1
Orang Memberi Komen

Jenis-Jenis Disleksia (part 4)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ini adalah entri sambungan bagi jenis-jenis disleksia. Maaflah sebab lama sangat nak habiskan silibus ni. Bukan apa jenis-jenis disleksia ni banyak dan Cikgu Faiz tak dapat nak siapkan satu entri terus. Keadaan tidak mengizinkan. Tapi jangan risau sebab ada lagi dua sahaja jenis-jenis disleksia pada kali ni. Lepas ni boleh masuk tajuk lain pula.


Baca jenis-jenis disleksia yang lalu...



8.      Keciciran Perkataan Penting

"Dalam menegakkan setiap individu untuk mendapatkan berkualiti, langkah-langkah sudah oleh a terlibat dan para bukan kerajaan untuk menyediakan yang memenuhi khas mereka yang kurang".


Teks sebenar :

"Dalam usaha menegakkan hak setiap individu bagi mendapatkan pendidikan berkualiti, langkah-langkah sudah diambil oleh agensi terlibat dan para pertubuhan bukan kerajaan bagi menyediakan prasarana yang memenuhi keperluan khas mereka yang kurang upaya".


Nota : Perkataan-perkataan penting mungkin dicicirkan.



9.      Terbalik atas bawah (Inversion)


Contoh tulisan terbalik atas bawah seperti di atas ni.


Nota : Perkataan-perkataan mungkin kelihatan terbalik (atas-bawah)



Adakah kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami disleksia?


Pada awalnya, dipercayai bahawa disleksia lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan dengan kadar sehingga 4:1 (Cronin, 1997; Hornsby, 1995; Selikowitz, 1993). Namun demikian, kajian sudah membuktikan tiada perbezaan dan signifikan bagi jumlah kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mengalami disleksia (Gorman, 2003; Flynn & Rahbar, 1994; Shaywitz, Fletcher & Escobar, 1990).


Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan dalam masalah tingkah laku antara kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mengalami disleksia. Ini mungkin memberi kesan pada peringkat awal mengenal pasti kanak-kanak disleksia kerana dalam penyelidikan lazimnya guru diminta menamakan kanak-kanak yang mempunyai masalah di sekolah. Lazimnya juga, kanak-kanak perempuan yang mempunyai masalah akademik kurang menonjol berbanding kanak-kanak lelaki kerana sifat semula jadi mereka menyebabkan mereka tidak begitu bermasalah dalam tingkah laku ataupun mungkin disebabkan mereka menggunakan strategi berbeza bagi menangani masalah mereka (Davies, 1984) termasuk meniru jawapan kawan dan seumpamanya. Shaywitz et al (1990) mendapati tiada perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan dalam masalah membaca tetapi guru didapati menghantar dua kali ganda kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ke kelas pemulihan. Ini dipercayai disebabkan oleh tingkah laku bermasalah yang lebih menonjol di kalangan kanak-kanak lelaki yang menyebabkan guru lebih menyedari masalah mereka dalam pembelajaran. Secara ringkasnya, kanak-kanak lelaki yang bermasalah dalam pembelajaran lebih cepat dikenal pasti kerana mereka lazimnya menunjukkan kekecewaan mereka dengan tingkah laku bermasalah (Gorman, 2003).


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Mencari Rumah di Malaysia? Bookmark INI! (atau simpan untuk masa depan!). KLIK.


Yang benar,
Cikgu Faiz

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
1 Comments

1 orang comel dah komen:

syiela said...

thanks berkongsi info ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...