4
Orang Memberi Komen

Entry Bergambar | Kidzania

Assalamualaikum.


Penat penat. Hari ni selesai sudah Hari Graduasi Prasekolah. Memang lega sangat-sangat. Pun begitu masih terdapat saki baki tugas yang masih belum selesai. Harap-harap Cikgu Faiz akan dapat menyiapkan kerja-kerja tersebut. 


Semalam rombongan Prasekolah SKPU1 telah selamat pergi dan balik ke Kidzania. Alhamdulillah, setelah melalui detik-detik yang amat menduga kesabaran akhirnya kami berjaya juga menjejakkan kaki ke sana. Terus-terang Cikgu Faiz cakap tempat tu memang best giler. Tetapi agak penat juga sebab terpaksa membawa murid-murid dari satu tempat ke satu tempat untuk mencuba pekerjaan yang ada di sana. Semalam memang ramai sangat budak-budak sekolah yang datang bersama rombongan sekolah masing-masing. Jenuh nak menunggu giliran.


Tak nak berceloteh panjang sebab gambar-gambar di bawah ini dah cukup untuk menggambarkan betapa meriahnya keadaan di Kidzania. Jom layan...




Sewaktu di dalam bas untuk bergerak ke Kidzania. Inilah pemandu pelancong kami. Namanya abang Syafiq.



Bangunan Kidzania.



Bila dah turun dari bas tu kena berbaris dulu sementara menunggu abang Syafiq uruskan tiket.



Setiap murid akan diberi cek. Murid dikehendaki menukar cek tersebut di dalam bentuk tunai KIDZO di Kidzania Bank CIMB Islamic.



Tempat menuggu...



Sementara tunggu abang Syafiq datang baik Cikgu Faiz posing dulu.



Budak ni kepenatan setelah sepanjang perjalanan asyik muntah.



Yeay... saya dah ada duit...



Cikgu pon nak jugak la....



Perut dah lapar, jom kita makan dulu...



Cikgu pulak yang lebih-lebih...



Ini makanan cikgu. Murid makan burger dan air kotak.



Suasana bandar Kidzania dari tingkat satu.



Wayang pon ada...



Bakat terpendam.



Mahkamah Kidzania...



Baru lepas window shopping. Barang mahal oo... Beli baju untuk Faqih je.



Bersama teman seperjuangan...



Dah penat. Jom balik...


Fuhh.. banyak betul gambar. Tak puas rasanya berposing di Kidzania. Hehe. Tamat.


With love..,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
4 Comments

4 orang comel dah komen:

thomas said...

Wah!tempat khas utk kanak2?

Nurul Faiz Bikers said...

@thomas
yup. boleh la bawa anak-anak datang ke sini. seronok sangat.

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

PERGHHH ! , meriahnyaaa , nk pergi jugak :) heeee

Nurul Faiz Bikers said...

@✉ ¥ana Fauzi ✉
pergi la sementara masih di bawah umur.. nanti rugi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...