8
Orang Memberi Komen

Tolong Pulih Semula.



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Lamanya tak dapat nak update dekat blog ni. Laptop Cikgu Faiz buat hal lagi. Geramnya rasa. Patut la dua tiga hari sebelum tu ada bunyi. Ingatkan ada CD dalam tu. Rupa-rupanya dia nak demam. Huhuhu. Sekarang ni Cikgu Faiz tengah update guna laptop Encik Suami. Laptop ni tak berapa betul sikit. Loading je keje. Nampaknya beberapa minggu ni tak dapat la nak blogwalking dan komen entri-entri blogger semua. Kena tunggu laptop dah okey baru boleh online. Huhu. Sadis betul. Nak cari bahan untuk P&P pon tak dapat. Habis la semua maklumat dalam laptop tu hilang. Uwaaa.... Sedih giler la macam ni. Bersusah payah Cikgu Faiz cari dengan keadaan internet yang kadang-kadang macam hampeh tapi semuanya telah punah. Huhuhu. Harap-harap orang yang baiki laptop tu dah backup semua benda dalam laptop tu. Hmm....


Fakta : dah tiga kali laptop ni buat hal. patutkah beli laptop baru je??


Yang benar,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
8 Comments

8 orang comel dah komen:

thomas said...

Nampak gaya kena jumpa doctor atau try scan for virus and spyware atau system restore.

shyful hyree said...

beli je yang baruuu hihihi..kalau ada lebih..beli kan untuk uncle sekali ek hahahha

Mimi Azirah said...

sedihnye...xpe,nti dh ok la tuh

Harith Iskandar said...

beli baru @ bw kat cc jerk hehe :p

Shida Radzuan said...

kalau xdpt backup cmne kak hehee ?

Nurul Faiz said...

@Shida Radzuan
terpaksa la cari semula dekat google. huhuhu. byk keje la pulak nanti.

sHaRiNa eLyaNa said...

beli laptop baru hehe,

SeputihSalju said...

laptop sy pun baru2 ni buat hal.. dah anta kedai, hrp2 dpt la bertahan lama..

slm kenal.. follow sini :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...