Cikgu Faiz Tengah Gilakan Lagu Ini.. !





Hye korang. Annyong.... Bukak je blog Cikgu Faiz ni korang dengar tak lagu? Hihi. Sebelum ni lagu telenovela Bella kan? Baru je tadi Cikgu Faiz tukar lagu korea. Suka sangat lagu ni. Selalu dengar kat tv je. Rasa macam dah jatuh cinta dengan lagu ni. Korang-korang suka tak? Ha, kalau suka boleh la nyanyi skali ye. Kat bawah ni ada lirik siap dengan tulisan korea skali. Haha. Saje nak kasi korang pening. Muehehe...




나만을 사랑해 달라면서
namaneul saranghae dallamyeonseo
내손을 지그시 깨무는너
naesoneul jigeusi kkaemuneunneo
그표정이 너무 사랑스러워
geupyojeongi neomu sarangseureowo

물가에 내논 어린애라며
mulgae naenon eorinaeramyeo
자기 아님 난 안된다면서
jagi anim nan andoendamyeonseo
그렇게 나를 안아주던너
geureoke nareul anajudeonneo

하지만 사랑이 식었다며
hajiman sarangi sigeotdamyeo
더이상 보고싶지 않다며
deoisang bogosipji antamyeo
하루종일 나를 못살게 해도
harujongil nareul mossalge haedo

보고싶었단 내 한마디에
bogosipeotdan nae hanmadie
미안해 눈도 못맞추는
mianhae nundo motmatchuneun
미워도 미워할수 없는
miwodo miwohalsu eomneun
니가 너무 귀여워
niga neomu gwiyeowo

난 그냥 너만을 사랑해 이런 내맘 멈출수가 없어서
nan geunyang neomaneul saranghae ireon naemam meomchulsuga eobseoseo
조금만 이순간을 잡아보고 싶어서
jogeumman isunganeul jababogo sipeoseo
오늘밤에도 난 니가 너무 사랑스러워 정말
oneulbamedo nan niga neomu sarangseureowo jeongmal
잠들수가 없는 바보죠
jamdeulsuga eomneun babojyo

날위해 요리를 해준다며
narwihae yorireul haejundamyeo
좋아하는 요리가 뭐냐며
johahaneun yoriga mwonyamyeo
하루종일 나를 귀찮게 해도
harujongil nareul gwichanke haedo

정말 맛있단 내한마디에
jeongmal masitdan naehanmadie
다시 듣고 싶다며 웃는
dasi deutgo sipdamyeo utneun
미워도 미워할수 없는
miwodo miwohalsu eomneun
니가 너무 귀여워
niga neomu gwiyeowo

난 그냥 너만을 사랑해 이런 내맘 멈출수가 없어서
nan geunyang neomaneul saranghae ireon naemam meomchulsuga eobseoseo
조금만 이순간을 잡아보고 싶어서
jogeumman isunganeul jababogo sipeoseo
오늘밤에도 난 니가 너무 사랑스러워 정말
oneulbamedo nan niga neomu sarangseureowo jeongmal
잠들수가 없는 바보죠
jamdeulsuga eomneun babojyo

사랑한다는 말한마디 내마음을 들킬까
saranghandaneun malhanmadi naemaeumeul deulkilkka
바보같이 난 화만내고 그랬죠 내가 그랬죠
babogachi nan hwamannaego geuraetjyo naega geuraetjyo
그대라는 사람 어깨에 언제까지 기대고 싶은
geudaeraneun saram eokkaee eonjekkaji gidaego sipeun
내마음에 단 한사람 그대라는걸
naemaeume dan hansaram geudaeraneungeol

난 그냥 너만을 난 그냥너만을
nan geunyang neomaneul nan geunyangneomaneul

사랑해 이런 내맘 멈출수가 없어서
saranghae ireon naemam meomchulsuga eobseoseo
조금만 이순간을 잡아보고 싶어서
jogeumman isunganeul jababogo sipeoseo
오늘밤에도 난 니가 너무 사랑스러워 정말
oneulbamedo nan niga neomu sarangseureowo jeongmal
잠들수가 없는 바보죠
jamdeulsuga eomneun babojyo

baby love baby love oh ~yeh
baby love baby love oh ~yeh





귀여운 넌 (Gwiyeoun Neon/ You're Cute)
- After School (Kim Jung Ah) -
Pasta OST Part 2

Kek Harijadi !





