Fokus Pendidikan Prasekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com



Fokus Pendidikan Prasekolah


Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.


Organisasi Kurikulum


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut : 
  • Komunikasi
  • Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Kemanusiaan
  • Sains dan Teknologi
  • Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Perkembangan Ketranpilan Diri

Untuk tujuan kesinambungan, tunjang-tunjang pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.


Dah baca? Tolong klik ni pulak --> AWAL ASHARI


With love..,

1 comment:

PinkUmmi said...

baguslah blog nih...byk info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...