Aktiviti Ketika Bosan.

Assalamualaikum.


Pada bulan puasa macam ni la kebosanan mula melanda diri ini. Bila kerja sudah selesai maka inilah satu-satunya cara untuk menghilangkan rasa mengantuk yang menguasai diri. Bulan puasa memang mudah sangat mengantuk. Mungkin sebab lapar kot. Tapi aktiviti ini hanya dilakukan apabila semua murid sudah pulang. Huhuhu..





Penyayang ke saya? Huhuhu.




Keychain Hello Kitty pemberian seorang murid.




Hadiah give away. Hehehe.


Lepas raya nanti ingin mula bergiat aktif. Hehehe. Bulan puasa ni cepat letih dan dahaga. Anda pula bagaimana?


Dapatkan RM300 DI SINI


With .♥...,

Apa Makna Semua Ini ?


Assalamualaikum.


Adoy, bukak je blog tadi ingat nak follow mem follow. Tapi bila nak follow je terus jadi macam ni. Bingung dibuatnya.




Kenapa tiada nama Cikgu Faiz dan kenapa takde gambar?




Bila dah tekan butang follow tengok tengok masih sama je macam tadi. Kenapa ni?




Dekat gadjet pon sama jugak. Apa dah jadi ni?? Ada sesiapa yang pernah kena macam ni tak? Tak faham betul la.




With ♥..,

Berbuka Apa Jer Tadi ?


Assalamualaikum.


Petang tadi ingat nak pergi bazar di Putrajaya tetapi memandangkan jam sudah menunjukkan ke angka 5.30 petang terpaksa la menukar hala tuju. Kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa di restoran Pizza Hut  yang terletak di Giant Bandar Puteri Puchong.


Boleh tahan meriah jugak di restoran ni. Ramai jugak orang yang datang untuk berbuka puasa di sini. Al-maklum la hari ni kan dapat gaji (bagi penjawat awam la. Swasta tu tak tahu la pulak). Setelah membelek-belek menu, kami memutuskan untuk berbuka puasa dengan makanan di bawah.





Iklan sekejap ye. Hehe.




Ini set punya.




Air cappuccino Cikgu Faiz, air epal twister Faqih dan Pepsi Encik Suami.




Yang ini tidak habis dimakan dan dibawa pulang. Cikgu Faiz makan sepotong, Encik Suami dua potong.




Encik Suami menghirup sup dengan penuh bersemangat.



Ha, dah tengok? Apa pula juadah korang hari ini? Jangan la segan-segan untuk berkongsi dengan Cikgu Faiz yer. Korang memang terbaik.




With ♥..,

Wordless Wednesday | Buat Apa Tu?


Assalamualaikum.






With ♥..,

Tolong Saya Boleh ?


Assalamualaikum.


Amboi... bukan main lagi anak bujang sorang ni bergaya dengan topi keledar abah. Nak ikut jejak langkah abah jugak ke? Macam-macam la Faqih ni. Err.. sebenarnya bukan ini yang Cikgu Faiz nak cerita. Ini lebih kepada pertanyaan dan ingin meminta pendapat daripada anda semua ya.


Hari Sabtu ni birthday Encik Suami. Biasalah kan kalau dah hari lahir tu mesti la ada sesuatu sebagai hadiahnya. Tapi kan, Cikgu Faiz buntu dan tak tahu nak bagi hadiah apa la. Harap korang dapat membantu memberi cadangan hadiah apa yang sesuai. Encik Suami ada request dua benda tapi Cikgu Faiz rasa benda tu macam tak sesuai je.


Apa kata korang? Sambil-sambil bagi pendapat tu boleh la layan gambar bikers sorang ni.





Gelak sampai tak nampak mata.





Best sangat ke pakai topi keledar abah tu?





Muka kontrol hensem.





Tulisan berwarna hijau telah diedit oleh Encik Suami yang begitu gilakan warna hijau. Huhuhu.




