Review Novel | Awak Semanis Red Velvet (Lily Haslina Nasir)



Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.


Beberapa hari yang lepas tamatlah sudah novel yang Cikgu Faiz baca buat kesekian kalinya. Ini novel remaja. Tapi Cikgu Faiz ni gatal pulak nak baca. Huhuhu. Perasan remaja la tu. Cikgu Faiz pinjam je novel ni dari adik ipar. Mula-mula tu rasa macam tak nak baca sebab yelah kan, ini kan novel remaja. Mana sesuai dengan Cikgu Faiz yang dah menginjak dewasa ni. Hehe. Tapi adik ipar cakap ceritanya best dan akhirnya Cikgu Faiz berjaya juga menghabiskan cerita 'Awak Semanis Red Velvet'. 


Nak tahu bagaimana jalan ceritanya? Jom baca. Err.. tapi sebelum tu boleh tak tolong klik ni kejap je.. Hehe. TEKAN. Terima kasih.


google.com


Novel ini mengisahkan tentang seorang perunding perkahwinan iaitu Aireen Azlan yang agak cerewet. Pelanggan-pelanggan Aireen suka menempah kek perkahwinan iaitu kek Red Velvet yang dimasak oleh chef Izzul daripada Bakeri Lavender. Aireen membayangkan bahawa chef Izzul itu seorang yang sudah berusia dan dia selalu memperlekehkan kek tersebut dengan mengatakan bahawa ianya tidak sedap.


Pada suatu hari, Aireen telah pergi ke Bakeri Lavender untuk menempah kek Red Velvet dan ingin berjumpa dengan chef Izzul sendiri. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan maka telah berlakunya salah faham di antara Aireen dan Izzul. Bermula dari situ mereka mula berkawan baik. Aireen selalu datang ke Bakeri Lavender untuk berjumpa dengan chef kesayangannya. Dalam hati Aireen mula menyukai chef tersebut tetapi dia malu untuk berterus-terang kerana takut bertepuk sebelah tangan. 


Sesuatu yang tak diduga telah berlaku kerana Izzul telah memperkenalkan Aireen kepada kawan baiknya iaitu Marina. Pergolakan perasaan mula berlaku di antara Aireen dan Marina yang seringkali bertengkar apabila bertemu di bakeri. Marina yang juga menyimpan perasaan terhadap chef Izzul telah meluahkan perasaannya dan perkara tersebut telah didengari oleh Aireen. Aireen yang kecewa terus menyepikan diri daripada Izzul.


Marina yang geram kerana cintanya ditolak bertekad untuk memisahkan Aireen dan Izzul. Akibat daripada penipuan dan rancangan jahat Marina, Aireen mengundurkan diri dan pergi membawa hatinya yang lara ke luar negeri. Izzul mula menyedari yang dia juga mencintai Aireen kerana apa yang dibuat serba tidak kena kerana kek yang dibakar telah menjadi kuih bingka. Izzul mula mencari Aireen di Johor Bahru dan berjaya bertemu dengan cinta hatinya tetapi Aireen bukan lagi seorang perunding perkahwinan. Di mana agaknya Izzul bertemu kembali dengan Aireen? Hehe. Kena la baca sendiri. 


Apa pun novel ni sweet sangat-sangat dan tak rugi Cikgu Faiz pinjam. Novel ni ada banyak unsur-unsur lucu dan kalau korang baca mesti akan tersenyum sendiri. Lepas ni ada novel lain yang menanti untuk dibaca. Hehe. Giler novel betul kan.


Sekian.


Yang benar,

8 comments:

Bunda_nora said...

bunda kurang membaca..tapi kalau anak bunda minat lah sangat membaca ..pelagi novel..

fuZa said...

fuZa TAG KAMU http://fuzamusa.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-puterikasihcom.html

Shida Radzuan said...

wahh^^ shida xkuat baca novel la akak faiz :)

sHaRiNa eLyaNa said...

ctknya cover book hehe..style korean lak kan hehe

sHaRiNa eLyaNa said...

nuff xkuar pla

Anonymous said...

mesti best novel ni.. hee

Mimie said...

mcm best je...nk cri la nti

Faridzuan said...

Novel ni memang best. Saya lelaki dan saya baca novel-novel sweet cam gini. Nak tahu review saya tentang novel Awak Semanis Red Velvet? ===> http://lekors.blogspot.com/2012/12/awak-semanis-red-velvet.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...