3
Orang Memberi Komen

Air Terjun Chamang 2



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 13 Disember 2014


Masih lagi dalam mood bercuti. Cuti ni dapat la meluangkan masa yang lebih sikit dengan keluarga tercinta. Minggu lepas Cikgu Faiz dan Encik Suami membawa anak-anak menghirup udara segar di air terjun Chamang. Air terjun ni merupakan salah satu tempat menarik yang ada di Bentong. Rasanya 3 tahun lepas pon Cikgu Faiz ada update pasal tempat ni tapi masa tu kami bertiga. Kali ni kami datang berempat pula. Huhu.


Entri 3 tahun lepas ada >DI SINI<




Kami datang bukan untuk mandi tapi sekadar cuci mata rehatkan minda di sini. Hihi. Air terjun ni agak bahaya sikit. Masa kami sampai tu air agak deras.




Sekiranya korang datang mandi di sini bersama kanak-kanak pastikan sentiasa mengawasi mereka kerana sungainya agak dalam dan air pon laju je.




Tengok gambar pon dah tau yang air tengah deras. Kalau hari tengah panas memang syok mandi dekat sini sebab airnya tersangatlah sejuk. 












Kalau diperhatikan semua gambar di atas macam tak berapa nak menjadi sebab ada budak tu tak nak senyum. Muka serius je. Baru bangun tido la katakan. Huhu. Sekian.



Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Cikgu Faiz VS Kucing



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 02 Disember 2014


Korang suka kucing? Cikgu Faiz suka sangat dengan kucing. Dulu masa zaman budak-budak memang suka bela kucing. Lepas seekor, seekor Cikgu Faiz bela. Cikgu Faiz tak bela banyak sekaligus. Bila seekor kucing tu dah mati, mesti akan ada pengganti. Biasanya kucing yang Cikgu Faiz bela tu kucing terbiar, orang buang. Mak Cikgu Faiz yang rajin bawak balik kucing. Huhuhu




Kucing ni comel sangat kan. Kalau bela kucing dulu, Cikgu Faiz la yang bagi makan. Makanan biasanya nasi gaul dengan ikan goreng yang ditumbuk / ikan bilis yang ditumbuk / ikan sardin yang ditumbuk. Huhu. Mau tak gemuk kucing Cikgu Faiz. Bila dah mula bekerja sambilan selepas SPM, ada la duit sikit Cikgu Faiz belikan makanan kucing yang mahal sikit tu. Whiskas ke friskies. Tapi macam tak sesuai pula dengan kucing kampung sebab cirit birit ke gatal-gatal. Dah lupa. Huhu.




Nama kucing pulak macam-macam ada. Semuanya diberi secara spontan. Huhu. Si Tompok, Si Babu, Si Bobby, Si Neng, Si Mama dan banyak lagi. Huhu. Yang lawaknya kucing ni bila dah rapat dengan seseorang ia akan ikut je ke mana kita pergi. Contohnya masa dalam rumah. Pergi dapur ke bilik ke mesti kucing ikut. Kadang-kadang Cikgu Faiz saje berlari boleh pulak kucing tu kejar Cikgu Faiz. Macam tu la hubungan Cikgu Faiz dengan kucing. Ibarat isi dengan kuku.


Kucing la peneman Cikgu Faiz ketika di rumah. Pernah sekali tu kucing terkurung dalam kereta. Cikgu Faiz pon tak perasan bila masa kucing tu menyelinap masuk masa Cikgu Faiz ambil barang di dalam kereta. Bila panggil kucing tu tak balik-balik sampai la esok. Lepas tu esoknya bila bukak kereta tengok-tengok ada kucing. Huhuhu. Nasib la tak terkencing terbuang air besar dalam tu. Kalau tak jenuh jugak nak hilangkan bau. Huhuhu




Nampaknya penyakit suka kucing turut diwarisi oleh anak bujang seorang ni. Tapi kan, kebanyakan kucing takut sangat dengan abang Hakim. Mana taknya, abang Hakim suka sangat kejar kucing. Huhu. Bertempiaran la kucing bila kena kejar. Pegang kucing pon dah berani. Dulu agak takut.