Ha... seperti yang telah dijanjikan pada minggu yang lepas-lepas... Inilah dia kek harijadi yang telah menjadi santapan anak-anak Cikgu Faiz seramai 50 orang. Ramai kan... Hihi. Nampak sedap tak?



kek yang ada gambar doraemon ni berperisa vanilla dan chocolate. Sedap sangat.





kek gambar tweety ni pulak berperisa blueberry. Mesti ramai yang suka perisa ni kan.




Harganya boleh tahan jugak la. 2 kek ni berharga RM208. Mahal kan. Yang penting sedap dan budak-budak tu puas makan kek. Itulah sebenarnya objektif yang ingin dicapai. Hihik.

Kelebihan Pemandu Peribadi





Hai, apa khabar semua. Baru hari ni dapat online semula setelah pulang dari kampung. Ok. Kali ni Cikgu Faiz nak bagitau tentang kelebihan pemandu peribadi. Sape kat sini yang bercita-cita nak jadi pemandu peribadi sila angkat jari. Hihi. Kat bawah ni merupakan antara kelebihan yang ada pada pemandu peribadi. Jom baca.....




1) Dah tentu-tentu dapat naik kereta mewah. Nak beli tak mampu, dapat bawak pon jadilah. Kalau bos meeting boleh la pura-pura jadi tuan punya kereta.



2) Bila bos meeting kat hotel-hotel besar mesti bos ajak makan sekali. Bukan senang dapat makan kat hotel besar. Paling koman pon bos bagi duit lebih suruh makan kat luar.



3) Boleh jalan-jalan kat negeri orang lain. Kira bekerja sambil melancong la. Apa lagi nak? Minyak, tol semua bos tanggung.



4) Secara tak langsung dapat jugak tahu sedikit sebanyak rahsia syarikat, rahsia bos nak kawin lagi.



5) Kalau dapat bawak anak bos yang cun lagi cantik. Boleh la cuba-cuba mengorat. Cintakan tak kenal siapa.



6) Bila bini bos nak pergi shopping, boleh jugak ikut shopping sekali. Kalau angin bini bos baik dapat jugak la dia belanja baju sehelai dua.




p/s : hehehe

Lambat Mendapat Pesanan?





Duduk di kedai makan diiringi perut lapar, tekak dahaga dan impian menjamah makanan kegemaran demi memenuhi kehendak perut tapi dibantutkan oleh sebab lambat mendapat pesanan. Cuba tips di bawah kalau korang mengalami situasi penuh pancaroba ini....




1) Pergi kat dapur terus menghadap tukang masak sambil buat muka kesian dan guling-guling kelaparan.


2) Tiap kali pelayan lalu depan korang tanya tentang pesanan hingga dia rasa tertekan dan fokus kehendak korang saja.


3) Buat persiapan dari rumah dengan memakai pakaian paling buruk sebelum ke kedai makan dengan harapan tauke kedai akan simpati kat korang.


4) Suruh pelayan kedai makan tu dahulukan pesanan korang sebab korang adalah gangster terkenal.


5) Berbekalkan muka boring dan buat-buat kutip makanan yang berterabur kat atas meja.


6) Bayar makanan siap-siap untuk sebulan. Lepas tu korang tuntut layanan first class, kalau tidak korang akan saman tauke kedai makan tu.


7) Pergi ke dapur dan buat pelbagai aksi menjengkelkan si tukang masak, mesti diorang buat makanan korang dulu.


8) Semasa order makanan sertakan sekali surat akuan doktor tentang penyakit gastrik kronik korang.


9) Bawakkan bahan mentah dari rumah dan suruh tukang masak masakkan juadah korang dulu.


10) Beritahu bahawasanya korang nak buat rancangan masakan untuk siaran TV. Dah habis makan baru korang cakap lupa bawak kamera.