With ♥..,

Selamat Berbuka Puasa.

Assalamualaikum.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berbuka Puasa kepada semua yang berpuasa pada hari ini. Yang tak puasa tu duduk bawah meja ya.


http://cikgufaizcute.says.com/recommendations/cimb-shopping-spree

With ♥..,

Hari Potensi Prasekolah 2012

Assalamualaikum.


Pada hari Khamis yang lalu, Cikgu Faiz telah membawa seorang murid Prasekolah bagi acara hafazan di SK Seksyen 27 (1), Shah Alam. Ini merupakan pertandingan Hari Potensi Prasekolah Peringkat Daerah Petaling Perdana. Sebelum itu, pertandingan peringkat zon telah diadakan di sekolah Cikgu Faiz mengajar. Terdapat tujuh acara yang dipertandingkan iaitu Nyanyian dan Gerakan, Tarian Kontemporari, Hafazan, Bercerita Bahasa Melayu, Bercerita Bahasa Inggeris, Ejaan Bahasa Melayu dan Ejaan Bahasa Inggeris.


Hanya murid ini sahaja yang layak ke peringkat daerah. Itupun kira nasib sebab dia dapat nombor 4. Mungkin sudah tertulis rezeki budak ni agaknya, masa bertanding peringkat daerah hari tu dia dapat nombor 4 lagi. Alhamdulillah. Saingan hebat-hebat belaka.


Masa pertandingan tu Cikgu Faiz sempat jugak la merakam bacaan murid ni. Yang tak puas hatinya bila handphone Cikgu Faiz ni tak rakam sampai habis. Buat spoil betul la handphone ni.





Dah dengar? Minta maaf la sebab surah yang terakhir tu tak habis bacaannya.




With ♥..,

Ramadhan Datang Lagi :)


Assalamualaikum.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Ikhlas Daripada kami : 






Kunci jam siap-siap untuk bangun sahur ye. Nanti tak sedar pulak.





With ♥..,

Give Away By B To B Collection


Assalamualaikum.

Hari ni Cikgu Faiz nak join GA lagi yang telah ditag oleh blogger WARNA WARNI PELANGI. Kalau korang nak jadi salah seorang daripada 30 pemenang bertuah boleh la join sekali. Mari kita baca dulu syarat-syarat penyertaan.




1. Anda perlu menjadi follower blog b2bcollection. 
2. Pastikan korang LIKE page INI. 
3. Buat satu entry pasal GIVE AWAY ni dan letakkan banner di bawah. Pastikan banner dilink terus ke blog GA ni. 
4. Tag 5 orang rakan blogger untuk menyertai GIVE AWAY ini. 
5. Tinggalkan link post give away, senarai 5 rakan beserta email anda di ruangan komen INI.




TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH PADA 31 JULAI 2012. 




KLIK SINI untuk keterangan lanjut.




With ♥..,
 

Alhamdulillah, rezeki lagi :)

Assalamualaikum.


Hari ni merupakan hari yang paling bahagia dan seronok sangat-sangat. Eeeiii... rasa macam banyak je benda nak update hari ni. Hehehe.. Okey, relax... Kita mulakan satu-satu dulu. Baiklah, tadi buka je blog Cikgu Faiz terus serbu kat bahagian dashboard. Nak tengok la kalau ada cerita-cerita menarik daripada korang kan. Hehehe. Lepas tu ternampak entry GA NI. Wow! Seronok tak terkata sebab buat kali ketiga Cikgu Faiz menang lagi. Hehehe. Thanks Shida sebab buat GA ni. Memang berbaloi sangat :)



Ha, nampak tak kat atas tu? Hehe.





Kali ni Cikgu Faiz menang hadiah novel. Waaa... memang favourite la tu. Hehehe. Bagi sesiapa yang ada join tu jom semak sama ada anda menang atau tidak. KAT SINI.




With ♥..,

Floria Putrajaya


Assalamualaikum.