Entah bila la dapat bela kucing lagi. Rindu pulak rasanya dengan kucing-kucing Cikgu Faiz tu. Semua pon dah mati. Sobsob. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Aktiviti Petang Tadi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 01 Disember 2014


Sedang menonton filem Bujang Lapok. Sambil tu boleh la update blog ni. Hari tu Cikgu Faiz ada bagitau yang cuti sekolah ni Cikgu Faiz akan kembali aktif kan? Tapi nampaknya agak sukar nak merealisasikan harapan tersebut sebab sekarang ni Cikgu Faiz sedang dalam proses nak menyiapkan assignment. Kadang tu dapat komen dua tiga entri je. Harap anda semua jangan la berkecil hati sebab Cikgu Faiz langsung tak berkunjung ke blog korang. InsyaAllah ada rezeki nanti Cikgu Faiz nak buat mini giveaway untuk pembaca blog ini.


Panjang betul mukadimah ye. Sebenarnya nak cerita tentang aktiviti petang tadi. Cikgu Faiz dan Encik Suami membawa anak-anak beriadah di taman permainan yang terletak di Sungai Marong, Bentong. Dah lama nak bawa anak-anak ke sana tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah petang tadi dapat juga melepaskan hajat untuk pergi ke sana.



Masa dalam kereta. Tembamnya Hannani. Bukan senang dia nak pandang kamera.




Hero-hero Cikgu Faiz. Abang Hakim yang paling teruja nak ke taman permainan.




Kami berdua memang kamceng semenjak dua menjak ni. Hihi. Hannani macam biasa tak nak pandang kamera. Tak mesra kamera betul la anak dara sorang ni.



Elele sukanya Hannani duduk atas mainan tu. Tapi sayangnya pemegang dah takde.




Hannani suka je main dekat taman ni. Suka dia tengok gelagat orang dekat sini. Huhuhu.




Hero yang semakin lasak. 




Haa.... ini yang paling Hannani suka. Berbuai la kita. Huhuhu. Diam je masa kena pangku atas buai ni. Kalau duduk lama sikit mau tertidur ni. Tak lama lepas tu hujan mula turun. Abang Hakim pon tak puas bermain lagi. Merajuk jugak dia tadi masa dalam kereta. Takpe la. Petang esok kita datang lagi ye. 


Tamat sudah cerita aktiviti petang tadi. Korang pula bagaimana?


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Kenapa Cikgu Faiz Tak Sabar Nak Balik Kampung?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 01 Disember 2014


Alhamdulillah Cikgu Faiz telah selamat berada di kampung halaman. Jumaat lepas bertolak pada jam 12.00 tengah malam. Huhu. Sebab apa lewat malam sangat? Sebab Encik Suami kata malam sejuk tak panas. Huhuhu. Dah dia rela nak drive malam-malam buta Cikgu Faiz on je la.


Sampai je di kampung lebih kurang pada jam 3.00 pagi. Memang mata dah pedih giler la. Tak sabar nak tido tapi bila nampak je sesuatu atas meja solek terus tak jadi nak tido. Hahaha... Encik Suami dah selamat berdengkur dah. Hehe. Apa benda la yang membuatkan Cikgu Faiz excited sangat tu?


Inilah dia.....

 v

v

v

v

v



Yeay... lama sangat tunggu nak balik kampung semata-mata tudung aidijuma ni. Hihihi. Cikgu Faiz beli melalui online je dekat website aidijuma.com. Ambik sekali beli 3 helai terus. Mihmih. Ala, white label je pon. Sehelai RM10.





Ada lagi sehelai yang Cikgu Faiz beli. Grey Daisy green label. Yang ni Cikgu Faiz beli melalui seller aidijuma. Harga sehelai RM25 termasuk pos.





Hambik. Terus selfie dengan aj white label cat meow meow. Hihi.





Yang lain tak rasmi lagi. Setiap hari tudung baru. Mihmih. Mana yang cantik tu mesti asyik nak pakai yang tu je. Hihihi. Suka punya pasal. Lepas ni Cikgu Faiz akan bercuti selama sebulan dari membeli tudung aidijuma ni. Boleh tahan ke agak-agak. Dah la setiap minggu keluar design baru. Cantik-cantik pulak tu. Godaan betul la.


p/s : baru ni keluar black label terbaru pulak. Satu pon Cikgu Faiz tak beli sebab nak tahan godaan. Huhuhu.


Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Jalan-Jalan Di IOI City Mall



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 28 November 2014


Petang semalam Cikgu Faiz dan Encik Suami berkesempatan membawa anak-anak berjalan ke pusat membeli belah yang baru dibuka. IOI City Mall, itulah namanya. Lokasinya betul betul di tepi jalan besar. Kiranya kalau dari Puchong boleh keluar ikut susur ke IOI Resort. Untuk maklumat lanjut lokasinya sila google. Hehe.


Masa baru sampai tu orang macam tak berapa ramai tapi bila dah masuk berjalan ke dalam boleh tahan jugak ramainya. Terdetik hati bertanya dengan Encik Suami, "diorang ni tak kerja ke?". Huhuhu. Ceh, mentang-mentang la Cikgu Faiz cuti. Hihihi. Jangan marah.



Anak bujang sorang ni dah tak sabar nak pergi jalan. Tengah sibuk butangkan baju dia. Huhuhu.


Okey.... mula-mula sampai mesti la nak isi perut dulu kan. Abang Hakim request nak makan KFC tapi abahnya nak makan benda lain. Jadinya nak tak nak kena la ikut selera anak. Huhuhu. Perut dah kenyang barulah boleh window shopping. Jumlah makan di KFC tak ingat berapa tapi di bawah RM50.




Nak tahu tak punya la ramai orang sampaikan sos KFC pon habis. Adoi. Sos la pembangkit selera bila makan KFC. Maaf, tiada gambar KFC tersebut. Sila bayangkan sendiri okey. Hehe.




Selesai mengisi perut, misi terus bermula. Jalan-jalan dulu dan ternampak kiosk yang menjual popcorn. Encik Suami pon apa lagi, terus pow Cikgu Faiz dua pek popcorn perisa caramel dan butterscotch. Rasanya memang sedap. Dua pek tu RM20. Maaf, lagi satu pek tiada dalam gambar kerana dah selamat masuk dalam perut. Huhuhu




Sambung berjalan semula. Ternampak pulak air pancut tu. Keluar la kejap ambik angin sambil bergambar. Mihmih. Abaikan orang yang tak berkenaan dalam gambar tu. Hihi. 




Sambung berjalan lagi. Sambil tu Encik Suami cakap dekat mall tu ada ice skating. Punya la berjalan dari tingkat ke tingkat tak jugak jumpa. Boling ada la. Biar betul Encik Suami ni, penat dah berjalan ni sampai hujung bangunan demi ice skating dia tu. Huhu. Sekali dah jumpa..... alamak !! Syoknya kalau dapat main tapi apakan daya abang Hakim kecik lagi. Ajak karang tak pasal-pasal meraung kat situ. Huhu. Abang Hakim tu penakut sikit. Encik Suami pulak jaga Hannani. Nak tak nak Cikgu Faiz terpaksa menahan keinginan tersebut. Orang pon ramai jugak masa tu. Takpe, lain kali boleh datang lagi.




Dah puas melihat luncur ais kembali menyambung misi cuci cuci mata. Dapat la beli selipar baru, kasut Hannani dan tudung glitter. Selipar tu harganya RM10, kasut baby RM25 dan tudung RM20.




Sebenarnya misi utama ke sini sebab nak cari seluar untuk Hannani. Tapi kan bila masuk je kedai pakaian budak, fuhhh.... harganya memang boleh tahan sangat. Sehelai seluar je dan RM50 ke atas, Fuhhh.... sehelai seluar je tu. Bukan jeans ye. Memang tak dinafikan kebanyakan kedai yang ada di situ branded sangat. Jenama bukan calang-calang. Nasib baik la Cikgu Faiz ni bukan jenis yang pakai branded mahal-mahal camni. Huhu. Ha.... lepas tu jumpa satu kedai yang menjual underware kanak-kanak. Ada pulak legging skirt tu tengok harga RM18. ++. Okey la kan. Try beli sehelai dulu sebab saiz ni untuk 3 tahun tapi nampak macam kecik je. Yang setahun punya takde. Lepas tu dapat la beli 3 helai underware abang Hakim yang ada gambar spiderman. Huhu. Harga 3 helai RM17.++




Sebelum balik singgah di kedai roti lavender dulu. Tak tahu nak beli roti apa jadi ini je la yang Cikgu Faiz ambik. Ada empat jenis. Salah satunya ada kuih dorayaki doraemon. Harga kesemuanya RM11.10.




