1
Orang Memberi Komen

Majlis Graduasi Prasekolah 2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 19 November 2014


Semalam telah berlangsungnya Majlis Graduasi Prasekolah 2014. Dengan berakhirnya majlis ini maka tamatlah sudah pembelajaran murid-murid prasekolah pada tahun ini. Seramai 50 orang murid prasekolah telah mendapat sijil tamat prasekolah. Bukan main seronok lagi dapat naik pentas sebab nak ambil sijil. Hihi. Dua kali berlatih naik pentas supaya murid-murid ini tidak tersilap dan tahu di mana kedudukan mereka ketika naik ke pentas nanti. Jom layan gambar-gambar di sekitar majlis tersebut.





Sedang menunggu giliran untuk mengambil sijil. Budak-budak ni memang tak boleh tunggu lama sebab ada je halnya, topi tercabut la, nak pergi tandas la, pendek kata macam-macam la. Huhu. Perkara biasa setiap tahun.





Giliran masih panjang, jadi isi masa dengan selfie dulu. Hihi. Sekurang-kurangnya mereka tidak bosan. Tema pakaian cikgu dan murid-murid sama iaitu warna ungu. Sedondon gitu. Sehati sejiwa.





Masa ni dah siap ambil sijil. Bergambar di dalam kelas pulak. Tahun depan takde dah nak belajar dekat kelas prasekolah ni. Huhu.




Seronoknya dapat pakai jubah dan topi konvo ni. Murid-murid lain tak pakai pon, kami je yang dapat pakai. Hihi. Itulah istimewanya kelas Prasekolah. Nak tunggu graduate yang betul-betul kena tunggu lama lagi. InsyaAllah kamu semua akan berpakaian begini lagi satu hari nanti.





Selfie lagi. Lepas ni cikgu akan rindukan kenakalan kamu semua. Huhu. Selamat menempuh alam baru persekolahan pada tahun hadapan.





Selepas ibu bapa mengambil anak masing-masing maka ini sajalah yang tinggal. Apa lagi cikgu pon ajak selfie lagi. Huhuhu.





Selepas semuanya pulang, cikgu mengambil kesempatan untuk selfie sorang-sorang. Huhu. Pendek kata hari tu adalah hari selfie sahaja. Ngeee.... Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
1 Comments

1 orang comel dah komen:

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi
hari ini bz skit
nak mengemas kat office

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...