3
Orang Memberi Komen

Review Novel : Kekasih Halal | Orkid Edyliyne



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sejak kebelakangan ni Cikgu Faiz suka sangat baca novel. Bila satu novel tu dah habis baca mesti nak baca novel yang lain pulak. Mungkin sebab sekarang ni sedang cuti semester jadinya Cikgu Faiz kena cepat-cepat habiskan membaca stok-stok novel yang ada di rumah ni. Hehehe. Sekarang ni Cikgu Faiz sedang dalam proses membaca novel Teduhan Kasih. Mesti korang semua pon tahu kan novel yang diadaptasikan menjadi drama di TV3 tu. Dah habis pon drama tu. Cikgu Faiz ni baru je terhegeh-hegeh nak baca novel dia. Huhuhu.


Okey la. Sebenarnya bukan nak cerita pasal novel Teduhan Kasih tapi novel Kekasih Halal karya penulis Orkid Edyliyne. Ini merupakan novel kedua yang Cikgu Faiz baca hasil karya penulis ni. Memang tidak menghampakan. Sebelum ini Cikgu Faiz baca novel karya beliau yang bertajuk Tuan Rumah Pembantu Rumah. Memang best giler ceritanya. Dengar khabar novel tu juga akan diadaptasikan ke drama di kaca tv. Mesti lagi best.


Jadi, sekarang masanya untuk me'review' novel Kekasih Halal ^ ^





Lutfa Shirin Mawar, pemilik nama yang boleh dikatakan agak cantik terpaksa rela untuk dinikahkan dengan lelaki yang tidak dicintainya. Semua atas pilihan keluarga kedua-dua belah pihak atas alasan untuk menjaga Lutfa yang pada waktu itu sedang belajar. Demi memastikan keselamatannya sentiasa terjamin maka orang tuanya bertindak dengan mengahwinkan Lutfa dan Feroz. Lutfa yang pada mulanya tidak dapat menerima kehadiran Feroz di dalam hidupnya akhirnya terpaksa akur dengan keputusan tersebut. 


Lutfa dan Feroz cuba untuk menyesuaikan diri mereka dengan perkahwinan yang telah diatur keluarga mereka. Sikap Feroz yang amat menyenangkan hati Lutfa telah membuatkannya jatuh cinta dengan suami sendiri. Akan tetapi Lutfa telah merahsiakan perkahwinannya itu dan perkara itu hanya diketahui oleh teman rapatnya sahaja. Di saat Lutfa mula menerima kehadiran Feroz di dalam hatinya telah membongkarkan satu rahsia yang tidak disangka-sangka. Rupa-rupanya Feroz hanya berlakon sahaja di depannya sedangkan di belakang Lutfa, suaminya itu mempunyai kekasih iaitu Irin. Irin kerap menganggu Lutfa dengan mengatakan bahawa Feroz tidak mencintainya dan semua kebaikan dan cinta yang ditunjukkan hanyalah lakonan semata-mata.


Kesian sangat dengan nasib Lutfa kerana pada ketika itu dia sedang mengandungkan anaknya bersama Feroz. Irin juga berkata bahawa Feroz sekadar ingin mengambil hatinya untuk mendapatkan zuriat yang sedang dikandung Lutfa. Hancur luluh hati seorang isteri apabila mendengar pengakuan tersebut. Lutfa hanya mampu menangis. Dari kejauhan ada yang memerhatikan Lutfa dan sentiasa mencari peluang untuk mendekatinya tetapi kenapa pula Feroz berasa cemburu? 


Kesudahannya, Irin telah menerima balasan di atas perbuatannya yang bertindak ingin membunuh Lutfa dan kandungannya. Irin tidak dapat menerima kenyataan bahawa Feroz memang betul-betul cintakan Lutfa dan setelah Feroz mengetahui bahawa Lutfa ialah gadis yang dia cari-cari selama ini. Sekian.


Aku akan cinta orang yang mencintaiku,
Aku akan rindu orang yang merinduiku,
Aku akan setia kepada orang yang setia kepadaku.


Yang benar,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
3 Comments

3 orang comel dah komen:

The Virus. said...

Feroz tu jahat gila. Bajet sweet tapi penipu.curang.Haha emo tetibe.

zakirasli .. said...

Perghh! best jgk novel nih :)

Orkid Edyliyne said...

thanks kak....
OE ambil link ye untuk letak dekat blog... ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...