SEKIAN.

I'm Tagged !





Tadi ada sorang blogger tag benda ni.

Thanks Eikyen.

Pertama kali join benda ni. Agak panjang lebar nampak gayanya.

Nak join? Bace peraturan (rules) di bawah.


1) You must post these rules.

2) Each person must posts 11 things about themselves in their journal.

3) Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.

4) You have to choose 11 people to tag and link them on the post.

5) Go to their page and tell them you have tagged him/her.

6) No tag back!

7) No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.




Eleven Things About Me.

1. Nurul Faiz

2. 27 years old

3. 11 December 1984

4. Stay in Puchong, Selangor.

5. Teacher

6. Married

7. One children

8. Like pink colour

9. Love cats

10. Hate thief

11. Like korean song




11 Questions From Eikyn.

1. Suka budak hipokrit tak? Why?
Tak suka langsung. Depan nampak baik, belakang macam hantu.


2. Kenapa perlu bercinta?
Sebab inginkan keseronokan dunia.


3. Lagu favourite.
Dibius cinta - Melly ft Yusry


4. Kalau clash, laki atau pompuan yang nangis teruk? Why?
Pompuan kot sebab berjiwa sentimental.


5. Boleh hidup tanpa hp tak?
Boleh. Nyawa lagi berharga daripada hp. Kalau takde nyawa, kita takkan berada di muka bumi ni.


6. Lagu caller ringtone ape?
Dibius cinta.


7. Dulu cita-cita nak jadi apa?
Pembaca berita kat TV3.


8. Takkan approve orang yang pakai DP fake. Korang?
Approve je selagi DP tu tidak keterlaluan.


9. Ade budak cakap korang sombong tak? Why?
Ada. Sebab kurang bercakap byk menaip je.


10. Budak gedik? Puihh.. Suka?
Benci budak yang tergedik-gedik dengan laki orang.


11. Pandangan tentang blog Eikeyn
Tak over. Suke pink :)




Ok. 11 Soalan daripada cikgu Faiz pulak ye :)

1. Subjek yang best kat skolah. Kenapa?

2. Cikgu favourite. Sebab?

3. Pernah fail dalam subjek apa?

4. Markah tertinggi yang korang pernah dapat. Subjek apa?

5. Cikgu yang garang kat skolah.

6. Pernah kena denda tak masa kat skolah dulu? Kes apa?

7. Berapa ringgit duit belanja sekolah?

8. Selalu beli apa kat kantin sekolah?

9. Pergi sekolah naik apa?

10. Acara sukan yang pernah disertai masa zaman sekolah.

11. Kawan baik zaman sekolah. Kenapa?




11 Orang Yang Ditag

Nurhafizah

Shida

Miela Jasmin

Aindzaya

Lisa Afha

Cik Azizah

Sue

Fatyn

Scarlett's Petals

Miss Cutie Bear

Cikgu Celoteh

Panduan Menonton Wayang





Kepada yang baru nak menceburkan diri dalam arena menonton wayang, berikut adalah sedikit tip yang berguna. Selamat membaca :)





1) Jangan buat spekulasi berkenaan cerita yang ditonton sepanjang waktu bersiaran dengan kawan sebelah.



2) Pastikan tahap kesihatan sesuai dengan cerita yang hendak ditonton untuk mengelakkan risiko mati terkejut.



3) Sila pastikan hp dimatikan kalau tak nak kena sumpah-seranah dan dimaki-hamun secara terbuka.



4) Tak payah bawak bekal macam nak pergi berkelah, buah durian pon tak boleh bawak.



5) Terlalu menunjukkan emosi yang keterlaluan dan berlebih-lebihan jugak tidak digalakkan.



6) Kalau tengah menderita batuk kokol dan selsema, sila beredar dengan kadar segera. Jangan ngengada nak menonton.



p/s: dah faham? bagos.

Mengenali Karakter Lelaki Semasa Menangis





Biasanya lelaki susah nak menangis tapi kadang-kadang tu termenangis jugak. Lelaki pon manusia kan. Jom lihat apa karakter kamu wahai lelaki-lelaki sekalian.





