KDrama | Circle : Two Worlds Connected



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 01 Disember 2019




Lagi sebulan kita akan menjengah ke tahun 2020. Semoga dengan kehadiran tahun baru akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Baiklah, harini Cikgu Faiz nak share satu lagi drama korea yang baru sahaja selesai di tayangkan di saluran NTV7. Drama ni dah mula ditayangkan pada tahun 2017. Salah seorang pelakonnya adalah Yeo Jin Goo yang berlakon drama Hotel Del Luna. Drama Circle hanya mempunyai 12 episod sahaja tetapi ianya padat dengan cerita dan misteri yang harus dirungkaikan. Bergenre sains fiksyen dan fantasi serta misteri.


Circle mempunyai dua plot situasi yang berbeza iaitu tahun 2017 (Projek Beta) dan tahun 2037 (a great new world) . Pada tahun 2007 dua beradik kembar  yang pada waktu itu masih kecil bersama bapa mereka telah bertemu dengan makhluk asing yang menyerupai manusia. Makhluk asing tersebut mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi yang tidak terfikir oleh manusia untuk melakukannya. Mereka membawa makhluk asing itu pulang dan menjaganya seperti ahli keluarga sendiri. Makhluk asing itu diberi nama Byul.


Yeo Jin Goo sebagai Kim Woo Jin


Bapa mereka (Kim Kyu Chul) yang juga seorang saintis neuro telah menemukan satu rahsia di mana Byul berupaya untuk mencipta satu teknologi yang membolehkan memori manusia itu dirakam, dikunci dan ditonton semula dalam bentuk video. Kim Kyu Chul berusaha mendalami teknologi yang ada pada Byul secara rahsia dan menamakannya Projek Beta. Suatu hari, Kim Kyu Chul dan Byul keluar dari rumah dan terus tidak pulang. Ini membuatkan kembar tersebut berfikir bahawa Byul telah menyebabkan diri mereka diabaikan oleh bapa tersayang.


Gong Seung Yeon sebagai Byul / Han Jung Yeon / Bluebird


Pada tahun 2017, Kim Woo Jin yang merupakan pelajar sains neuro perasan akan kes-kes bunuh diri yang berlaku di universitinya mempunyai kaitan dengan abangnya Kim Bum Gyun yang terlalu obses dan marah pada makhluk asing yang pernah mereka temui sewaktu kecil. Ketika Kim Woo Jin sedang menyiasat kes bunuh diri tersebut dia telah bertemu dengan Han Jung Yeon, pelajar sains komputer yang sangat menyerupai Byul, makhluk asing yang pernah tinggal bersamanya dulu. Han Jung Yeon turut sama ingin menyiasat rahsia di sebalik kes bunuh diri itu.


Kim Kang Woo sebagai Kim Bum Gyum / Kim Joon Hyuk


Pada tahun 2037, Korea Selatan terbahagi kepada dua iaitu Daerah Umum iaitu bandar yang mempunyai tahap pencemaran udara yang sangat teruk di mana terdapat banyak kes-kes jenayah. Satu lagi adalah Bandar Pintar iaitu daerah yang aman damai, bersih dan bebas jenayah. Seorang detektif jenayah cuba menyelinap masuk ke Bandar Pintar untuk menyiasat satu kes sepasang kembar yang hilang pada tahun 2017. Lebih mengejutkan, dia telah menemui sesuatu yang teruk disebalik keindahan Bandar Pintar yang dikatakan bandar bebas jenayah itu.


Drama ni korang memang kena hadap betul-betul jangan ada satu episod pon yang terlepas sebab ada banyak kejadian yang korang takkan jangkakan akan berlaku. Memang misteri habis. Setiap watak saling berkait. Drama yang lain dari yang lain sebab takde konflik percintaan. Korang yang kena banyak berfikir. Hahaha. Paling tak sabar nak tahu ke mana hilangnya Kim Woo Jin tu. Memang terbaik drama ni. Kalau cuti-cuti ni korang tak tahu nak tengok drama apa, boleh tonton drama Circle ni. Highly recommended. Sekian.


Yang menaip,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...