CPUV Ke-11 Olay Big Bang



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Weeee.... Cikgu Faiz kembali lagi. Hehehe. Lama betul tak update blog ni. Sejak kebelakangan ni mood agak berkurang. Tak tahu la kenapa. Cikgu Faiz online pon guna handphone je. Itu pon cuma approve komen je. Nak blogwalking memang tak dapat sebab tak biasa. Huhu. Dua tiga hari ni pon laptop ni menjadi hak milik Faqih. Asyik melayan Power Rangers dia je. Huhu. Terpaksa jugak la mengalah dengan anak.





Ha... nampak tak tu..? Hehe. Cikgu Faiz ni tak habis-habis dengan nuffnang dia ^ ^ Ala.. saje nak kongsi kegembiraan dengan korang semua. Tak salah kan? Olay Big Bang merupakan CPUV terbaru yang Cikgu Faiz dapat. Memang terkejut sangat sebab dah berapa hari blog ni sunyi daripada sebarang entri tetapi nuffnang tetap sudi bagi CPUV. Agaknya mungkin sebab trafik di blog ni maintain walaupon takde cerita atau topik terbaru kan. Alhamdulillah. Dengan adanya CPUV ni, maka jumlahnya telah meningkat kepada 11 CPUV. Tiga kempen masih berjalan. Lama la lagi hendaknya tinggal di blog ini ya ^ ^


Jom !! Cikgu Faiz nak kongsi tips ini dengan korang semua. TIPS DAPATKAN CPUV DI BLOG. Moga ianya berhasil ya :)


Untuk peminat kumpulan Hujan --> KLIK


Salam sayang,

Segmen Sabtu by Pn. Qhaleshya & Emas Putih



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


*ayat copy paste*


Hari ni nak buat segmen simple yang mana bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, menambah follower, meningkatkan pageview, dan lain-lain.. Caranya simple. Dijemput semua join segmen ini.





Syarat
1. Buat entry yang bertajuk Segmen Sabtu by Pn.Qaleshya & Emas Putih
2. Follow blog ini dan blog Emas Putih
3. Like fanpage ini Permata_Hati
4. Copy paste code entry di dalam di bawah ke ruangan HTML post.


Cara nak copy paste coding entry
1. Klik Html , 2. Copy paste coding 3. Tekan compose, Publish


Copypaste coding entry dicetuskan oleh Mialiana.com http://www.mialiana.com


5. Done? Hantarkan link anda ke ruangan komen.

Tarikh Segmen bermula 23 Mac 2013/3 Petang sehingga 24 Mac 2013/11:59 malam


Hadiah
Top up RM10 x 1Top Referral
Top up RM5 x 5 blogger bertuah by random


Segmen Sabtu ini dicetuskan bersama oleh Puan Qalesyha dan Emas Putih

Mudah kan? Sambil bersegmen sambil peluang menang topup. Tak rugi pun join.
Siap tahu tuah anda. Di jemput join semua. Jangan lupa ping entry anda untuk merebut peluang menjadi
top referral. Semoga segmen ini mengeratkan hubungan sesama blogger.



Salam sayang dari Puan Qalesya dan Emas Putih.
Assalamualaikum :)


Salam sayang,

5th Anniversary Mini GA



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Malam ni Cikgu Faiz nak join Mini GA la. 



Klik banner kalau nak join sekali ye ^ ^


Antara hadiah yang bakal dimenangi :-

Tempat pertama : cardigan labuh + sehelai tudung
Tempat kedua : sehelai tudung + kerongsang
Tempat ketiga : inner neck + kerongsang

3 pemenang saguhati :-

kerongsang x 3 orang pemenang


Tarikh tutup : 31 Mac 2013 jam 11.30 malam




Salam sayang,

Kad Imbasan - Huruf Besar / Capital Letters A-H



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Selamat bercuti kepada mereka yang masih bersekolah. Bagi Cikgu Faiz cuti ni amat bermakna sekali kerana masa cuti ni la Cikgu Faiz dapat menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan PJJ dan hal-hal di sekolah. Kepada yang bercuti tu, manfaatkanlah cuti anda semua okey ^ ^


Entri sebelum ini Cikgu Faiz ada share kad imbasan huruf kecil a-h kan? Hari ni pulak Cikgu Faiz nak share kad imbasan huruf besar / capital letters pulak. Juga huruf A-H. Ini merupakan bahan untuk pertandingan guru inovatif yang akan dipertandingkan selepas cuti sekolah ini.


