LELAKI SADIS

Tangisnya mengandungi ancaman.



LELAKI MOODY

Pitching tangisannya tak sekata, lari tempo.



LELAKI HIPOKRIT

Menangis tidak berair mata.



LELAKI PENIPU

Cuba-cuba menangis.



LELAKI MACHO

Tak menangis.



LELAKI PURA-PURA

Memaksa diri untuk menangis.



LELAKI BENGKEK

Menangis sambil memekik-mekik.



LELAKI GENIUS

Membuat robot yang boleh menangis bagi menzahirkan perasaannya.



LELAKI PENYEGAN

Menangis dalam hati.



LELAKI PENDIAM

Diam-diam menangis.




p/s: dah tau? tanak share ke? hihi.

Nak Buat Header Baru La...





Sejak kebelakangan ni aku sudah mula aktifkan blog aku ni. Blog ni wujud tahun 2009 lagi tapi masa tu macam tak reti nak aplikasikan. Sekarang baru pandai sikit-sikit. Sepanjang aku berblog dah banyak kali gak aku tukar header blog ni. Header biasa-biasa je. Baru nak berjinak-jinak dalam men'design' header. Kat bawah ni ada 3 header yang aku guna. Saje la nak tayang. Hihi...






Ini bukan header pertama yang aku guna. Header yang sebelum ni aku tak save. Ini header gambo kawen yang berwarna.





Ini pula header gambo kawen yang tidak berwarna. Hihi. Gambo same kaler je takde.






Header yang aku guna pakai sekarang ni. Hihi. Senang je nak buat suma ni. Aku guna photoscape je.


p/s : nak buat header baru tapi mood macam nak tak nak je. Ke ada sape-sape yang boleh sumbangkan header untuk saye. Hihi.

Lupakan Kekasih Lama





Baru lepas putus cinta? Nak tau cara macam mana nak lupakan kekasih lama? Jom tengok cara-cara di bawah :


1) Kalau pasangan korang tu pernah bagi barang, buang terus barang-barang yang dia bagi tu. Nak nampak lagi ganas bakar terus tapi kalau dia ada bagi rumah dan korang pulak duduk rumah tu korang pikir la masak-masak sebelum bertindak.


2) Buangkan juga nombor telefon dan gambar. Kalau dah buang korang masih ingat dia jugak, korang hantukkan kepala korang kat dinding... terus hilang ingatan.


3) Letakkan muka pasangan korang tu sama dengan muka musuh ketat korang dari zaman kanak-kanak sampai la sekarang. Nak lagi best, letakkan sebaris dengan muka yang pernah berhutang tapi tak bayar. Nescaya korang menyampah nak tengok.


4) Jangan sesekali tengok cerita cinta dan dengar lagu yang ada unsur rindu, sayang dalam lirik lagu tu. Tengok cerita pasal kematian dan dengar lagu-lagu nasyid, takpon ceramah agama... ada juga faedahnya.


5) Ingat yang buruk-buruk pasal perangai pasangan korang.


6) Untuk lelaki, pergi pakai cantik-cantik lepas tu lepak dekat bus stop yang ramai minah kilang. Cuba la mengorat. Yang perempuan pulak pegi balik kampung, jaga diri tu.. tunggu je orang masuk meminang.


p/s: amacam? cuba jangan tak cuba :)

KENALI DIRI SAYA BERSAMA PUTERI KASIH





Hari ni nak join segmen yang lain daripada yang lain. Mau sertai? Klik SINI. Mari jawab soalan di bawah ini.......






1) Jika saya memegang watak karakter kartun saya ingin sekali menjadi watak kartun totally spies.


2) Saya ingin sekali bertemu dengan Britney Spears.


3) Binatang yang paling saya takuti ialah ular.


4) Saya teringin bercuti ke Korea.


5) Lagu yang paling saya minati ialah Dibius Cinta (Yusry ft Melly).


6) Jika saya menjadi seorang perdana menteri saya akan mengharamkan rokok di Malaysia.