Penat sangat berjalan hari ini. Untuk abang Hakim Cikgu Faiz dan Encik Suami belikan mainan pilihan dia. Ikutkan hati memang tak nak beli mainan tapi dia dah nampak tu yang terpaksa beli. Kalau tak jenuh pulak nak memujuk. Harga mainan RM39.90. Sebelum balik tu singgah beli ice blended buah-buahan. Beli satu kongsi bertiga. Hihi. Harganya RM10 sebab terus jadi ahli nanti bila beli lagi boleh dapat diskaun. Mihmih.


Selesai juga misi berjalan semalam. Anak-anak pon dah tidur sebab keletihan berjalan. Cikgu Faiz pon dah mengantuk semula ni. Jumpa lagi di entri seterusnya. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Masa Untuk Merehatkan Minda



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 22 November 2014


Akhirnya tiba juga masa yang sangat dinantikan iaitu cuti sekolah. Lega sangat sesi pdp bagi tahun 2014 ini telah selesai. Namun begitu, Cikgu tak terus bercuti ye. Masa cuti ni la nak buat persiapan sebelum menjelangnya tahun hadapan pula. Yang syoknya buat kerja takde la tergesa-gesa seperti waktu bekerja. Hehe. Cikgu Faiz kena settle kan beberapa perkara dalam masa terdekat ni seperti buku-buku, baju dan lain-lain yang berkaitan dengan murid-murid baru nanti.


Masa cuti ni dapat la luangkan masa dengan anak-anak. Mesti mereka rasa gembira sebab bonda sentiasa ada di depan mata. Huhu. Saksikanlah wajah-wajah yang akan memeriahkan waktu cuti sekolah Cikgu Faiz ni...



Abang dan adik. Hannani semakin membesar. Lasaknya bukan main lagi.



Ini gambar masa dekat Johor. Kampung atok Hannani.



Hannani suka tengok muka sendiri. Hehe. Perasan comel la tu.



Suka sangat gigit kain.



Hannani main sorang-sorang. Tak peduli pon abang dekat belakang tu.



Abang sedang membaca buku. Yeye je baca padahal tengok gambar je. Huhuhu.



Masa ni suka sangat cium Hannani sebab ada bau masam masam. Hihi.


p/s : manfaatkan cuti dengan sebaik mungkin.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Majlis Graduasi Prasekolah 2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 19 November 2014


Semalam telah berlangsungnya Majlis Graduasi Prasekolah 2014. Dengan berakhirnya majlis ini maka tamatlah sudah pembelajaran murid-murid prasekolah pada tahun ini. Seramai 50 orang murid prasekolah telah mendapat sijil tamat prasekolah. Bukan main seronok lagi dapat naik pentas sebab nak ambil sijil. Hihi. Dua kali berlatih naik pentas supaya murid-murid ini tidak tersilap dan tahu di mana kedudukan mereka ketika naik ke pentas nanti. Jom layan gambar-gambar di sekitar majlis tersebut.





Sedang menunggu giliran untuk mengambil sijil. Budak-budak ni memang tak boleh tunggu lama sebab ada je halnya, topi tercabut la, nak pergi tandas la, pendek kata macam-macam la. Huhu. Perkara biasa setiap tahun.





Giliran masih panjang, jadi isi masa dengan selfie dulu. Hihi. Sekurang-kurangnya mereka tidak bosan. Tema pakaian cikgu dan murid-murid sama iaitu warna ungu. Sedondon gitu. Sehati sejiwa.





Masa ni dah siap ambil sijil. Bergambar di dalam kelas pulak. Tahun depan takde dah nak belajar dekat kelas prasekolah ni. Huhu.




Seronoknya dapat pakai jubah dan topi konvo ni. Murid-murid lain tak pakai pon, kami je yang dapat pakai. Hihi. Itulah istimewanya kelas Prasekolah. Nak tunggu graduate yang betul-betul kena tunggu lama lagi. InsyaAllah kamu semua akan berpakaian begini lagi satu hari nanti.





Selfie lagi. Lepas ni cikgu akan rindukan kenakalan kamu semua. Huhu. Selamat menempuh alam baru persekolahan pada tahun hadapan.





Selepas ibu bapa mengambil anak masing-masing maka ini sajalah yang tinggal. Apa lagi cikgu pon ajak selfie lagi. Huhuhu.





Selepas semuanya pulang, cikgu mengambil kesempatan untuk selfie sorang-sorang. Huhu. Pendek kata hari tu adalah hari selfie sahaja. Ngeee.... Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...