Garisan lurus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sekarang ni Cikgu Faiz takde mood sangat nak update. Hmm... talian internet punya hal la. Tapi terpaksa juga la menaip disebabkan tuntutan assignment bagi subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah ni. Dah la forum pon tak habis jawab lagi. Harap-harapnya esok lusa internet akan kembali normal. Tanpa membuang masa jom kita sambung pelajaran kita...


Aras : Sederhana

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan lurus sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan lurus.
  3. Menghasilkan garisan lurus secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan lurus.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan Jalur Gemilang.

Persediaan guru : Menyediakan Jalur Gemilang yang mempunyai corak garisan lurus dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Contoh

Prosedur
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan Jalur Gemilang yang mempunyai garisan lurus kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada Jalur Gemilang.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan lurus.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada Jalur Gemilang dan melukis garisan lurus.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain Jalur Gemilang, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan lurus serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini. Selepas aktiviti melukis garisan lurus melintang, guru boleh mengadakan aktiviti melukis garisan menegak bersama kanak-kanak.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan lurus.




Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Galeri Ilmu Sdn, Bhd.




With love..,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...