7) Insan yang paling saya sayangi adalah diri sendiri.


8) Perkara yang paling saya benci adalah tergedik-gedik.


9) Perkara pertama yang wajib saya lakukan setiap kali bangun tidur adalah membelek hp.


10) Tiga perkataan yang menggambarkan diri saya ialah cute, simple, serius (koya je lebih).





Wordless Wednesday



Assalamualaikum.




Contest Blog Paling Cute by FN ♥








nak join jugak? klik SINI.

Happy Je Rasa...





Argghhh.... sedapnya la dapat tido di kampong. Aku dah pon selamat berada di kampong semalam. Tu yang menyepi seketika. Seronok dapat berada di kampong. Bukan senang nak balik. Aku kan bizi. Ewah. Koya je lebih kan.


Nak tau tak? Aku hepi sangat semalam. Sebab pe? Sebab my hubby dan tau yang aku nak further my study. Hihi. Rupa-rupanya dia dah isi borang awal-awal. Aku punya la cuak nak bagitau. Sebab pe? Sebab baru-baru ni dia terpaksa stop PJJ coz anak kami yang taknak berenggang dengan dia. Aku takot la dia tak kasi aku sambong sebab tu. Hihihi.... Rupa-rupanya dia dah online dulu. Tu yang aku happy sangat sampai terlupa nak update blog ni. Ihiks.


Aku harap kami akan dapat study di tempat yang sama (tu pon kalau dapat la). Doa-doakan kejayaan kami. Amin.

Blog Review | Story From Heart



Salam. Hari ni aku nak review blog yang ke 2 daripada kumpulan aku. Segmen Encik Nasz. Tengok banner kat bawah ni.




Nama blogger Miela Jasmin. Sedap nama tu. Blog ni pon simple je. Loading pon cepat habis. Cuma ada beberapa perkara yang aku rasa beliau perlu perbaiki. Hihihi. Jangan marah ye adik.



1. Ruangan Nukilan Dari Hati :: akak rasa adik kena buat scroll sebab dah panjang sangat sampai ke bawah.


2. Ruangan Jom Cuci Mata :: pon kena buat scroll jugak tau. Heeee~~~ kasi pendek skit. Takde la panjang berjela-jela nanti.


3. Post entry adik tu kalau boleh dikurangkan jugak. Limit kepada 5 entry pon dah ok :) coz ada blogger yang tak suka nak scroll sampai bawah.



kat atas ni tentang Miela Jasmin.



Adik jangan marah tau akak komen banyak kat atas tu tadi. Hihihi. Ini untuk kebaikan blog adik juge. Kepada sesiapa yang nak berkenalan dengan lebih lanjut lagi boleh la masuk blog MIELAJASMIN ni. Jangan lupa follow sekali ok.


Tu je...... END.

Blog Review | Ha... Itu Dia !!!



Assalamualaikum. Semalam aku join satu segmen tajaan Encik Nasz. Err.. segmen tu dah pon ditutup. Segmen mereview blog yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Dan inilah blog pertama yang aku review. Hihihi. First time nak review blog orang. Agak kekok pulak sebab aku pon baru dalam dunia blogging.



Blog secret ash. Kat atas ni header beliau. Tajuknya, Haa... Itu Dia !!!



Masuk je blog ni aku rasa senang hati sebab blog ni cepat je loading. Muehehe. Korang pon mesti suke kan kalau blog yang laju je loadingnya. Ha.. Apa lagi? Cepat terjah. Klik SINI cepat-cepat !!! Blog ni pon simple je aku tengok. Tak macam blog aku yang semak dgn mcm2 benda. Uhuk.


orang Sabah ni.


Kesimpulannya, blog ini dah ok. Tak perlu nak ubah dah. Kalau nak edit skit-skit tu boleh kot. Sebab blog ni cepat sangat loadingnya. Kecepatan loading itu sangat penting bagi mereka-mereka yang menggunakan broadband macam aku ni. Hihi.


