Lirik | Jung Yup - That Love (OST Doctors)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 04 Ogos 2018


Anyeonghaseyo... Bersua kembali. Cara nak redakan kepenatan setelah lima hari bekerja versi Cikgu Faiz adalah update blog. Tak kisah la nak share tentang apa pun. Ianya merupakan terapi yang agak bagus juga. Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, Cikgu Faiz nak berkongsi salah satu lagu yang dipetik dari ost Doctors yang agak sedap didengar juga (mini love)


Hero dan heroin Doctors. Dari kiri Kim Rae Won (Hong Ji Hong) dan Park Shin Hye (Yoo Hye Jung)


Jung Yup - That Love

Naega maen cheoeum neoreul bwasseul ttae
Neon buranhan ai gatasseo
Eoneu nal nae gyeote seo isseul ttaen
Neomu sarangseureopge neon byeonhaeisseoji
Algo isseoni uri saranghage doel jul
I miss you
I love you

Neon nae salmui jeonbuya naega saneun iyuya
Seolmyeong hal su eopneun gijeogiya
Naui wiroga piryohan sarangiramyeon han georeum deo dagawa
Yes i believe my destiny

Neoui goun sumgyeori ttatteuhae
Neukkim hana hanaga neomu sojunghae
Geu eotteon mallo uril mal hal su isseulkka
I miss you
I love you

Neon nae salmui jeonbuya naega saneun iyuya
Seolmyeong hal su eopneun gijeogiya
Naui wiroga piryohan sarangiramyeon han georeum deo dagawa

Neoui geu hyanggiga johaseo geunyang manyang johaseo
Ama ige uri sarangingabwa

If i ever fall in love
Would you let me be the one
Neoneun ije honjaga aniya
Neon nae salmui jeonbuya naega saneun iyuya
Seolmyeong hal su eopneun gijeogiya
Naui wiroga piryohan sarangiramyeon han georeum deo dagawa
Yes i believe my destiny




Baca sinopsis Doctors >>> SINI


Yang menaip,

KDrama | Doctors


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 02 Ogos 2018


Kembali bersiaran di bulan baru. Kali ni Cikgu Faiz nak berkongsi drama korea terbaru yang Cikgu Faiz dah habis tonton. Drama ini pernah ditayangkan di saluran NTV7 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 4 petang. Cikgu Faiz ada tertonton sekali dua, nampak macam best itu yang sambung tonton secara online di aplikasi VIU. Ternyata drama Doctors ni tidak mengecewakan buat peminat drama korea di luar sana. Drama ini mempunyai 20 episod. Sebelum membaca jalan cerita, apa kata kita berkenalan dahulu dengan para pelakon yang terlibat dalam drama ini.



Kim Rae Won sebagai Hong Ji Hong


Seorang doktor pakar bedah saraf yang sangat berbakat. Merupakan anak yatim piatu dan dijaga oleh ayah angkatnya yang juga merupakan seorang doktor di Hospital Gukil.



Park Shin Hye sebagai Yoo Hye Jung


Merupakan seorang pelajar yang bermasalah. Demi neneknya, dia belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya menjadi seorang doktor bedah saraf.



Lee Sung Kyung sebagai Jin Seo Woo


Seorang pelajar pintar di sekolah. Mula berkawan dengan Yoo Hye Jung selepas satu insiden. Dia membantu Yoo Hye Jung di dalam mata pelajaran matematik sehingga Yoo Hye Jung mendapat markah tertinggi di dalam peperiksaan. Akibatnya, dia berasa cemburu dengan kejayaan kawannya.



Yoon Kyun Sang sebagai Jung Yoon Do


Merupakan seorang doktor bedah saraf di Hospital Gukil. Dikenali sebagai seorang yang menjengkelkan di kalangan rakan-rakan sekerja. Semuanya berubah setelah dia bertemu dengan Yoo Hye Jung.



DOCTORS




Doctors mengisahkan Yoo Hye Jung seorang remaja bermasalah yang dibuang keluarga. Sejak itu, dia tinggal bersama neneknya. Neneknya mempunyai sebuah restoran dan rumah sewa. Yoo Hye Jung tidak berminat untuk belajar tetapi telah dinasihatkan oleh neneknya supaya pergi ke sekolah. Di sekolah baru, dia bertemu dengan Cikgu Hong dan beliau tinggal di rumah sewa nenek Yoo Hye Jung. Di sekolah, Yoo Hye Jung hanya berkawan dengan Soon Hee. Dari situ dia berkenalan pula dengan Jin Seo Wo yang merupakan pelajar pintar di sekolah tersebut. Mereka bertiga berkawan baik. Yoo Hye Jung meminta Jin Seo Wo mengajarnya dalam mata pelajaran matematik. Akhirnya, Yoo Hye Jung berjaya mendapat markah tertinggi dan ini mengundang cemburu pada Jin Seo Wo.





Sehinggalah pada suatu hari, nenek Yoo Hye Jung telah disahkan menghidap ulser di dalam perut dan mesti dibedah. Akan tetapi pembedahan tersebut gagal dan neneknya meninggal. Tidak berpuas hati dengan doktor yang bertanggungjawab semasa pembedahan tersebut, Yoo Hye Jung berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh demi memastikan kematian neneknya mendapat pembelaan yang sewajarnya. Setelah beberapa tahun, Yoo Hye Jung berjaya menjadi seorang doktor bedah saraf yang sangat kagumi oleh rakan-rakan sekerjanya. Paling menarik, Yoo Hye Jung bertugas di Hospital Gukil, tempat di mana doktor yang tertanggungjawab terhadap kematian neneknya bekerja.





Sementara itu, dengan tak disangka-sangka, Yoo Hye Jung bertemu kembali dengan Cikgu Hong di Hospital yang sama. Rupa-rupanya Cikgu Hong adalah seorang doktor. Sejak itu, mereka berdua sering bekerjasama semasa mengendalikan pembedahan. Ini tidak disenangi oleh Jin Seo Wo yang turut menjadi doktor di situ. Seo Wo menyukai Jung Yoon Do tetapi cintanya ditolak mentah-mentah kerana Yoon Do mula menyukai Hye Jung di dalam diam. Apakah kesudahan drama ni dan dapatkah Yoo Hye Jung memaafkan doktor yang menyebabkan kematian neneknya? Anda kenalah tonton sendiri ye. Wiwiwi. Jangan marah ye. Drama ni tak bosan pon sebab setiap episod ada ceritanya yang tersendiri. Yang pasti isu-isu kedoktoran dalam drama ni nampak real sama macam drama Hospital Ship. Dulu Cikgu Faiz takut nak tengok adegan yang melibatkan pembedahan tapi sekarang ni dah okey sikit. Huhuhu. Apa pun, Cikgu Faiz kagum dengan doktor ni walaupun hanya sekadar lakonan tapi kenyataannya bukan mudah untuk menyelamatkan pesakit. Ala, doktor dekat Malaysia ni pon tak kurang hebatnya kan. Memang tabik spring la dekat semua doktor-doktor ni.


Oh ya, drama korea ni tak sah kalau takde lagu-lagu yang tangkap cintun dan rancak. Hihi. Ost Doctors ni boleh dikatakan semua lagunya best. Kena dengan jiwa Cikgu Faiz yang ala-ala sentimental value. Huhuhu. Next entry Cikgu Faiz share ost pulak ye. Entri ni pon dah makan masa beberapa hari nak disiapkan. Biasa la bila mood menulis semakin ke laut. Huhu. Jangan lupa tonton drama Doctors. Caucincau.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...