak update blog pulak. Huhu. Assignment ni nak 15 muka surat tapi Cikgu Faiz baru dapat 5 muka surat. Lagi 10 entah apa yang nak digoreng. Huhuhu. Sabar sabar. Moga dipermudahkan segala urusan Cikgu Faiz ni. Amin..


Alang-alang nak update blog ni apa kata Cikgu Faiz belanja satu lagi entri bergambar selfie. Tanpa membuang masa korang layan je. Semoga terhibur.








Dah tengok? Hihi. Abaikan rumah yang bersepah tu ye. Dah tak larat nak mengemas nanti ada je yang jadi tukang sepah. Huhuhu. Hannani dah pandai senyum di depan lensa kamera. Abang dia macam biasa la asyik gaya ultraman je. Sekian.


Yang menaip,

Hantu Selfie



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 21 Mac 2015


Lamanya tak bersiaran. Rindu nak berblogging macam dulu-dulu. Tetapi assignment terlalu banyak jadi Cikgu Faiz harus mengutamakan yang penting dahulu. Rindu nak blogwalking dan baca entri korang tu. Tapi apakan daya masa begitu mencemburui Cikgu Faiz. Bila dah penat buat assignment kena buat kerja lain pulak. Tak sabar nak siapkan semua assignment ni nanti boleh la meronda dekat blog korang pulak.


Oleh kerana dah lama tak update blog ni, Cikgu Faiz nak belanja gambar selfie dengan Hannani la. Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi mood tu belum datang lagi. Hihi. Review novel pon ada dua ni. Dah habis baca pon. Nanti Cikgu Faiz update dua buah novel tu ye. Sekarang ni nak post entri santai-santai dulu. Tanpa membuang masa korang layan je la tiga keping gambar di bawah ni. Hihi.






Perkara wajib setiap kali nak keluar ke mana-mana mesti selfie anak beranak dulu. Hihi. Hannani pon dah terbiasa dan boleh pandang kamera dah. Huhuhu. Sekian.


Yang menaip,
 

Anniversary Ke-6



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 15 Mac 2015


Alhamdulillah semalam genab la enam tahun usia perkahwinan Cikgu Faiz bersama Encik Suami. Perkongsian hidup selama enam tahun ini telah menjadikan keluarga kami seramai empat orang. Hihi. Syukur padaMu Ya Allah kerana telah menyatukan kami walaupun banyak sangat dugaan di dalam rumah tangga yang dibina. Memang tak dinafikan Cikgu Faiz seorang yang kurang sabar dan cepat marah tetapi Encik Suami sabar je melayan kerenah isterinya ini. Huhu.


Encik Suami yang baik walaupun dia suka buli Cikgu Faiz. Masa Cikgu Faiz tak sihat dia la yang jaga makan minum, masak lauk pauk yang Cikgu Faiz nak makan tapi Cikgu Faiz tak makan pon. Huhu. Tak ada selera dah nama pon orang sakit. Nak buat macam mana? Tekak terasa nak makan tapi bila dah ada depan mata terus tak lalu. Huhu. Kalau Encik Suami baca entri ni mesti dia ejek punya. Nasib baik la dia tak berapa rajin sangat dengan blog ni. Huhuhu. Kalau tak mesti kena bahan punya.




Kadang-kadang dugaan yang datang terlalu sukar untuk dilalui tetapi jodoh kami tetap panjang sampai ke hari ini. Mungkin sebab anak-anak yang menjadikan kami kuat untuk menempuh segala cabaran dalam hidup bersama. Teringat dulu sebelum berkahwin, Encik Suami pernah menyanyikan lagu 'Hidup Bersama'. Huhu. Semoga perkahwinan ini akan kekal buat selamanya hingga ke akhir hayat dan doakan moga jodoh kami kuat dan diredhai Allah.


P/S: Hadiah untuk ulang tahun kali ni tak tahu nak bagi apa. Ada tak cadangan selain jam tangan?


Melancong dengan RM3000? Biar betul !! --> SINI


Yang menaip,

Review Novel | The Wedding Breaker - Evelyn Rose



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 11 Mac 2015


Akhirnya tamat juga novel The Wedding Breaker yang Cikgu Faiz beli tahun lepas. Huhu. Lama sangat dah tersimpan dapat juga masa untuk menghabiskan siri novel tersebut. The Wedding Breaker hasil karya penulis Evelyn Rose telah diadaptasi ke drama TV yang berjudul Ariana Rose. Mesti korang tengok kan. Cikgu Faiz tak dapat nak tonton drama ni sampai habis tu yang kena baca novel dia. Hihihi.




Novel ini mengisahkan Ariana Rose yang telah mengharu birukan satu majlis perkahwinan kerabat diraja. Oleh sebab terhutang budi dengan Tengku Juwita, Ariana Rose bertindak untuk membantu temannya itu menghentikan majlis tersebut. Tengku Juwita terpaksa berkahwin dengan Tengku Adam Kamil yang sememangnya seorang playboy. Ariana Rose tidak menyangka perbuatan memfitnah Tengku Adam Kamil telah menjerumuskannya ke lembah hitam. Ariana telah dirogol oleh Tengku Adam Kamil akibat perbuatannya itu.


Tidak lama kemudian Ariana menghilangkan diri setelah Tengku Adam Kamil cuba menodainya buat kali yang kedua. Ariana membuat keputusan untuk membina hidup baru bersama bakal suaminya yang telah ditentukan oleh keluarganya. Tengku Adam Kamil mula menyedari yang dia cintakan Ariana Rose tetapi gagal untuk mengesan keberadaan gadis itu. Dia berasa menyesal di atas segala perbuatan terkutuknya terhadap Ariana Rose.


