2
Orang Memberi Komen

Garisan putus-putus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tadi baru check slip peperiksaan untuk semester 2 ni. Perasaan teruja dan takut. Hehe. Agaknya bagaimana pula bentuk soalan kali ni. Tunggu dan lihat ajelah nanti. Sudah bersedia untuk pelajaran seterusnya? Jom !!!




Aras : Sederhana

Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan putus-putus sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan putus-putus.
  3. Menghasilkan garisan putus-putus secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan putus-putus.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan kain yang mempunyai jahitan garisan putus-putus.

Persediaan guru : Menyediakan kain jahitan yang mempunyai corak garisan putus-putus dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan kain jahitan yang mempunyai garisan putus-putus kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada kain tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan putus-putus.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada kain dan melukis garisan putus-putus.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain kain yang mempunyai jahitan garisan putus-putus, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan putus-putus serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini. Selepas aktiviti melukis garisan putus-putus menegak, guru boleh mengadakan aktiviti melukis garisan putus-putus melintang bersama kanak-kanak.


Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan putus-putus.


Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




With love..,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
2 Comments

2 orang comel dah komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...