3
Orang Memberi Komen

Berblog sambil beramal...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semalam Cikgu Faiz terbaca satu keratan akhbar mengenai adik Adam Azfar Jimadie Shah di akhbar Sinar Harian (27 November 2012). Adik Adam Azfar ni telah dikesan mengidap kanser otak. Untuk pengetahuan semua, adik Adam ni merupakan anak kepada rakan sejawat Cikgu Faiz di sekolah. Adik Adam baru berumur enam tahun ketika dikesan mengidap penyakit ini.


Kat bawah ni merupakan keratan akhbar tersebut...




SHAH ALAM - Selepas enam kali menjalani sesi radioterapi mengawal kanser otak, barat badan Adam Azfar Jimadie Shah, 6, semakin susut dan lemah. Bapa Adam, Jimadie Shah Othman, 32, berkata walaupun Adam kurang muntah tetapi susulan rawatan radioterapi itu mengakibatkan Adam kurang selera makan dan hanya bergantung pada susu formula untuk tenaga.


Jimadie bersyukur Adam tidak banyak kerenah dan sentiasa memberikan kerjasama baik sewaktu sesi rawatan. "Dulu dia perlu diberi ubat tidur kerana takut dia melawan ketika rawatan. Tapi mungkin kerana dan biasa, Adam tak lagi diberi ubat tidur. Rawatan dibuat ketika dia sedar dan dia hadapinya dengan tenang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Adam sudah pun menjalani enam sesi radioterapi dan tidak dibenarkan makan melalui mulut kerana rahang Adam lemah untuk mengunyah makanan. "Doktor juga khuatir jika makanan tidak lumat akan menyebabkan ia lekat di kerongkong atau masuk ke paru-paru," katanya.


Adam baru saja menyambut hari jadi ke enam pada 23 November lalu di wad Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Pada 1 November lalu, Adam disah menghidap tumor otak 'Pontine Glioma' berukuran 2.5 sentimeter berkedudukan di tengah otak.


Dia perlu menjalani 30 sesi rawatan radioterapi bagi melawan sel kanser daripada bercambah. Kepada yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd 506164-019988.


Setiap bantuan anda amatlah bermakna untuk adik Adam. Semoga adik Adam kuat untuk melawan penyakitnya. InsyaAllah.




With love..,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
3 Comments

3 orang comel dah komen:

Cik P.A. said...

semoga mereka sekeluarga terus tabah menghadapi ujian dr Ilahi ini ~

Rafidah Yaakob said...

Bukan semua org bernasib baik. Syukurlah kerana kita ada segalanya!

CikMunBlogger said...

semoga adik adam kuat and cepat sembuh . insyaAllah ade hikmah dengan apa yang jadi kat adik adam :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...