Nampaknya demam Floria masih belum hilang lagi. Sudahkah anda menonton VIDEO INI? Ala, video pertunjukan bunga api hari tu di Putrajaya. Takkan dah lupa kot? Kali ni Cikgu Faiz ingin berkongsi seba sedikit gambar-gambar semasa berada di sana. 


Jomm....





Bunga api yang sangat menakutkan Faqih. Hehe.




Faqih yang susah diajak bergambar. Masa ni baru sampai. Kami sedang melihat kapal yang berwarna-warni dekat belakang tu.




Cantik tak?




Apa yang Faqih tengok tu? Dah tentu la kapal berwarna-warni yang mencuri perhatiannya.




Lambai-lambai pada jurugambar.




Wow ! Banyaknya pokok kaktus. Hati-hati ya. Faqih buat muka takut.




Aik, Faqih tido ke? Hehehe.




Faqih buat hal tak nak bergambar pulak.





Faqih yang ketakutan apabila diajak bergambar.




Senyum la Faqih. Asyik buat muka takut je.




Masa ni ingat nak suruh Faqih berdiri kat perigi tu. Malangnya Faqih takut la pulak.




Faqih yang manja dan nakal. Yang ni baru okey sikit.




Cantik-cantik hiasan di sini. Sangat kreatif.


Seronok sangat dapat datang menyaksikan Floria ni. Harap-harap tahun depan ada lagi. Malam terakhir ni memang ramai sangat orang yang datang. Sesak dibuatnya. Tapi nasib baiklah cuaca okey cuma hujan rintik-rintik je.


Sekian.




With ♥..,

Jalan-Jalan Di Taman Botani, Shah Alam.

Assalamualaikum.


Sejak kebelakangan ni kaki Cikgu Faiz asyik nak berjalan je. Pantang ada cuti mesti nak merayap. Tak kisah la tempat tu dekat atau jauh Cikgu Faiz tak kisah. Janji dapat berjalan dan tenangkan fikiran setelah lima hari bekerja. Pagi sebelum Cikgu Faiz pergi tengok Floria sempat jugak la berjalan-jalan di Taman Botani Shah Alam (Bukit Cahaya Seri Alam). Ini merupakan kali yang pertama Cikgu Faiz datang ke sini. Tiket masuk murah je RM3 + rumah empat musim RM3. Jumlahnya RM6 seorang. Untuk budak-budak bawah umur macam Faqih masuk adalah percuma.


Masa mula-mula masuk tu teruja la jugak sebab tak pernah datang lagi. Huhuhu. Paling best Faqih la sebab dia seronok sangat dapat naik bas. Bonda dengan abah dah puas dah naik bas masa zaman kecik-kecik dulu hinggalah sekarang ni.


Jom tengok gambar....




Sebelum tangkap gambar Faqih apa kata tangkap gambar bonda dulu. Hehehe.




Faqih dah tak peduli dah bila orang ambik gambar dia. Langsung tak memandang.




Entah apa la yang ditengok oleh Faqih sampai dia tidak mempedulikan jurugambar (abah).




Masa ni dekat Taman Herba. Faqih suka sangat dapat tengok arnab ni. Tapi bila suruh pegang je takutttt... Hehe..




Suka Faqih tengok aksi-aksi haiwan jinak ini yang riang bermain.




Faqih tak nak pegang biar bonda ambik alih. Arnab ni agak liar sikit tu yang macam tak berani je nak dukung lebih-lebih. Tapi kan, bulu arnab ni tak melekat pon dekat baju Cikgu Faiz tak macam kucing yang bulunya mudah melekat pada baju.




Sayalah model pokok kucai... lalala...




Tak pandang kamera lagi.




Berehat sebentar...


Masa nak balik hari tu ada seorang wanita warga Arab memberi sesuatu pada Faqih. Oh, biskut kurma rupanya. Jeles abah Faqih punya peminat.




With ♥..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...