Berkhemah di sekolah.

Assalamualaikum.


Selamat pagi semua. Bangun, bangun !! Heheh.. Pertama sekali Cikgu Faiz nak ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama hindu. Pagi ni Cikgu Faiz nak update sikit fasal aktiviti perkhemahan yang telah dijalankan beberapa minggu sebelum bercuti panjang hari tu. Dah lama Cikgu Faiz nak update tentang ni tapi keadaan tidak mengizinkan. Cewahhh.. !! :p


Perkhemahan ini telah dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu dua hari satu malam. Masa ni tengah musim hujan jadi murid-murid terpaksa berkhemah di dalam kelas. Sedih kan? Tak kisah la dalam kelas ke janji tetap tido dalam khemah. Hehehe.


Okey, jom cuci mata tengok gambar-gambar di bawah ini...



Aktiviti malam kebudayaan. Peserta dikehendaki membuat gaya berdasarkan muzik yang berkumandang. Masa ni lagu yang keluar ialah Crazy Frog.



Yang ni Cikgu Faiz tak ingat lagu apa tapi tak boleh lawan dengan peserta lelaki. Maklum la perempuan kan pemalu. Sikit-sikit tergelak. Huhuhu.



Aktiviti keesokkan harinya... Memasak dengan menggunakan bahan yang telah disediakan.



Puteri Islam. Boleh tahan jugak budak ni siang ikan. Mesti selalu tolong emak di dapur. Yang lain tu? Tengok je la..



Tunas Kadet Remaja Sekolah. Amboi... kemain bersemangat lagi adik ni menyiang ikan. Nampak macam tak geli pon dengan isi perut ikan tu.



Ini kumpulan Tunas Puteri. Tengok, ikan dah selamat di dalam kuali.



Kumpulan pengakap goreng sayur campur.



Kumpulan PBSM sedang menghias hidangan. Wah, macam Master Chef pulak.



Ini persembahan dari kumpulan Cikgu Faiz. Cikgu pon ada pertandingan jugak tau. Hehehe. Cuba teka ini masakan apa? Tengok pon dah tau kan. Huhuhu.



Inilah group memasak Cikgu Faiz. Agak-agak korang la kan, Cikgu Faiz unit beruniform apa? Hehe.


Nota : Antara unit beruniform yang terlibat ialah Pengakap, Tunas Puteri, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.




With love..,

5 comments:

shidaR said...

wahhh..pndai deme memasak..bagus2 hehee :)

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Wahh , bestnya memasak ni , haha . mereka semua sklh rendah ye ? haha . Pndai memasak nmpaknya , haha . Ckgu ni mesti PBSM atau pengakap atau tunas puteri atau Kadet Remaja atau puteri islam , eh ?aahaha!

Nurul Faiz Bikers said...

@✉ ¥ana Fauzi ✉
arrr... :p iye. tahun depan mereka masuk sekolah menengah :)

jaakechik said...

kalo jaa jadik mereka jaa buat menu sayur air ngn goreng ikan! sedap dan senang..plus ada kiub tu kan?

p/s: cikgu faiz geng puteri islam kot..hihi...

Nurul Faiz Bikers said...

@jaakechik
yeah ! tepat sekali jawapan itu. hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...