7
Orang Memberi Komen

Review Novel 'Kami Dah Kahwinlah ! - Lisa Muhamad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Dah lama rasanya Cikgu Faiz tak buat entri review novel kan? Novel terakhir yang Cikgu Faiz dah habis baca ialah novel yang bertajuk 'Kami Dah Kahwinlah !' Cerita ini mengisahkan perkahwinan rahsia di antara dua orang sepupu iaitu Sara Cempaka dan Raqib Aryan. Mereka berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga. Ada sebab mengapa mereka merahsiakan perkahwinan tersebut. Nenek mereka tidak suka jika ada di kalangan ahli keluarga yang berkahwin dengan saudara terdekat.


Hari demi hari penipuan demi penipuan terpaksa dilakukan oleh Sara Cempaka dan Raqib Aryan. Menariknya rumah keluarga mereka sebelah menyebelah. Akhirnya rahsia terbongkar apabila Mak Su Mimie ternampak Sara Cempaka dan Raqib Aryan sedang berdating di tepi tasik. Tapi nasib baik Mak Su Mimie bersetuju untuk bersekongkol dengan mereka berdua bagi merahsiakan perkara tersebut.


Mereka 'kantoi' buat kali kedua pula dengan adik Raqib Aryan. Macam biasa, adik Raqib Aryan juga terpaksa menutup mulut gara-gara takut untuk memberitahu perkara sebenar dan setelah disogok oleh abangnya dengan duit. Huhu. 


Keadaan bertambah parah apabila nenek mereka ingin menjodohkan cucu-cucunya dengan pilihan yang telah ditetapkan. Masalah bertambah rumit apabila Sara Cempaka disahkan mengandung. Huru hara jadinya apabila Raqib Aryan berterus-terang dengan keluarga mereka. 


Tapi akhirnya, keluarga mereka dapat juga menerima keadaan itu dengan seadanya... Hehe. Best tau novel ni. Siapa yang belum baca tu cepat-cepatlah pergi beli. Sementara stok masih ada.


KLIK KLIK !!!


With love..,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
7 Comments

7 orang comel dah komen:

Mimie said...

wah...mcm best je

Nurul Faiz said...

@Mimie
memang best. cerita dia tak berat dan lebih santai.

zana said...

mcm best je :)

Nurul Faiz said...

@zana
bukan macam, tapi memang best pon. hehehe.

aku HaniAsyira said...

dah lama xbca cite cenggini

syiela said...

tak baca lagi... nanti boleh cari

connie sukanda said...

Baca entry online tapi tak habis lagi. Nak beli versi cetak, tak tahu macam mana nak beli bila diri jauh kat negeri sebrang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...