Sebelum ini pon Cikgu Faiz ada buat kad imbasan huruf ni. Tapi huruf besar dan huruf kecil yang berpasangan. Boleh tengok DI SINI




Salam sayang,

Bahan Inovatif - Huruf a-h



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ni merupakan hari yang agak sibuk jugak. Sebabnya, Cikgu Faiz sedang menyiapkan bahan untuk Pertandingan Guru Inovatif. Kena prepare bahan-bahan untuk dibuat esok. Jadinya Cikgu Faiz siapkan huruf-huruf untuk ditampal pada bahan inovatif tersebut. Kalau ada yang berminat dengan huruf-huruf kecil di bawah ini boleh la save ye ^ ^




















Untuk hari ini Cikgu Faiz upload huruf a-h sahaja. Huruf yang selebihnya hari lain ye. Ni Cikgu Faiz tengah siapkan huruf besar pulak. Huhu. Malam ni tak tau la dapat berforum ke tidak. Tak sabar nak tunggu cuti sekolah. Nak berforum sampai lebam. Huhu.




Salam sayang,

Digi Internet IFA | DSYR Pre-Launch



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Selamat hari Rabu semua. Happy wordless. Hehehe. Semalam sepatutnya Cikgu Faiz update tentang nuffnang tapi disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan jadi terpaksa postpone entri tu ke hari ini ^ ^ Kemain bersemangat lagi sekarang ni. Asyik dok update nuffnang je. Hehe. Mana taknya, bila bukak je nuffnang.com.my tu mesti ada berita baik. Hehe. 






Berita baiknya Cikgu Faiz dapat CPUV lagi. Ini kali yang ke-10. Kali ini datangnya dari Digi Internet IFA. Terima kasih la nuffnang sebab sudi bagi CPUV ni walaupun Cikgu Faiz bukanlah pengguna Digi ^ ^ Apapun Cikgu Faiz tetap berharap agar iklan ni akan lebih masyuk berbanding iklan-iklan sebelum ini. Hehe. Tinggi betul cita-cita itu. 


Selain itu, kempen DSYR Pre-Launch pon sudah tamat. Hasil daripada iklan tersebut dapat jugak la RM2.03. Hehe. Bertambah lagi earning tapi masih belum cukup untuk cashout. Huhu. Takpe Cikgu Faiz... Sabar, sabar ^ ^




Salam sayang,

Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Malam ni Cikgu Faiz nak share tentang Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Bagi seorang guru macam Cikgu Faiz ni, nilai-nilai peribadi asas patut ada di dalam diri. Kalau takde tu pandai-pandai la terapkan di dalam diri ye ^ ^





Antara nilai-nilai peribadi asas yang patut diterapkan ialah :-


Taat setia
  • Patuh, tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan, membinasakan, menjatuhkan imej, memalukan serta memburukkan organisasi.
  • Taat setia kepada Raja, Negara dan Kerajaan.

Amanah / Jujur
  • Tidak menyeleweng, boleh dipercayai sama ada dalam menjalankan tugas atau memegang rahsia.
  • Semua urusan yang dipertanggungjawabkan mesti ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin.

Bertanggungjawab
  • Kewajipan yang perlu dilaksanakan.
  • Ada akauntabiliti, boleh diperiksa atau dinilai pada bila-bila masa.
  • Tidak 'melontar batu sembunyi tangan'.

