Pengintegrasian Perisian Aplikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my

Pengenalan


Perisian aplikasi merupakan perisian yang dibangunkan untuk memudahkan tugas pengguna. Terdapat dua kategori utama iaitu perisian aplikasi umum dan perisian aplikasi khusus. Perisian aplikasi umum juga dikenali sebagai perisian produktiviti. Perisian ini terdiri daripada pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan pangkalan data. Ianya sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang pengetahuan dan kemahiran. Contohnya :-
  • Seorang murid boleh menggunakan perisian pemproses perkataan untuk menyiapkan tugasan.
  • Seorang suri rumah boleh menggunakan hamparan elektronik untuk merancang perbelanjaan bulanan.
  • Seorang peruncit pula boleh menggunakan perisian pangkalan data untuk menyimpan stok barangan kedai.
  • Seorang jurujual boleh menggunakan perisian persembahan untuk mempromosikan produk.

Perisian aplikasi khusus dibangunkan untuk melakukan tugas yang khusus. Antara jenis perisian aplikasi khusus adalah seperti :-
  • Perisian grafik - digunakan untuk mencipta dan mengedit imej bagi menghasilkan grafik yang berkualiti profesional.
  • Perisian audio dan video - digunakan untuk mencipta dan mengedit audio dan video bagi menghasilkan audio dan video yang berkualiti profesional.
  • Perisian pengarangan web - digunakan untuk mencipta, mengedit dan mereka bentuk laman web.

Rujukan : Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim, Mohd Nazri Md. Saad dan Roznim Mohamad Rasli (2011), Modul Teknologi Maklumat Sekolah Rendah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.



Yang benar,

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Semakin canggih teknologi kena juga ambil tahu sedikit sebanyak agar tidak ketinggalan..

intanfirdaus247 said...

kak intan tgk wayar je teus pening..hehe..kak intan ni x berapa terror it it nih..tapi leh ler belaja kat sini...hehe

Unknown said...

Syabas, isi kandungan blog cikgu sangat mantap.

Dingdang said...

@Che Roshani
terima kasih kak Che..

sHaRiNa eLyaNa said...

sha da lupa nak maintenance benda ni hehe

sHaRiNa eLyaNa said...

3x done !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...