Hannani Mengamuk Sakan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 31 Mei 2015


Hannani dah tidur. Abang dengan Encik Suami pergi sekolah sebab ada program. Tinggallah kaum perempuan di rumah. Huhu. Bila Hannani dah tidur baru la dapat nak godek-godek blog ni. Kalau tak Hannani memang tak bagi langsung Cikgu Faiz duduk depan laptop tau. Bila nampak je dia akan menjerit dan menangis. Huhu. Sebab tu sekarang ni Cikgu Faiz lebih banyak update pada waktu malam sebab masa tu Hannani dan tidur.


Okey la. Tak nak cerita banyak, cuma nak kongsikan gambar-gambar kami tiga beranak sewaktu sedang menunggu Encik Suami di sekolah. Huhu. Macam-macam aksi Hannani yang sedang menangis yang sempat dirakamkan. Hihi.



Masa mula-mula tu semuanya okey je.




Tiba-tiba Hannani mengamuk, menjerit dan menangis. Puncanya dia nak bersandar dekat stereng kereta. Cikgu Faiz tak bagi sebab bila Hannani bersandar bising la dengan bunyi hon. Huhu. Apa lagi mengamuk la budak tu.




Ni dah tenang sikit. Huhu.




Mengamuk lagi sebab abah lambat sangat pon ye jugak. Haha.




Berhenti kejap. Penat kot sebab asyik menjerit je. Hihi. Abang Hakim dekat belakang tu dah macam-macam aksi dah dia buat. Haha.




Semakin tenang sebab dapat gigit lampin kesayangan. Hihihi. Gusi gatal.




Macam dah sambung mengamuk lagi tapi nampak okey sebab masih menggigit lampin kesayangan.




Dia dah mula balik dah. Nak mengamuk la tu. Kenapa la abah ni lama sangat? Huhuhu.




Beria menangis sampai air mata pon tak nak turun. Huhuhu. Muka ketat je.




Hannani tak suka kereta berhenti, dia nak berjalan je. Hihihi. 




Baru diam bila tengok muka sendiri yang tengah menangis tu. Huhuhu. Pandai jugak nak selfie tu.




Nampak dah semakin tenang. Apa lagi, giliran bonda pulak la nak selfie. Huhuhu. Pengsan dibuatnya dengan Hannani ni. Dah pandai mengamuk sekarang ni. Garang betul anak dara sorang ni. Abang pon boleh menangis dikerjakan adiknya yang garang. Hahaha. Sekian.


Yang menaip,

Koleksi Terbaru Aidijuma Bulan Mei 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 31 Mei 2015


Dah lama rasanya tak update kolaksi terbaru tudung AIDIJUMA. Hihi. Setiap bulan tak boleh missed beli tudung ni. Kalau ikutkan tiap-tiap minggu ada design baru. Tapi Cikgu Faiz membeli mengikut kemampuan sahaja. Botak la kepala kalau tiap-tiap minggu nak beli. Pulak tu sekali keluar 4 5 helai design. Huhu. Cikgu Faiz akan beli design yang betul-betul menarik perhatian je dan yang paling penting boleh match dengan baju kerja. Haha.


Bulan Mei sahaja Cikgu Faiz dapat sambar 3 helai. Maksimum okey. Tak boleh lebih. Itu pon dah banyak kan. Nak tengok koleksi terbaru tu? Jom.



Ini white label. Namanya dah lupa la. Hihi. Cikgu Faiz beli sebab nanti boleh pakai masa mengajar tajuk 'meneroka angkasa' dekat murid-murid pra. 




Yang ni pulak green label sempena Hari Guru. Beli sebab kena dengan tema Hari Guru. Hihihi. Cikgu Faiz kan ajar ABC. Huhuhu.




Ini label terbaru. Yellow label. Label ni hanya dijual oleh premium reseller sahaja. Tiada di concept store mahu pun website aidijuma. Tapi tak tahu la kalau lepas ni datin ada jual online pulak. Hihi. Kainnya lembut macam black label jugak cuma harga je up sikit. Kalau black label biasa RM33. Yang ni Cikgu Faiz beli dengan premium reseller AJ. 2 lagi tu beli kat website je.




