Showing posts with label SKPU1. Show all posts
Showing posts with label SKPU1. Show all posts

Hannani Ke Karnival Ceriathon SKPU



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 14 Disember 2017


Hari ni baru update semula. Lemaunya la rasa ni ha padahal bahan ada je ni nak update. Macam mana blog nak maju kalau perangai macam ni. Huhuhu. Okey la, kali ni Cikgu Faiz nak cerita sikit tentang aktiviti Karnival Ceriathon yang telah diadakan pada 11 November 2017 yang lalu bertempat di SK Puchong Utama. Untuk pengetahuan semua, program Ceriathon ini adalah kutipan dana untuk membaikpulih prasarana sekolah supaya kelihatan lebih ceria. Jadinya, penutup program ini telah diadakan karnival dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk murid-murid, ibu bapa serta masyarakat setempat. Masa program tersebut Cikgu Faiz terpaksa membawa abang Hakim dan Hannani bersama kerana abah dia pon ada program juga haritu. masak jugalah Cikgu Faiz melayan dua orang ni.



Dapatlah juga bawa anak-anak melihat beberapa jenis haiwan yang turut ada pada karnival tersebut.




Tak pandang kamera sebab takut.




Yang ni baru nampak okey sikit ada juga la gaya peace tu.




Lepas tu bawa ke aktiviti 'Sand Art'. Action je lebih tu padahal bonda yang buatkan. Hahaha.




Artis jemputan yang dijemput khas untuk memeriahkan karnival. Budak-budak memang suka la.




Last sebelum balik. Main 'Giant Bubble' dulu. Hannani berlagak tak kasi bonda tolong last last tak jadi pon belonnya. Geram betul. Kesimpulannya penat sangat haritu. Bukan penat buat kerja tapi penat melayan Hannani yang tak reti duduk diam ni. Huhuhu. Abang dah besar okey la sikit. Balik rumah terus pengsan kepenatan. Apa pun aktiviti pada hari tersebut memang best sebab pengalaman baru untuk Hannani dapat pergi sekolah bonda. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Karnival KOKO SKPU1 2013



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Minggu lepas sekolah tempat Cikgu Faiz mengajar telah mengadakan karnival kokurikulum. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di sana sepanjang karnival berlangsung. Sama seperti dua tahun lepas, antara aktiviti yang dijalankan ialah flying fox, paintball, rumah hantu, aktiviti berkuda, karikatur dari kartunis MOY, pameran daripada pasukan bomba, polis k9, unit kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan banyak lagi. Selain itu terdapat juga jualan makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. 



Pameran dari Jabatan Alam Sekitar

Sesi mendaftar keahlian JAS. Siap dapat goodie bag lagi.








Pameran dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan














Aktiviti Faqih Hakim



Bergambar bersama motosikal bomba




Rumah hantu yang sangat menakutkan...


Karnival kali ni tak banyak gambar yang dapat diambil berbanding dua tahun lepas. Aktiviti pon lebih kurang sama je. Kalau korang nak tengok gambar-gambar sebelum ni boleh tengok di SINI, SINI dan SINI. Sekian.


Untuk pengguna Maxis sahaja --> TEKAN


Yang menaip,

Sunbear dan Kuntum Menggegarkan Dewan Terbuka SKPU1



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari Jumaat lepas ada satu aktiviti yang melibatkan murid-murid di sekolah bersama dengan Sunbear dan majalah Kuntum. Wah, bukan main seronok lagi murid-murid ni setibanya pihak yang berkenaan. Murid prasekolah tidak terkecuali untuk memeriahkan suasana. Jadi, marilah kita melayan gambar-gambar yang sempat di snap buat tatapan anda semua. Gambar tak berapa cantik sebab guna handphone je.



Maskot Sunbear melambai ke arah penonton.




Aktiviti yang sedang dijalankan.




Siapa nak hadiah kena jawab soalan dulu yer.




Yeay... saya menang hadiah dari Sunbear.




Sunbear dan Comel Kuntum.




Murid-murid Prasekolah bergambar bersama Comel.




Guru besar juga tidak ketinggalan untuk menerima cenderahati dari pihak Kuntum. Tersenyum lebar GB. Huhu..


Sekian sahaja laporan dari Cikgu Faiz. Sehingga bertemu lagi di lain entri. Daaaa......




Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...