7
Orang Memberi Komen

Jenis-jenis disleksia (part 3)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cikgu Faiz baru pulang dari menghadapi peperiksaan di UPSI. Sekarang sudah cuti semester. Lega sikit. Cikgu Faiz cuba untuk update walaupun internet masih belum pulih sepenuhnya. Menyirap jugak. Okey sebelum tu, bagi yang dah lupa jenis-jenis disleksia yang sebelum ini, boleh rujuk di entri INI dan INI. Sekarang Cikgu Faiz akan menyambung kembali pembelajaran kita yang masih belum habis tentang jenis-jenis disleksia. Sila beri perhatian ya :)



5.      Imej Terbalik
Contoh perkataan yang hurufnya ditulis terbalik (SIR). 
GOOGLE.COM.MY


Nota : Teks kelihatan terbalik seperti di dalam cermin.




6.      Keciciran Huruf

"Tidk mgkin beia tidk menyedri kehadirn tokh terkal tersebt. Namn dripaa gerk geri dan tutr katnya, ternta ad rahsa besr yng tersemt kukh dalm liptan memrnya".


Teks sebenar :

"Tidak mungkin beliau tidak menyedari kehadiran tokoh terkenal itu. Namun daripada gerak geri dan tutur katanya, ternyata ada rahsia besar yang tersemat kukuh dalam lipatan memorinya".


Nota : Terdapat huruf-huruf yang dicicirkan secara rawak.


7.      Keciciran Huruf (Gaya Telegraf)

"Persekitaran mesra kurang upaya agenda pembangunan. Keperluan yang sebelum dilupakan mula dikira dalam perancangan dilakukan".


Teks sebenar :

"Persekitaran mesra orang kurang upaya merupakan agenda utama pembangunan abad ini. Keperluan golongan yang sebelum ini sering dilupakan sudah mula diambil kira dalam setiap perancangan yang dilakukan".


Nota : Perkataan-perkataan dicicirkan secara rawak dan hanya perkataan penting yang tinggal.


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




Yang benar,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
7 Comments

7 orang comel dah komen:

L said...

bulan 4 ni L prektikal.. huu. nt nk tgk kot2 ada ke tak budak2 masalah disleksia ni..

Mimie said...

byk jugak jenis2 disleksia nih

ieda said...

Tq dik
info yg sgt2 bagus ! ... ;)

salam kenal dik ..

jaakechik said...

info sgt2 berguna...teruskan cikgu faiz...

shidaR said...

kdg2 geli hati tgk budak2 mcm ni..hehee

sHaRiNa eLyaNa said...

oh..bru sha tau..thnks for the info

Azie Namico said...

kekadag selalu jugak nakmpak keciciran huruf , bole ketawa bila baca..ahaks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...