Esoknya terus selfie dengan tudung baru. Huhuhu. Lembut sangat. Berbaloi walaupun agak mahal. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 29 Mei 2015


Semalam iaitu pada hari Khamis telah diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Bukan main seronok lagi murid-murid kerana dapat bersama-sama meraikan Hari Guru. Cikgu apatah lagi. Gembira apabila dihargai setahun sekali. Tak kisah la orang nak cakap syok sendiri tapi bagi Cikgu Faiz masa inilah cikgu nak bergembira bersama anak murid. Tak gitu. Cikgu sahaja yang memahami keadaan ini.


Okeylah, tanpa membuang masa jom kita layan gambar-gambar di sepanjang berlangsungnya majlis sambutan Hari Guru semalam.



Masa ni murid-murid Prasekolah baru nak bersarapan pagi. Sebelum pergi dewan kena la isi perut dulu nanti ada pulak yang mengadu lapar. Huhu.




Semua dah tak sabar nak pergi dewan tu sampai ada yang tak nak makan. Huhu.




Kalau tahun 2014 dulu, tema pakaian untuk sambutan Hari Guru ialah bertemakan 'Back To School' tapi pada tahun ini temanya ialah pasukan bola sepak kegemaran. Haha. Agak-agak jersi pasukan mana yang Cikgu Faiz pakai tu? Hihi.




Yeayyy.... dah sampai dewan. Semua murid dari tahun 1 dan 6 berkampung di dewan terbuka sekolah.




Seronok sangat sampai tak peduli dah cikgu nak ambik gambar. Huhuhu.




Ramai kan. Gamat tak gamat la suasana bila dah ramai-ramai macam ni. Huhu. Takpe. Cikgu juga adalah pengawal keselamatan okey. Hihi.




Cikgu-cikgu lelaki sedang sibuk menggantung belon. Cikgu Faiz memang tak la kalau dengan belon ni. Kirim salam aje ye. Buat terkejut je nanti bila meletup. Huhu.





Dapat jugak la menggondol anugerah semalam. Hahaha. Dah macam anugerah oscar je. Siap ada penyampai anugerah lagi. Huhu. Trofi je takde. Takpe. Sijil ni nanti boleh letak dalam frame gambar dan simpan sebagai kenangan bila dah pencen nanti. Hikhik.




Bila murid-murid dan balik baru la bermula jamuan dan pertukaran hadiah. Memang mendebarkan sebab tak tahu dapat hadiah apa. Huhu.




Menggoda tak tembikai tu. Ini lebihan tembikai masa acara sukaneka. Tak habis dan dibawa ke jamuan pulak. Oppsss... acara makan buah tembikai sampai lebam. Hihi.



Haa.... ini hadiah pertukaran daripada Cikgu Faiz yang berupa tupperware. Memang syok kalau dapat tupperware ni. Macam-macam makanan boleh isi. Hihi.




Ini yang Cikgu Faiz dapat. Tray untuk buffet. Ini macam nak suruh Cikgu Faiz masak je. Kali kedua dapat tray ni. Hihi. Senang tak payah nak beli lagi. Huhu.




Antara hadiah yang Cikgu Faiz dapat. Kebanyakannya adalah tupperware. Hihi. Favourite cikgu tu tupperware. Mihmih. Hot chocolate pon ada. Huhu. Terima kasih anak-anak murid yang sudi bagi hadiah dekat Cikgu Faiz yang garang macam singa ni. Hahaha.




Ini antara hadiah yang paling unik sekali. Fridge magnet bergambar. Huhu. Terima kasih sekali lagi. Walaupun murid-murid Prasekolah tak dapat membaca blog Cikgu Faiz ni tidak mengapa. Mungkin satu hari nanti akan ada yang terjumpa cebisan entri Hari Guru ini yang akan mengingat kembali detik-detik suka dan duka ketika pernah menjadi anak didik Cikgu Faiz. Masa tu mungkin semua sudah menjadi dewasa dan Cikgu Faiz pula dah pencen. Huhu. Sekian.


Yang menaip,

Review Novel | Suamiku Encik Sotong - Syikin Zainal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 24 Mei 2015


Bertemu kembali. Seperti yang dijanjikan kali ini Cikgu Faiz nak review novel yang juga diadaptasi ke drama di saluran Astro Ria. Novel 'Suamiku Encik Sotong' karya penulis Syikin Zainal.




