Showing posts with label aktiviti.. Show all posts
Showing posts with label aktiviti.. Show all posts

Hannani Ke Karnival Ceriathon SKPU



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 14 Disember 2017


Hari ni baru update semula. Lemaunya la rasa ni ha padahal bahan ada je ni nak update. Macam mana blog nak maju kalau perangai macam ni. Huhuhu. Okey la, kali ni Cikgu Faiz nak cerita sikit tentang aktiviti Karnival Ceriathon yang telah diadakan pada 11 November 2017 yang lalu bertempat di SK Puchong Utama. Untuk pengetahuan semua, program Ceriathon ini adalah kutipan dana untuk membaikpulih prasarana sekolah supaya kelihatan lebih ceria. Jadinya, penutup program ini telah diadakan karnival dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk murid-murid, ibu bapa serta masyarakat setempat. Masa program tersebut Cikgu Faiz terpaksa membawa abang Hakim dan Hannani bersama kerana abah dia pon ada program juga haritu. masak jugalah Cikgu Faiz melayan dua orang ni.



Dapatlah juga bawa anak-anak melihat beberapa jenis haiwan yang turut ada pada karnival tersebut.




Tak pandang kamera sebab takut.




Yang ni baru nampak okey sikit ada juga la gaya peace tu.




Lepas tu bawa ke aktiviti 'Sand Art'. Action je lebih tu padahal bonda yang buatkan. Hahaha.




Artis jemputan yang dijemput khas untuk memeriahkan karnival. Budak-budak memang suka la.




Last sebelum balik. Main 'Giant Bubble' dulu. Hannani berlagak tak kasi bonda tolong last last tak jadi pon belonnya. Geram betul. Kesimpulannya penat sangat haritu. Bukan penat buat kerja tapi penat melayan Hannani yang tak reti duduk diam ni. Huhuhu. Abang dah besar okey la sikit. Balik rumah terus pengsan kepenatan. Apa pun aktiviti pada hari tersebut memang best sebab pengalaman baru untuk Hannani dapat pergi sekolah bonda. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Garisan putus-putus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tadi baru check slip peperiksaan untuk semester 2 ni. Perasaan teruja dan takut. Hehe. Agaknya bagaimana pula bentuk soalan kali ni. Tunggu dan lihat ajelah nanti. Sudah bersedia untuk pelajaran seterusnya? Jom !!!




Aras : Sederhana

Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan putus-putus sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan putus-putus.
  3. Menghasilkan garisan putus-putus secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan putus-putus.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan kain yang mempunyai jahitan garisan putus-putus.

Persediaan guru : Menyediakan kain jahitan yang mempunyai corak garisan putus-putus dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan kain jahitan yang mempunyai garisan putus-putus kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada kain tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan putus-putus.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada kain dan melukis garisan putus-putus.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain kain yang mempunyai jahitan garisan putus-putus, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan putus-putus serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini. Selepas aktiviti melukis garisan putus-putus menegak, guru boleh mengadakan aktiviti melukis garisan putus-putus melintang bersama kanak-kanak.


Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan putus-putus.


Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




With love..,

Garisan lurus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sekarang ni Cikgu Faiz takde mood sangat nak update. Hmm... talian internet punya hal la. Tapi terpaksa juga la menaip disebabkan tuntutan assignment bagi subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah ni. Dah la forum pon tak habis jawab lagi. Harap-harapnya esok lusa internet akan kembali normal. Tanpa membuang masa jom kita sambung pelajaran kita...


Aras : Sederhana

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan lurus sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan lurus.
  3. Menghasilkan garisan lurus secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan lurus.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan Jalur Gemilang.

Persediaan guru : Menyediakan Jalur Gemilang yang mempunyai corak garisan lurus dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Contoh

Prosedur
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan Jalur Gemilang yang mempunyai garisan lurus kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada Jalur Gemilang.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan lurus.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada Jalur Gemilang dan melukis garisan lurus.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain Jalur Gemilang, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan lurus serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini. Selepas aktiviti melukis garisan lurus melintang, guru boleh mengadakan aktiviti melukis garisan menegak bersama kanak-kanak.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan lurus.




Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Galeri Ilmu Sdn, Bhd.




With love..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...