Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

I Miss My Blog



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Rindunya nak blogwalking, join segmen blogger semua. Tapi apakan daya, servis internet makin lama makin teruk. Mungkin nak kena tukar modem. Kalau tak jalan jugak nampaknya terpaksalah bertukar kepada servis yang lain.


Tahun ni merupakan tahun yang agak sibuk. Ditambah pulak Cikgu Faiz terpaksa sambung belajar. Makin bertambah sibuk la nampaknya. Dulu, banyak masa diluangkan dekat blog. Sekarang masa terluang lebih banyak untuk assignment dan forum myguru.






Memang penat bila kena bahagikan masa dengan menjadi seorang isteri + ibu + guru + pelajar + blogger. Huhu. Bila dah lama tak blogwalking ni mesti dah banyak pembaharuan dekat blog awak-awak semua kan? Hehe. CF ni pon nak update sehari sekali pon dah susah sangat sekarang ni. Padahal memang ada banyak benda nak citer ni.


Ni nak tanya la awak-awak semua kan. Line internet mana yang okey? Kiranya yang kurang lembap la. Tak tau nak pilih yang mana. Takut pisang berbuah dua kali.


dapat diskaun 50% KFC Dinner Treat sekarang !!

Pagi Yang Agak Kelam-Kabut



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Nampaknya Cikgu Faiz sudah boleh tersenyum macam kucing di bawah ini.






Akhirnya berjaya juga Cikgu Faiz submit assignment yang pertama secara online. Fuhh !! Nasib baik la ada orang sudi tolong tadi. Kalau tak alamatnya kena tolak markah la sebab lambat hantar. Broadband ni pulak di saat-saat genting macam ni la dia nak buat hal. Kalau tak laju semacam je. Lepas ni nak kena buat assignment kenegaraan pulak. Harap kejadian pada hari ini tidak berulang lagi :)



p/s : lepas ni kena beli stok pos ekpress lebih sikit sebab tadi pon dah habis :(
Semalam pon habis jugak. Boleh kaya pos ekpress macam ni.


JOM MAKAN PIZZA !!! 3D PUNYE.

Cikgu Faiz stress ? Tak lah.. :)



Assalamualaikum.


Hai bloggers.

Entry pendek saje.

Assignment BI tak siap lagi.

Nak kena siapkan malam ni jugak.

Ahad ni tarikh submit.

Hadoii..




relax... jangan stress... :)

Tengok kucing ni. Happy je :)




Malam ni tak payah tido. Kena siapkan assignment. Cayok !

Dah siap assignment baru boleh shopping KAT SINI !!

Takde Apa Sangat.





Ini adalah luahan hati saya... 16 Mei ni genab 2 tahun usia Faqih. Bila anak dah besar, mulalah orang di sekeliling bertanya bila nak tambah anak lagi. Soalan tu memang dah sinonim dengan wanita yang sudah berkahwin macam saya. Sebenarnya saya takut. Takut dengan kejadian selepas bersalin. Rasanya semua kaum ibu pon tau apa yang saya takutkan. Sakit bila kena jahit. Tapi saya dapat rasa yang perasaan takut tu sudah beransur-ansur hilang. Ada satu perkara lagi yang membuatkan saya takut. Saya takut akan dikecewakan sekali lagi. Saya tak mahu sakit hati lagi. Rasanya kehidupan sekarang ni dah cukup baik untuk kami bertiga. Saya takut ada orang yang akan mengambil kesempatan ketika saya sakit. Saya tak mahu pisang berbuah dua kali. Saya dah serik. Saya tak mahu kegembiraan saya direntap oleh orang ketiga. Orang yang telah memusnahkan kepercayaan saya terhadapnya. Tak mahu fikir lagi pasal perkara tu. Biarlah Allah yang tentukan berapa zuriat kami. Andainya ada rezeki pasti saya tidak menolak kerana ianya harta yang tidak ternilai. Buat orang yang pernah hampir nak menghancurkan rumahtangga kami, nasihat saya jagalah pergaulan dengan cikgu-cikgu lelaki awak. Awak pelajar dan dia cikgu. Biar susah mana sekalipon masalah awak, selesaikan dengan cara yang betul. Carilah cikgu perempuan yang boleh membimbing awak. Bukan muhrim tetap bukan muhrim. Jangan halalkan apa yang telah sedia haram. Awak pon perempuan dan awak juga akan menjadi seorang isteri dan ibu. Jangan sampai awak pon melalui apa yang telah saya lalui dulu. Allah itu maha adil. Mungkin awak akan lalui lebih teruk lagi. Masa tu menyesal pon dah tak berguna.

Merajuk :(



Assalamualaikum. Selamat sejahtera kepada blogger-blogger sekalian. Dah lama rasanya tak update cerita-cerita terkini hiburan sensasi. Padahal baru 3 hari kot tak update. Aku baru je pulang dari kampung mertua kat Senawang. Balik-balik terus tak sabar nak bukak blog. Nasib baik esok cuti. Eh, ape pulak esok, hari ni la. Dah Ahad pon.