Buat secret ash, akak ucapkan salam perkenalan. Dah agak dah orang mesti ingat akak ni lelaki. Huhuhu. Ok guys, lepas ni aku nak review blog ke 2 pulak. Dah habis dah la......


:p

SEGMEN NASZ : LU REVIEW GUA, GUA REVIEW LU.



Assalamualaikum. Dah lama tak join segmen.

Nak join jugak? Klik SINI.


Siap !

Nak Tukar Lagu Tema La...



Assalamualaikum ya habibi ya maulana. Hari ini sangat mudah (mood untuk harini). Best sangat sebab harini macam-macam aku makan. Hahaha. Aku memang suka makan sebab aku nak gemukkan badan aku yang melidi ni. Ehek.


Esok cuti sehari. Ahad ada sukan sekolah. Mulai Isnin sampai Ahad depan cuti. Dapat la aku berehat sebentar daripada perkara-perkara yang memeningkan kepala otak ni.


Err... sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita tapi aku sebenarnya nak mintak pendapat korang. Pasal lagu tema blog aku. Hihi. Rasanya semua dah sedia maklum bahawa lagu blog aku adalah lagu tema telenovela Bella Calamidades. Yang tak tau tu confirm tak pernah jenguk blog aku kan. Huhuk.


Tadi tiba-tiba plak terfikir nak tukar lagu. Tapi aku belum putuskan nak letak lagu apa. Agak-agak korang lagu apa yang sesuai. Balada, pop rock, rock kapak, korea, etc?? Pendapat korang ni penting sebab korang kan kawan aku. Kan kan.... Tiba-tiba je aku jadi blur.


Salam :)

Busy sangat ke saya???



Assalamuaikum semua...... Selamat Hari Khamis. Happy Thursday. Aku baru je balik dari meeting. Takde la meeting sangat. Taklimat pasal Hari Sukan hari Ahad ni. Sukan hari Ahad? Itu dah menjadi kebiasaan bagi mereka yang bergelar seorang guru. So, kepada mereka-mereka yang dah berniat nak menjadi guru tu bersiap sedia la untuk bertugas pada hujung minggu ye. Heheh... Tapi takpe. Biar bersusah dahulu, bersenang kemudian. Minggu depan aku cuti seminggu. Yahooo !!! Kalau dihitung adalah dalam 7 hari. Berbaloi kan? Sukan hari Ahad lepas tu dapat cuti seminggu. Kehkeh.... Cuti sempena Deepavali sebenarnya.... Muehehe....


Di saat aku menaip entry ni aku masih lagi berada di kelas pra. Suami aku ade meeting jugak la. Ni la kalau laki bini pon cikgu. Bizi sokmo. Meeting tu dah menjadi asam garam dah. Kalau takde meeting memang tak sah.


Petang karang aku nak pergi ambil kek kat kedai kek. Esok ada sambutan harijadi murid-murid dan jamuan akhir tahun. Nak tengok tak kek apa? Esok la aku tunjuk. Yang pasti aku dah tak sabar nak rasa kek tu. Hihi. Cikgu pulak yang lebih-lebih.


Ingatkan hari ni aku nak pergi tengok rumah sewa. Nampaknya tak dapat la... Esok la nampak gayanya. Aku nak sewa rumah yang dekat dengan sekolah. Senang nak berulang-alik. Balik jalan kaki pon takde hal kalau dekat. Sekarang ni nak kena tunggu driver lagi dah satu hal. Maklum la, kenderaan ada satu je. Belum ada rezeki nak tambah lagi. Aku kalau boleh taknak beli kereta sebab aku rasa cukup la kereta yang ada ni. Aku cuma pikir pasal rumah je sekarang ni. Itulah perkara terbesar yang aku kena pikir. Rumah lagi penting dari kereta kan. Sekarang ni aku dok menyewa kat kondo di Puchong. Sewanya bapak la mahal. Sebab tu aku nak cari rumah teres berhampiran tempat kerja. Lagi senang. Harga pon tak mahal sangat. Aku pikir biarlah ini kali yang terakhir kami berpindah. Lepas ni nak pindah rumah sendiri pulak. Letih la nak kemas barang-barang yang banyak tu.


