Perkembangan Artistik Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sumber gambar : Google



Perkembangan artistik Georges-Henri Luquet (2001), Al Hurwitz dan Michael Day (1995), Viktor Lowenfeld (1947) dan Betty Edwards (1989) memperjelaskan tahap-tahap perkembangan artistik kanak-kanak. Tahap-tahap ini secara umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat contengan (scribbling).


Perkembangan artistik Georges-Henri Luquet (2001) dibahagikan kepada empat tahap. Tahap pertama, Realisme Kebetulan (Fortuitous Realism). Tahap kedua, Realisme Gagal (Failed Realism). Tahap ketiga, Realisme Intelek (Intelectual Realism) dan tahap keempat, Realisme Visual (Visual Realism). 


Perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama untuk kanak-kanak dua hingga empat tahun iaitu tahap manipulatif atau zaman awal kanak-kanak. Tahap kedua untuk kanak-kanak enam hingga sembilan tahun iaitu tahap membuat simbol. Tahap ketiga untuk kanak-kanak sepuluh hingga tiga belas tahun iaitu tahap pra remaja. Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day dari tahap satu hingga permulaan tahap dua.


Perkembangan artistik Viktor Lowenfeld (1947) dibahagikan kepada enam tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga hingga empat tahun iaitu tahap pra skematik (The preschematic stage). Tahap ketiga untuk kanak-kanak enam tahun iaitu tahap skematik (The schematic stage). Tahap keempat untuk kanak-kanak lapan hingga sepuluh tahun iaitu tahap kumpulan : permulaan realisme (The gang stage : The dawning realism). Tahap kelima untuk kanak-kanak dua belas tahun iaitu tahap pseudo-naturalistik (The pseudo-naturalistic stage) dan tahap keenam untuk remaja empat belas hingga enam belas tahun iaitu waktu untuk membuat keputusan (The period of decision). Bagi kanak-kanak di taska, tadika, sekolah rendah mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Viktor Lowenfeld dari tahap satu hingga tahap empat.


Perkembangan artistik Betty Edwards (1989) dibahagikan kepada tujuh tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (The Scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga tahun iaitu tahap membuat simbol (The stage of symbols). Tahap ketiga untuk kanak-kanak empat tahun iaitu menyampai cerita menerusi gambar (Pictures that tell stories). Tahap keempat untuk kanak-kanak empat hingga enam tahun iaitu melukis pemandangan alam semulajadi (The Landscape). Tahap kelima untuk kanak-kanak lapan tahun iaitu tahap kompleks (The stage of complexity). Tahap keenam untuk kanak-kanak sepuluh tahun iaitu tahap realism (The stage of realism) dan tahap ketujuh untuk kanak-kanak dua belas tahun iaitu tempoh krisis (The crisis period). Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan tahun dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Betty Edwards dari tahap satu hingga tahap lima.


Berdasarkan tahap-tahap perkembangan artistik Victor Lowenfeld dan Betty Edwards, pada usia dua tahun, lukisan kanak-kanak adalah di tahap contengan. Mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun adalah di tahap pra skematik manakala mengikut Betty Edwards, kanak-kanak yang berusia tiga tahun di tahap membuat simbol dan kanak-kanak yang berusia empat tahun dapat menyampaikan cerita menerusi gambar. Pada usia enam tahun, mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak berada di tahap skematik manakala mengikut Betty Edwards, kanak-kanak pada usia enam tahun dapat melukis pemandangan alam semulajadi. Pada usia tujuh dan lapan tahun mengikut Al Hurwitz dan Day, perkembangan artistik kanak-kanak adalah di tahap membuat simbol. Mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak berusia lapan tahun adalah di tahap permulaan realisme. Betty Edwards pula mengatakan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak yang berusia lapan tahun adalah di tahap kompleks.


Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


BIDET ALREADY


With love..,

6 comments:

mulut murai said...

follower ke 932 sini! do keep in touch with MingHuiRaingerz

♥ sitifarhana ♥ said...

wahhh..mcm buku fiksyen..perfect fakta..:)

Dingdang said...

@♥ sitifarhana ♥
untuk lebih maklumat lagi carilah buku Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak :)

Lissa said...

nice sharing. terima kasih atas perkongsian:)

Anonymous said...

terimksh daun keladi jugak..lain kali bagi lg...sy dpt info yg berguna kt blog awk...semoga dirahmati Allah

Unknown said...

Info menarik... terima kasih ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...