Erica Sofea seorang gadis lincah dan ceria telah diwasiatkan untuk menerajui syarikat arwah nendanya iaitu syarikat Khaleeda Holding. Pada mulanya Erica begitu gembira kerana dapat mewarisi sebahagian daripada harta arwah nendanya itu. Akan tetapi untuk mewarisi syarikat tersebut Erica hendaklah berkahwin dengan Farish iaitu seorang lelaki lembut yang digelar 'sotong'. Erica cuba menolak tawaran tersebut akan tetapi Farish telah mencabar Erica untuk berkahwin dengannya. Erica yang panas hati serta merta menerima cabaran tersebut dan seluruh ahli keluarga mereka amat terkejut dengan keputusan Erica itu. Perkahwinan Erica dan Farish hendaklah bertahan selama tiga tahun untuk melayakkan Erica menerajui Khaleeda Holding.


Walaupun sudah berkahwin tetapi hubungan Erica dan Farish tidak seperti pasangan suami isteri yang lain. Mereka membawa haluan sendiri. Erica bertindak untuk merahsiakan hubungannya dengan Farish tetapi akhirnya mereka bertemu apabila Farish mula melanjutkan pelajaran di kolej yang sama dengan Erica. Di kolej, hubungan Erica dan Farish bertambah buruk apabila mereka seringkali bertengkar dan ini membuatkan kawan-kawan Erica berasa pelik.


Dalam pada itu, Farish mula mengenali seorang gadis yang bernama Dhia Adirra yang juga sahabatnya. Dalam diam Farish mula menyukai gadis itu. Erica Sofea pula mula dilamun cinta dengan sepupunya sendiri iaitu Tengku Izhan. Sehinggalah akhirnya Erica Sofea telah mengandungkan anak luar nikah hasil hubungannya bersama Izhan. Di saat Erica memerlukan sokongan Izhan, dia telah mengetahui sesuatu yang amat memeranjatkan. Tengku Izhan hanya berpura-pura mencintainya dan telah memerangkapnya supaya dia akan berkahwin dengan lelaki itu untuk merebut jawatan pengerusi Khaleeda Holding. Ini semua perancangan yang dilakukan oleh ibu saudaranya sendiri.


Akibat kecewa, Erica membuat keputusan untuk tinggal bersama suaminya Farish yang digelar sotong itu. Tengku Izhan yang tidak mengetahui hujung pangkal cerita gagal menemui Erica lagi. Manakala hubungan Farish dan Dhia Adirra semakin baik dan mereka merancang untuk bertunang. Belum pun sempat bertunang, hubungan antara Farish dan Erica telah diketahui oleh Dhia Adirra. Dhia Adirra hilang tanpa khabar berita. Farish berasa amat marah dengan tindakan Erica yang tidak mahu berterus terang pada Dhia Adirra.


Erica berasa bersalah kerana telah menyebabkan Farish kehilangan cintanya dan dia telah bertindak melarikan diri ke satu tempat yang tidak diketahui. Tengku Izhan pula semakin tertekan apabila ibunya mamaksanya berkahwin dengan Qareena. Sehinggalah Tengku Izhan beroleh kekuatan untuk berterus terang dan akhirnya dia dapat bersatu kembali bersama Erica Sofea, gadis yang dicintai. Farish pula telah bertindak untuk mencari Dhia Adirra dan dia kini telah berubah dan tidak lembut seperti dulu lagi. Pada mulanya hati Dhia Adirra begitu keras untuk menerima Farish akan tetapi dia tidak dapat menafikan dirinya sendiri bahawa dia sangat cintakan Farish. Akhirnya semua dapat disatukan dengan ikatan pernikahan. Tiada lagi dendam dan sifat tamak yang menguasai diri.





Baru mula membaca dah rasa best sangat novel ni tau. Sebelum tu Cikgu Faiz tertengok di kaca tv. Macam best je cerita ni. Lepas tu baru cari novel. Memang kelakar habis watak Farish tu yang lembut. Hihihi. Tak rugi beli. Memang best. Sekian.


Yang menaip,

Tragedi Di KFC



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 23 Mei 2015


Cerita masa hari gaji Khamis baru-baru ni. Encik Suami ajak pergi pasaraya Giant sebab dia nak pergi beli buku. Abang Hakim dan Hannani pon ikut sekali. Sampai je Giant, abang Hakim mengadu lapar. Sejak kebelakangan ni abang Hakim cepat betul lapar padahal dekat sekolah dah makan. Pergi taska pon makan lagi. Huhu. Okey la tu sebab abang Hakim dah berselera nak makan. Kalau tak bukan main susah lagi nak makan. Boleh berperang jadinya nak bagi budak bujang tu makan. Huhu.



