8
Orang Memberi Komen

Disleksia - Simptom dan Masalah Identifikasi (part 1)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my


Disleksia kadangkala amat sukar dikenal pasti. Kebanyakan kanak-kanak membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca yang tidak jauh bezanya dengan kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak disleksia. Namun demikian, hakikatnya adalah amat penting disleksia dikenal pasti seawal mungkin. Ini kerana semakin muda usia mereka yang mengalami disleksia, semakin mudah untuk mereka menguasai sesuatu pembelajaran. Menurut laman web Bright Solution For Dislexia, terdapat simptom disleksia tertentu yang dapat diperhatikan mengikut peringkat umur persekolahan seseorang.



Peringkat Prasekolah

Antara simptom disleksia yang dapat diperhatikan di peringkat Prasekolah adalah seperti :-
  1. Lambat bertutur.
  2. Mencampur-adukkan bunyi dan suku kata dalam perkataan yang panjang. Contohnya, 'hostipal' apabila ingin menyebut 'hospital'.
  3. Jangkitan telinga yang kronik.
  4. Reaksi yang teruk kepada penyakit kanak-kanak.
  5. Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai ritma akhir sama. Contohnya, apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi akhirnya dengan 'topi', seperti 'api', mereka akan memberi jawapan yang salah seperti 'baju'.
  6. Sentiasa keliru antara kanan dan kiri.
  7. Lambat dalam menentukan sama ada tangan kanan atau pun kiri lebih dominan.
  8. Menghadapi masalah mengikat tali kasut.
  9. Sukar mengingati alamat, nombor telefon atau pun huruf.
  10. Mempunyai saudara terdekat yang menghidapi disleksia.

Peringkat Sekolah Rendah

Simptom disleksia yang dapat diperhatikan semasa peringkat sekolah rendah adalah seperti berikut :-
  1. Disgrafia iaitu tulisan tangan yang lambat, tidak automatik dan sukar dibaca.
  2. Berterusan menterbalikkan huruf atau pun nombor sehingga melepasi Tahun 1.
  3. Mengalami kesukaran ekstrim mempelajari tulisan sambung.
  4. Masih ada masalah apabila memasang butang baju.
  5. Bacaan yang lambat, terputus-putus dan tidak tepat seperti, selalu meneka perkataan berdasarkan bentuk dan kandungannya, mencicirkan atau pun salah baca kata penghubung (di, pada), mengabaikan kata awalan semasa membaca, tidak dapat membaca atau pun membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpai.
  6. Sukar mengingati perkataan bukan fonik dalam bahasa Inggeris (sight words) seperti "eye" dan "ear".
  7. Sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang menggunakan jarum.
  8. Menghadapi masalah dengan matematik seperti sukar menghafal jadual sifir, sukar mengingati siri langkah-langkah operasi matematik, sukar membuat operasi mental berkaitan arah.
  9. Kesukaran mencari perkataan yang tepat semasa bertutur. Contohnya, banyak menggunakan perkataan seperti "apa tu ...", "err ..." dan ucapan biasa dituturkan dalam keadaan terbalik atau pun silap, contohnya kata kiasan seperti, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" mungkin dituturkan "lama-lama sikit-sikit jadi bukit".
  10. Bilik, beg atau pun meja tulis yang sangat berselerak.
  11. Sangat tidak suka pergi ke sekolah. Mereka mungkin mengadu sakit perut atau mengalami mimpi, igauan buruk mengenai sekolah.

Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bnd.




Yang benar,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
8 Comments

8 orang comel dah komen:

shidaR said...

uihh masalah ni ^^

intanfirdaus247 said...

salam ukhuwah..salam perkenalan..:)terima kasih mai terjah blog kak intan..hehehe

Mimie said...

bagus la CF share info yg berguna

sHaRiNa eLyaNa said...

ilmu n info yg berguna thnks for shring hehe

sHaRiNa eLyaNa said...

done hotlink n churp2

intanfirdaus247 said...

Kak intan pernah g interview kanak2 diseleksia ni..masa keja dengan magazine..depa ni normal Cuma ada kadang2 depa Nampak huruf terbalik…pastu tulis terbalik..b jadi d…tp banyak juga yg berjaya..

Nurul Faiz said...

@intanfirdaus247
dah terbukti yang kanak-kanak disleksia pon boleh berjaya seperti kanak-kanak biasa yang lain. Cuma mereka perlukan lebih bimbingan dari orang di sekeliling.

Ija Rased said...

assalamualaikum...terima kasih atas informasi ini. anak saya pun ada simptom disleksia tapi masih dalam pemerhatian doktor. dia tampak sangat normal tapi bila kita sangat dekat dngna dia..banyak perkara diluar jangkaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...