Cita-cita...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com.my



Dah lama Cikgu Faiz tak membebel. Rasa macam nak bercerita sikit tentang masa lalu Cikgu Faiz. Hikhik. Semua orang mesti ada cita-cita termasuk Cikgu Faiz. Masa sekolah dulu Cikgu Faiz ni bercita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita. Cita-cita untuk menjadi guru jatuh di nombor dua okey. Tak tahu la kenapa Cikgu Faiz minat sangat nak baca berita tu. Agaknya syok tengok pembaca berita dekat televisyen tu membaca je kerjanya. Nampak macam senang sebab hanya perlu membaca. Huhu. 


Cikgu Faiz selalu duduk sorang-sorang dalam bilik tapi sebelum tu sempat kebas suratkhabar abah bawak masuk dalam bilik. Tujuannya supaya Cikgu Faiz dapat berlatih membaca berita di depan cermin. Huhuhu. Yang kelakarnya bila abah Cikgu Faiz buka je pintu terus senyap sunyi dan berpura-pura buat kerja lain pulak. Hehehe. Malu bila abah tengok. Tapi rasanya abah Cikgu Faiz tau kot cuma dia saja buat tak tahu sebab takut anak dara dia malu-malu kucing. Huhuhu.


Lepas SPM dulu Cikgu Faiz rajin juga belek-belek suratkhabar. Tengah syok belek-belek tu ternampak satu keratan tentang pengambilan ke MIIM (dulu la, sekarang dah tukar rasanya). MIIM tu Multimedia Integrative .... apa ntah. Dah lupa la. Cikgu Faiz pon hantar keratan tu melalui pos bagi mendapatkan borang permohonan bagi kemasukan ke Institut tu. Bila dapat je borang itu Cikgu Faiz tunjuk dekat mak dan  abah. Malangnya mak tak setuju terus. Alasannya MIIM tu sebuah kolej swasta dan sudah tentu kos pengajiaannya memakan belanja yang tinggi. Abah pon tak setuju. Huhu. Masa tu memang dah kecewa sangat. Masuk bilik kunci pintu lepas tu nangis dekat atas katil. Lepas tu Cikgu Faiz terus koyakkan borang permohonan tu dan buang terus. Buat apa nak simpan lagi kalau mak dan abah tak restu. Huhuhu.


Akhirnya cita-cita Cikgu Faiz tercapai juga. Itu pun cita-cita kedua. Huhu. Mak memang suka sangat kalau anak dara dia jadi cikgu. Atas restu mak dan abah juga la Cikgu Faiz jadi seperti sekarang ini. Pasal cita-cita pertama tu mungkin bukan ditakdirkan untuk Cikgu Faiz menjadi seorang pembaca berita. Allah dah tetapkan yang terbaik hambaNya ini dan alhamdulillah inilah yang terbaik untuk insan yang bernama NURUL FAIZ.


Apa cita-cita korang dulu-dulu? Tercapai tak?


KLIK SEKALI


Yang benar,

13 comments:

deno said...

dulu2 nak jadi cikgu.. hihi

Mia Liana said...

ada juga juga macam teringin nak jadi pembaca berita masa kecik2 dulu... tapi bila dah besar terus tak minat... hehehe

sHaRiNa eLyaNa said...

dulu cita2 sha nak jd cigu..sama macam cikgu faiz..lps ni..nak buat bisnes sndri kot hehe

sHaRiNa eLyaNa said...

cikgu pakai maxis ya?

normi nieza said...

bw

trah zain said...

time kecik2 dulu, byk sungguh cita2 saya..haha
nak jd menteri pun ada, mengarut tol la,,haha

Nurul Faiz said...

@sHaRiNa eLyaNa
broadband CF guna celcom.

azizah :) said...

tak minat cikgu sebab tak reti ajar orang.. tapi bila tengok keje cikgu ni senang,cuti banyak menyesalnya tak jadi cikgu dulu..last2 amik nursing sebab ni kerjaya yg keluar jer dah dapat keje..huhuhu

Cikgu Ma said...

memang nak jd cikgu dari kecik lagi..hehe

Zul Stoac said...

Sejak kecik selalu keliru antara cita-cita ngan berangan, sebab jap nk jadi superhero, jap nk jadi saintis, jap lg nk tak nk jadi apa-apa. sekarang ni dah jadi peniaga. susah jadi mr. stoac ni hish....

Nurul Faiz said...

@azizah :)
susah wo jadi cikgu ni jijah. ada banyak cabaran yang menanti di luar pintu pagar sekolah tu. huhu. bukan senang nak ajar anak orang dari tak kenal abc sampai boleh membaca :)
yang penting mesti kena ada minat yang mendalam terhadap bidang perguruan ini...

intanfirdaus247 said...

pernah jadi cikgu kontrak setahun je

Nurul Faiz said...

@intanfirdaus247
okey la tu kak Intan. Sekurang-kurangnya akak dah mengalami situasi seorang guru. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...