Sudah mula sibuk



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Entri pendek je hari ni. Pagi tadi ada taklimat bersama ibu bapa murid-murid Prasekolah sesi 2013. Habis taklimat je terus bergegas ke mesyuarat guru kali pertama sesi 2013. Selesai mesyuarat dalam pukul sebelas lebih turun ke kelas pra untuk menyiapkan kerja seperti menampal nama pada buku-buku aktiviti dan buku-buku tulis murid. Sambil-sambil tu menampal label nama pada drawer mereka. Dah siap yang tu tampal nama pada rak kasut. Lepas tu siapkan tag nama dan butiran penting murid untuk diletakkan di satu sudut. Sibuk betul hari ni. Kerja yang terakhir tu tak sempat nak siap. Nak sambung esok je lepas mesyuarat kurikulum, ko-kurikulum dan HEM. 


Malam ni pulak ada makan malam akhir tahun bersama kelab guru dan staf di Hotel Equatorial, Bangi. Cikgu Faiz pergi dengan kawan je. Abah dan Faqih tinggal. Huhu. Minta maaf sekiranya Cikgu Faiz belum membalas jejak korang ye. In Shaa Allah, balik dari makan malam nanti Cikgu Faiz akan blogwalking satu persatu. Yang dah follow tu, terima kasih diucapkan. Nanti Cikgu Faiz terjah dan follow blog anda pula ye.


Okey, masa betul-betul tidak mengizinkan. Cikgu Faiz mintak diri dulu ye. Jumpa lagi :)


KAMPUNG WELLINGTON


Yang benar,

9 comments:

Cik Tanpa Nama said...

wahhh nice blog...selamat petang ckgu!hehe

Cik Tanpa Nama said...

wahhh nice blog...selamat petang ckgu!hehe

intanfirdaus247 said...

ckg faiz...take ur time..

hnahdy said...

nak buka sekolah. mesti sibuk

Mimie said...

selamat berbusy

Unknown said...

rilek je...nak bukak sekolah memang macam gini ..

Unknown said...

ha..ha..faiz...newey semua cikgu cikgi sibuk di hujung2 cuti dan awal tahun ni.....mcm2 keja nak wat....dah ready jwb exam lum?....

TechKini.com said...

Selamat kembali mengajar cikgu! Jasamu dikenang :D

-> ❤ TechKini.com

sHaRiNa eLyaNa said...

xpala penting kan mana yg ptg dlu hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...