Doa-doakan aku dapat rumah yang sesuai. Aminn....





Wordless Wednesday :: Tekan Tubi



Tanpa bercakap banyak, layan gambar di bawah ni....




dasat tak anak aku buat tekan tubi? muehehe...

Aku Yang Sibuk



Assalamualaikum. Selamat Hari Isnin sumer. Harini korang mesti rasa malas nak gi keje kan. Aku rasa lemau sangat-sangat. Bila Isnin je mulalah perasaan malas tu bermaharajalela. Namun aku dapat mengatasinya harini. Ceh, koya je lebih.


Minggu ni adalah minggu yang paling sibuk sekali. Harini aku dan rakan seperjuangan pergi membeli barang2 keperluan untuk sukaneka dan jamuan. Penuh satu troli barang-barang. Memang borong habis-habisan la. Straight to the point, ini dia jadual aku yang padat minggu ini :




SELASA
Sukaneka prasekolah. Abis je sukaneka kena terus bergegas ke SKTUDM. Ade meeting la pulak. Lemah lemah lemah. Dah la tak tau jalan ke sana. Nasib la ada kawan yang tau.


RABU
Sesi fotografi bersama murid-murid prasekolah. Masa ni la cikgu nak berposing. Hahaha. Posing la sangat.


KHAMIS
Ujian untuk murid-murid prasekolah. Sebenarnya ujian ni tak wajib pon tapi buat je la. Nanti ade plak parent yang bising-bising kate takde exam. Biasa la. Parent memang selalu tak puas hati dengan cikgAlign Centeru.


JUMAAT
Sambutan harijadi murid-murid prasekolah dan jamuan akhir tahun. Kiranya 2 in 1 la. Dasat tak?


SABTU
Rehat di rumah. Yahooo.... !


AHAD
Sukan Tahunan Sekolah. Adoi... yang ni mesti letih giler. Yang pasti kulit aku mesti rentung sebab aku jadi Pengurus Peserta. Confirm berjemur punya. Hai... harap-harap haritu mendung dan hujan renyai-renyai. Baru syiok nak bersukan. Ye tak? Mengarut je aku ni.



ni gambar masa sambutan Hari Raya baru-baru ni. Kuih muih yang dibawa khas oleh murid-murid prasekolah.


P/S: takpe. lepas sukan tu terus cuti seminggu sempena Deepavali. Hihihi. Best best.

Merajuk :(



Assalamualaikum. Selamat sejahtera kepada blogger-blogger sekalian. Dah lama rasanya tak update cerita-cerita terkini hiburan sensasi. Padahal baru 3 hari kot tak update. Aku baru je pulang dari kampung mertua kat Senawang. Balik-balik terus tak sabar nak bukak blog. Nasib baik esok cuti. Eh, ape pulak esok, hari ni la. Dah Ahad pon.


Sebenarnya aku baru je lepas edit blog kawan aku. Biasa la kan. Sejak dua menjak ni dah terlebih rajin mengedit blog mereka-mereka yang memerlukan bantuan aku. Tak salah kan kalau tolong kawan-kawan? Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita. Layan dulu la gambar kat bawah ni. Jangan mare.



anak aku dah tak sabar nak gelunsur




Sejak kejadian tu, aku macam dah takde mood nak bergelak ketawa macam dulu. Hidup aku dah tak indah lagi. Aku macam dah merajuk dengan dia. Tapi dia wat derk je. Bila takde orang yang peduli rajuk aku ni makin menjadi-jadi la pulak. Ish, mengalahkan orang mengandung dah aku punya perangai. Nak buat macam mana. Aku dah tak dapat perhatian macam dulu :(


Tapi aku sayang dia. Aku ambil berat pasal dia. Bila dia tido aku tengok muka dia macam tak sampai hati nak merajuk lama-lama. Akan tetapi, hati keras aku melarang aku untuk tidak merajuk. Hisshhh ! Kenapa la setan ni selalu nak menghasut aku. Aku termenung lagi memikirkan perjalanan hidup aku yang masih panjang......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...