Ariana sendiri tidak mengetahui siapa tunangnya itu. Yang dia tahu nama tunangnya ialah Adam. Begitu juga dengan Tengku Adam Kamil. Dalam diam-diam kedua orang tuanya merisik dan melamar Ariana Rose. Tengku Adam Kamil tidak ingin melihat gambar tunangnya itu kerana rasa cinta yang mendalam terhadap Ariana Rose. Sampai satu masa akhirnya Tengku Adam Kamil terlihat gambar majlis pertunangan dia dan Ariana Rose. Hatinya mengucap syukur kerana Tuhan telah memakbulkan doanya untuk menjadikan Ariana Rose isterinya yang sah. Tetapi Ariana Rose masih tidak tahu bahawa Tengku Adam Kamil itu bakal suaminya sehinggalah mereka dinikahkan. Ariana terkejut dan pelik tetapi dia berlagak seperti biasa. Ariana Rose juga sudah mula mencintai Tengku Adam Kamil dan akhirnya dia dapat menerima suaminya itu. Tengku Adam Kamil juga sudah berubah menjadi seorang muslim yang beriman.


Konflik kecil terjadi apabila adik tiri Ariana Rose ingin merapati suaminya itu. Tetapi semua itu tidak mengurangkan cinta mereka. Keseluruhanya novel ini agak berat dan banyak ilmu yang bermanfaat serta pengajaran dapat kita perolehi di dalam novel ini. Bila baca novel ni terbayang pulak pelakon drama Ariana Rose tu. Hihihi. Sekian.


P/S : Nantikan review novel yang seterusnya ya. Cikgu Faiz sedang dalam proses nak habiskan ^^v


Yang menaip,

Pertama Kali Kena Tipu Secara Online



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 07 Mac 2015





Pagi-pagi lagi dah bikin panas !! Rasa macam nak sumpah seranah je. Huh ! Korang sedia maklum kan yang Cikgu Faiz ni peminat tudung Aidijuma tu. Beberapa minggu lepas keluar design sempena CNY. Cikgu Faiz post la gambar tudung tu dekat satu group whatsapp Aidijuma ni. Lepas tu ada sorang hamba Allah tu post gambar CS AIDIJUMA yang ada gambar tudung tu. Konon nak bagitau yang dia ada kat CS la kan tengah nak memborong tudung tu. Cikgu Faiz nak kirim la kan. Dia pon setuju dan bagi harga semua. Siap tanya lagi nak tambah tudung lain tak. Huh ! Dah bayar harga untuk dua helai tudung siap postage dan upah. Ok settle. Lepas cuti CNY baru pos. Okey tak kisah sebab paham pejabat pos memang tengah pack sebab nak raya cina kan.


Lepas raya cina tu hari Isnin tak silap dia bagi no tracking pos laju siap gambar slip lagi. Okey, percaya bulat-bulat. Tunggu esok lusa tak jugak sampai tudung. Cikgu Faiz check dekat internet no tracking tu NOT FOUND. Bagitau hamba Allah tu dia terkejut beruk pulak. Dia cakap hari Isnin ni nak check dekat poslaju, hari tu tak dapat check sebab kononnya dia nak pergi memborong AIDIJUMA lagi. Penipu. Dalam hati Cikgu Faiz takkan poslaju boleh jadi macam ni. Sebelum ni tak pernah lagi kalau pos barang takde maklumat dalam sistem. Cikgu Faiz syak dia memang tak pos barang tu. Huh ! Menyirap lagi. Dia kata nak pulangkan duit dan bila dah settle dia akan bagitau. Hari Khamis tak jugak masuk duit. Cikgu Faiz whatsapp tanya bila nak pulangkan duit. Alasan dia tengah kerja. Check lagi takde masuk pon. Huh ! Esoknya hari Jumaat Cikgu Faiz tanya lagi. Alasan, anak demam tak boleh tinggal. Cikgu Faiz dah bengang tahap nak mengamuk dah. Sebab apa? Malam tadi baru dia transfer tapi kurang RM3. Cikgu Faiz bagitau RM3 tu sedekah je la padahal hati memang nak marah sangat tu. Dia siap cakap nak pulang balik baki tu. Cikgu Faiz menolak sebab dah geram sangat rasanya dengan penipu tu. Ada je helah dia. Yang bengangnya tu ada pulak maybank2u. Sebelum ni alasan memang tak munasabah langsung. Takkan la tak boleh nak transfer online untuk 5 minit kan. Memang tak masuk akal. Pulak tu nak tunggu Cikgu Faiz desak baru la nak bagi. Memang melampau la. Dah la masa Cikgu Faiz dan setuju nak beli tu dia siap suruh bayar hari tu jugak sebelum pukul 2 petang konon nak buat modal. Boleh jalan la dengan modal tu. Penipu. Duit aku cepat je kau nak. Suruh pulang balik macam-macam alasan kau bagi. Lepas ni memang Cikgu Faiz dah serik nak kirim-kirim dekat orang ni. Lebih rela pergi CS atau beli dekat website AIDIJUMA je. Hari tu memang tak dapat pergi CS tu yang terpaksa kirim tu. Website pulak cepat sangat kehabisan stok.


Semua yang terjadi ni memang satu pengajaran untuk Cikgu Faiz. Cikgu Faiz dah block siap-siap nombor si penipu tu. Dah kau nak sangat menipu kan. Sekian laporan tak puas hati Cikgu Faiz untuk hari ini.

Untuk peminat bola sepak sahaja --> SINI


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...