Okey, singgah KFC selepas Encik Suami selesai membeli buku. Kali ni Encik Suami belanja khas untuk birthday boy yang dah lepas. Hikhik. Cikgu Faiz rasa kenyang lagi jadinya memilih untuk 'tapau' snack plate aje. Makan di rumah baru selesa. Nanti tengah tengah makan Hannani mula la tak duduk diam. Lepas tu Encik Suami mesti suruh makan cepat cepat. Tu yang tak nak tu. Huhu. Sementara menunggu makanan sampai sempat jugak selfie anak beranak. Macam biasa la kan. Hihi.




Makanan sampai. Sorry takde gambar sebab semua dah excited nak makan. Huahuahua. Cikgu Faiz makan kentang goreng sama dengan Hannani. Encik Suami makan set dinner plate. Itu pon tak habis siap tapau sambung makan di rumah. Huhu. Abang Hakim pula memilih set nasi dan ayam goreng. Punya la syok makan tiba-tiba macam ada bau pulak. Ini mesti Hannani punya kerja ni. Dah agak dah. Hahaha. Nasib baik Cikgu Faiz tak makan jadinya boleh la pegang Hannani sementara menunggu dua orang hero tu makan. Hihi. 




Bila siap makan cepat-cepat balik sebab Hannani dah selesai 'membuang'. Huhu. Apa la Hannani ni. Suka sangat spoil bila dekat luar. Haha. Encik Suami siap cakap lepas ni tak nak bawak Hannani pergi jalan dah sebab mesti nak 'membuang'. Hihi. Hannani macam biasa tersengih-sengih je bila abah dia cakap macam tu. Huhu. Suka ye dapat mengenakan abah dia. Patut la sekejap je Hannani makan, rupa-rupanya ada agenda lain yang tersembunyi. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Topeng Buah Manggis



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 22 Mei 2015


Kali ini Cikgu Faiz nak kongsikan gambar-gambar anak murid yang begitu seronok sekali sebab dapat bawak balik topeng buah manggis. Huhu. Ini dua minggu lepas punya aktiviti. Heh, biasa la Cikgu Faiz memang suka up cerita yang dah basi ni. Huhu. Pada hari Jumaat kalau tak silap, pagi tu Cikgu Faiz dah jalankan aktiviti membuat topeng manggis ni.



Bukan main bersemangat lagi budak-budak ni melukis, mewarna dan menggunting gambar manggis tu. Huhuhu. Cikgu Faiz siap cakap lagi, siapa warna tak pekat dan tak rata cikgu tak nak tampal topeng dia dekat papan kenyataan. Huhuhu. Biasa la kadang-kadang budak ni nak cepat siap je. Bila dengar je cikgu dia cakap macam tu mula la masing-masing mewarna dengan tekun dan berhati-hati.




Ini merupakan topeng yang pertama murid-murid ni. Itu yang teruja sangat tu. Cikgu Faiz cuma tolong gunting bahagian mata dan menampal lidi di bahagian belakang topeng. Bab melukis, mewarna dan menggunting semua murid-murid yang buat. Cikgu Faiz mintak diorang lukis hidung, mulut dan kening. Bila semua dah siapkan topeng masing-masing, Cikgu Faiz suruh simpan dalam laci. Setiap murid akan diberikan laci masing-masing iaitu tempat untuk menyimpan buku dan hasil kerja mereka.


Seterusnya aktiviti pembelajaran diteruskan lagi. Heheh. Kali ni Cikgu Faiz siap cakap, siapa yang tulisan tak cantik dia tak boleh bawak balik topeng. Huhuhu. Biasa lah cikgu ni kena psiko sikit. Bila dengar je cikgu cakap macam tu masing-masing akan menulis dengan kemas dan berhati-hati. Huhuhu. Pendek kata, semua kerja pon kena kemas sebab nanti tak dapat bawak balik topeng buah manggis. Hahaha.




