2
Orang Memberi Komen

Aktiviti Petang Tadi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 01 Disember 2014


Sedang menonton filem Bujang Lapok. Sambil tu boleh la update blog ni. Hari tu Cikgu Faiz ada bagitau yang cuti sekolah ni Cikgu Faiz akan kembali aktif kan? Tapi nampaknya agak sukar nak merealisasikan harapan tersebut sebab sekarang ni Cikgu Faiz sedang dalam proses nak menyiapkan assignment. Kadang tu dapat komen dua tiga entri je. Harap anda semua jangan la berkecil hati sebab Cikgu Faiz langsung tak berkunjung ke blog korang. InsyaAllah ada rezeki nanti Cikgu Faiz nak buat mini giveaway untuk pembaca blog ini.


Panjang betul mukadimah ye. Sebenarnya nak cerita tentang aktiviti petang tadi. Cikgu Faiz dan Encik Suami membawa anak-anak beriadah di taman permainan yang terletak di Sungai Marong, Bentong. Dah lama nak bawa anak-anak ke sana tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah petang tadi dapat juga melepaskan hajat untuk pergi ke sana.



Masa dalam kereta. Tembamnya Hannani. Bukan senang dia nak pandang kamera.




Hero-hero Cikgu Faiz. Abang Hakim yang paling teruja nak ke taman permainan.




Kami berdua memang kamceng semenjak dua menjak ni. Hihi. Hannani macam biasa tak nak pandang kamera. Tak mesra kamera betul la anak dara sorang ni.



Elele sukanya Hannani duduk atas mainan tu. Tapi sayangnya pemegang dah takde.




Hannani suka je main dekat taman ni. Suka dia tengok gelagat orang dekat sini. Huhuhu.




Hero yang semakin lasak. 




Haa.... ini yang paling Hannani suka. Berbuai la kita. Huhuhu. Diam je masa kena pangku atas buai ni. Kalau duduk lama sikit mau tertidur ni. Tak lama lepas tu hujan mula turun. Abang Hakim pon tak puas bermain lagi. Merajuk jugak dia tadi masa dalam kereta. Takpe la. Petang esok kita datang lagi ye. 


Tamat sudah cerita aktiviti petang tadi. Korang pula bagaimana?


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
2 Comments

2 orang comel dah komen:

luqman zakaria said...

comelnya baby ikat rambut..heheh..huhu..jadi cikgu time cuti2 pon busy..sabor je la yer cikgu..hehe

Mimi Azirah said...

Anak anak seronok aje kan bila bawa diorg kat tmn permainan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...