3
Orang Memberi Komen

Bagaimanakah aktiviti seni dan kraf kanak-kanak dilaksanakan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com


Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknik menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti-aktiviti seni dan kraf ini adalah sesuai dan berkesan untuk membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.


Aktiviti menggambar kanak-kanak


Aktiviti menggambar kanak-kanak bermula dengan contengan, melukis jenis-jenis garisan dan jenis-jenis bentuk serta menggunakan gabungan jenis-jenis garisan dan jenis-jenis bentuk. Jenis-jenis garisan yang digunakan terdiri daripada garisan berbiji, garisan berlingkar, garisan lurus, garisan putus-putus, garisan beralun, garisan bergetar, garisan bergerigi, garisan berduri, garisan berbulu dan garisan bertitik serta jenis-jenis bentuk yang digunakan terdiri daripada bentuk bulat, bujur, bentuk segi empat sama, bentuk segi empat tepat dan segitiga. Aktiviti mengenal warna dan campuran warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder, warna tertier, warna sejuk dan warna panas.


Aktiviti-aktiviti menggambar adalah sesuai untuk kanak-kanak berkreatif dan berkebolehan untuk aplikasi, ekspresi dan apresiasi seni. Aktiviti menggambar yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti lukisan, catan, kolaj, cetakan, resis, gosokan, percikan, gurisan, capan, mozek, montaj dan stesilan.


Aktiviti membuat corak dan rekaan kanak-kanak


Aktiviti membuat corak dan rekaan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan. 


Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak


Aktiviti bentuk binaan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng muka dan origami. 


Aktiviti kraf tradisional juga diperkenalkan membantu kanak-kanak mengenal jenis-jenis kraf tradisional yang berunsur budaya pelbagai kaum masyarakat Malaysia. Contoh pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia ialah baju kurung, baju Melayu, cheongsam, samfu, sari, kurta, baju Punjabi, pakaian kebaya, kain songket Melayu Sarawak, tengkolok bulu burung, topi anyaman wanita Kadazan-Dusun, dastar kaum Bajau dan tengkolok suku kaum Lotud. 


Contoh alat muzik tradisional pelbagai kaum di Malaysia pula ialah serunai, rebab, kompang, rebana, angklung, gong, erh-hu, pipa, gendang, tabla, sitar, tempura dan satong.


Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak seperti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan untuk kanak-kanak merupakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan berkesan untuk membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.


Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


Sayang mereka-mereka yang tolong klik link ni --> HARIMAU MALAYA


With love..,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
3 Comments

3 orang comel dah komen:

Azee Hana said...

kanak2 ni dari kecik la kite kene ajar bende2 camtu...dieorang cpt tangkap..

lordof-girlz said...

Menarik :")

shidaR said...

comel pic tu kak hehee^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...