3
Orang Memberi Komen

Nilai-Nilai Murni Dalam P&P

Assalamualaikum.





Terdapat 16 nilai-nilai murni dalam P&P beserta dengan penerangan ringkas. 
  • Baik hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap ini dilihat dengan menilai tindak tanduk seperti : aspek belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami dan sedia memaafkan.


  • Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain yang membawa pengertian : bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri dan jaya diri dan yakin pada diri sendiri.


  • Hemah tinggi
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat seperti : kesopanan, mengakui kesalahan dan ramah mesra.


  • Hormat menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan yang merangkumi : hormat dan taat kepada ibu bapa, hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin, hormat kepada Raja dan Negara, patuh kepada undang-undang, hormat kepada hak asasi, hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan dan hormat kepada keperibadian individu.


  • Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan, lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri : sayang kepada nyawa, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada negara dan cinta kepada keamanan dan keharmonian.


  • Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.


  • Kebebasan
Kebebasan yang tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah : kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.


  • Keberanian
Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati yang perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana, Nilai ini merangkumi : berani dengan tidak membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian dan berani bertanggungjawab.


  • Kebersihan fizikal dan mental
Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah : kebersihan diri, kebersihan persekitaran, pertuturan dan kelakuan yang bersopan dan pemikiran yang sihat dan membina.


  • Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.


  • Kerajinan
Usaha berterusan yang penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.


  • Kerjasama
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royong, ketoleranan dan perpaduan.


  • Kesedaran
Sikap yang tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah : sederhana dalam menimbangkan kepentingan orang lain dan tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.


  • Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih, mengenang budi dan penghargaan.


  • Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, berfikiran logik dan terbuka.


  • Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.


* Nota : P&P ialah pengajaran dan pembelajaran.


Jom klik HAPPY DEEPAVALI.


With love..,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
3 Comments

3 orang comel dah komen:

maszull said...

assalamualaikum ding dang....menarik menarik info ini...;)

ANNA MARIANA said...

nice sharing...suka entri ni...^__^

infinity jue said...

assalam blogger ;)sy nk c&p in my entri oke.halalkan ilmu yang awa kongsikn.tq so much

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...