Tiba aktiviti yang terakhir sebelum kelas tamat. Siapa yang dah siap kerja boleh beratur dan boleh bawak balik topeng masing-masing. Yang belum siapkan kerja tu apa lagi, cepat-cepat la diorang siapkan. Hahaha. Psiko lagi cikgu. Aiii, dah macam-macam rupa topeng manggis dah. Mana satu nak pilih untuk ditampal di papan kenyataan ye? Akhirnya Cikgu Faiz memilih satu topeng murid yang memakai baju pink tu. Huhu. Itu je yang nampak menyerlah. Yang lain-lain tu masih boleh diperbaiki lagi. Semua pon cantik. Sekian.


Yang menaip,

Senarai Novel Yang Sempat Review Di Blog



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 22 Mei 2015





Entri kali ini Cikgu Faiz nak kumpulkan koleksi review novel di dalam blog Ding Dang ni. Kepada yang ada masa terluang tu boleh la baca ye. Hihi. Kot kot la korang tengah usha novel-novel yang best kan.


1. Bila Hati Berbicara - Antasya Balkis

2. Asam Pedas Untuk Dia - Nureen Mirza

3. The Wedding Breaker - Evelyn Rose

4. Suamiku Encik Perfect 10! - Syamnuriezmil

5. Kekasih Halal - Orkid Edyliyne

6. Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyliyne

7. Awak Semanis Red Velvet - Lily Haslina Nasir

8. Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik - Farisha Imani

9. Kami Dah Kahwinlah ! - Lisa Muhamad

10 . Cinta Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari

11. Katerina - Ahadiat Akashah

12. Ombak Rindu - Fauziah Ashari

13. Gerimis Rindu - Meen Zulaikha

14. Prince Charming - Ratu Bulan

15. Lagenda Budak Setan - Ahadiat Akashah

16. Rindu Di Awan Biru - Meen Zulaikha

17. Gemersik Kalbu - Anis Ayuni

18. Suamiku Encik Sotong - Syikin Zainal (belum sempat review lagi)


Ini antara novel-novel yang Cikgu Faiz sempat review di blog. Ada antara novel tu yang Cikgu Faiz cuba taip sinopsis di belakang buku aje. Biasa la masa tu tak berapa pandai lagi nak review ni. Huhuhu. Selamat membaca !!


Yang menaip,

Hadiah Hari Guru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 21 Mei 2015


Masih lagi dalam mood Hari Guru. Tak sah kalau tak dapat hadiah kan. Hihi. Alhamdulillah. Kalau ada yang memberi takkan kita nak menolak kan. Nanti dikata sombong pula. Cikgu Faiz terima apa sahaja pemberian daripada anak-anak murid yang comel-comel tu. Tahun ni dalam sejarah dapat hadiah dari parent pula. Huhu. Parent tu sanggup datang ke kelas untuk menghantar cheese cake leleh untuk Cikgu Faiz sempena Hari Guru katanya. Terima kasih banyak-banyak ye. Tanpa membuang masa jom kita layan gambar cheese cake tu. Hihi.



Haaa.... menggoda tak? Hihi. Banyak betul cheese kan. 




Hambik lagi. Huhu. Saje nak buat korang tergoda. Huhuhu. Jangan marah ye.




Dan lagi. Rupa kek ni memang cantik dan simple sangat. Rasa sayang je nak potong tau. Rasanya pon sedap. Pujian ikhlas dari Cikgu Faiz ni bukan sebab dapat kek free. Huhuhu. Alhamdulillah kek ini dikongsi bersama dengan cikgu dan ppm. Bawak balik sikit untuk Encik Suami dia pon puji sedap giler. Huhuhu. Nampak gayanya lepas ni Cikgu Faiz kena belajar buat cheese cake la. Dalam kek tu rasa pandan memang kena dengan tekak Cikgu Faiz ni.



Ini pula hadiah pemberian dari murid. Seronok bila dapat kad yang ditulis sendiri oleh murid. Nampak la usaha dia nak bagi cikgu baca kad tu. Cikgu pon sayang awak tau. Huhuhu.




Yang tak bagi hadiah pon cikgu sayang. Cikgu tak kisah pon dapat hadiah ke tak. Yang penting semuanya belajar rajin-rajin dan jangan nakal-nakal. Nanti cikgu jadi macam singa baru tau. Huhuhu. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak murid cikgu di dunia dan akhirat dan jangan lupa cikgu yang garang ni bila dah masuk darjah satu nanti. Huhu. Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...