Sebenarnya aku baru je lepas edit blog kawan aku. Biasa la kan. Sejak dua menjak ni dah terlebih rajin mengedit blog mereka-mereka yang memerlukan bantuan aku. Tak salah kan kalau tolong kawan-kawan? Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita. Layan dulu la gambar kat bawah ni. Jangan mare.



anak aku dah tak sabar nak gelunsur




Sejak kejadian tu, aku macam dah takde mood nak bergelak ketawa macam dulu. Hidup aku dah tak indah lagi. Aku macam dah merajuk dengan dia. Tapi dia wat derk je. Bila takde orang yang peduli rajuk aku ni makin menjadi-jadi la pulak. Ish, mengalahkan orang mengandung dah aku punya perangai. Nak buat macam mana. Aku dah tak dapat perhatian macam dulu :(


Tapi aku sayang dia. Aku ambil berat pasal dia. Bila dia tido aku tengok muka dia macam tak sampai hati nak merajuk lama-lama. Akan tetapi, hati keras aku melarang aku untuk tidak merajuk. Hisshhh ! Kenapa la setan ni selalu nak menghasut aku. Aku termenung lagi memikirkan perjalanan hidup aku yang masih panjang......

Semua Salahku



Tidak faham,

Sungguh aku tak faham mengapa sejak kebelakangan ni kita sering bergaduh.

Pasal perkara yang remeh temeh pon kita akan bermasam muka.

Entah la...

Banyak perkara yang membuat aku berkecil hati, memendam perasaan.

Aku diamkan je.

Kenapa kalau aku, tak boleh. Kalau mereka, boleh?

Aku isteri kau tapi mereka pula siapa? Takde kena mengena pon dengan kita tapi kenapa mereka mendapat layanan yang istimewa?

Kadang-kadang aku rasa ingin mengalah je dengan perkahwinan ni.

Buat apa nak teruskan kalau hari-hari sakit hati.

Perkataan yang keluar dari mulut kau haritu benar-benar membuat aku berkecil hati dan aku sedar siapa diri aku.

Aku tak setanding dengan mereka.

Peliknya, kenapa dulu kau pilih aku?

Aku buntu.

Aku yang emosi

Entah mengapa kehadiran wajah itu membuatkan aku merasa sesuatu. Satu perasaan yang tak dapat dihapuskan sejak kebelakangan ni. Sejak kejadian itu aku mula menjadi seseorang yang begitu mudah berperasaan sedemikian. Aku benci dengan perasaan ni. Dulu, aku tak pernah begini. Hatiku sentiasa berprasangka baik.

Entah la.. Aku slalu memujuk hatiku supaya tidak berfikir yang bukan2 tapi kenapalah ujian ni datang pada aku. Aku takut tak dapat nak menghadapinya nanti.

Disebabkan itu aku lebih suka bermain dengan kursor. Bergerak mengikut rentak hatiku. Di samping itu aku mula membaca novel, hobi aku suatu masa dulu. Membaca membuatkan aku lebih tenang dan tidak memikirkan tentang perkara itu.

Kehidupan tidaklah semudah yang disangkakan. Selagi belum menutup mata pasti roda kehidupan akan sentiasa berputar. Berputar untuk mencari mangsa yang gagal dalam hidup. Aku benci dengan setan2 yang sentiasa menghasut aku supaya berfikir dan bertindak melulu. Setan, kau memang jahat. Memang layak tempat kau di neraka.

Semoga segalanya akan berakhir dengan baik dan happy ending. Terlalu banyak berfikir membuatkan aku tidak ceria dan sentiasa moody. Teruk benar perangai aku. Aku rindukan zaman di maktab bersama kawan2 yang otak gila2. Ponteng kuliah lepas tu pergi kantin kantoi dengan lecturer. Boleh pulak dia cam aku. Glemer la jugak aku ni ye. Ponteng kuliah lagi balik asrama masuk ikut longkang belakang di mana pagarnya telah dipotong dengan playar. Aku ke tu? Memang nakal kan. Curi2 keluar dari kampus pegi bandar dengan kawan2 yang gila2 remaja sampai kena kejar dengan pak guard. Rindu kat pakcik tersebut. Sudah pencen ke belum agaknya? Suka ajuk cakap lecturer yang sentiasa speaking takleh blah. Mintak maaf mama Liza. But i like u coz u make my english better and better. Yeke? Selalu menganyam ketupat Miss Goh, lecturer Bimbingan dan Kaunseling sebab terlalu serabut bila tengok dia. SERABUT !! Paling takleh blah bila ada senior yang tak suka aku. Ape ke hal? Tibe2 je nak carik gadoh. Kat mane la kau sekarang ek KEPALA BESAR?

Pendek kate aku memang rindu gile2 saat2 manis tu. Kalaulah masa boleh berpatah balik alangkah seronoknya.. But, impossibble. Ape pon life must go on. I can do it ! Cayok !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...