Ikhlas
  • Kebersihan rohani yang tertinggi, tidak menipu atau menunjuk-nunjuk.
  • Tidak mengharapkan balasan
  • Tidak mempunyai agenda tersembunyi.

Dedikasi / Tekun
  • Mengerjakan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh, sabar serta minat yang mendalam sehingga selesai dengan sempurna.
  • Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Berdisiplin
  • Patuh dan mengamalkan secara berterusan segala arahan, peraturan dan ketetapan yang dikenakan oleh sesuatu organisasi.

Bekerjasama
  • Bergotong-royong dan bantu-membantu dalam menjalankan tugas.
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  • Mewujudkan kerja berpasukan.
  • Menjalankan tugas secara kolektif.

Bersih
  • Rohani dan jasmani.
  • Jauh daripada perasaan hasad dengki, tamak. khianat, dendam.
  • Pakaian, persekitaran kerja, pemilikan harta.

Sederhana
  • Menolak keterlaluan, pertengahan antara dua ekstrem.
  • Dalam tugas seharian, percakapan, arahan, pergaulan, pakaian.

Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia




Salam sayang,

Giliran Astro Fear Factor Pula



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Weeee....!! Cikgu Faiz kembali lagi. Baru balik dari meeting di SK Seafield. Banyak perkara yang dibincangkan berkenaan dengan aktiviti prasekolah pada tahun ini. Tak nak fikir lagi tentang soal itu sebab sekarang berada di rumah jadi masa untuk merehatkan minda. Hehe. Esok boleh sambung fikir ^ ^


Semalam Cikgu Faiz ada update tentang kempen U Mobile - Broadband Promotion kan. Dah tamat pon. Hari ini pulak kempen Astro Fear Factor pula mula melabuhkan tirainya. Jadinya earning untuk kempen tu dah pon dikreditkan ke dalam akaun nuffnang Cikgu Faiz. Hehe. Bertambah lagi. Masyukkk....





Mesti ada yang berkata, "ala.... RM2.58 je pon. Itu pon nak kecoh". Huhu. Harap korang tak berfikiran negatif macam tu ya. Tak baik tau. Rezeki masing-masing kan. Walaupun tak banyak, Cikgu Faiz tetap nak share dengan korang betapa beruntungnya apabila kita pandai mencari peluang yang ada dan sambil menyelam minum air. Sambil menulis tu tepekkan sekali iklan nuffnang tu. Sorry.. termerepek pulak. Inilah padahnya apabila meeting sampai petang. Huhu...


Jemput baca TIPS INI ya ^ ^ Untuk tingkatkan earning nuffnang korang jugak. 




Salam sayang,

Segmen Blogger Guru dan Cikgu Bersama iskandarX



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Sebenarnya tadi Cikgu Faiz terjumpa segmen ni di blog Mr Polie. Hehe. Berkobar-kobar betul semangat nak join segmen dari Iskandar ni. Hukhuk. Segmen khas untuk mereka yang bergelar cikgu. Tak kisah la cikgu sekolah ke, cikgu tuisyen ke, asalkan gelarannya cikgu ! ^ ^ Pertama kali Cikgu Faiz jumpa segmen macam ni. Teruja habiss...



Kalau ada cikgu-cikgu lain yang nak join, klik je banner di atas ni ye ^ ^



Bismillahirrahmanirrahim.... Cikgu Faiz mula bergelar guru pada usia 22 tahun. Pertama kali posting pada tahun 2006 di SK Lentang. SK Lentang terletak di highway KL/KARAK untuk menuju ke Bentong. Kira dekat jugak la dengan rumah keluarga Cikgu Faiz. Cikgu Faiz mengajar di SK Lentang selama tiga tahun. Masa di SK Lentang, Cikgu Faiz ditugaskan untuk mengajar murid-murid Prasekolah dan murid Tahun Satu bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Maklum la, masa tu sekolah tersebut kekurangan cikgu, jadi Cikgu Faiz hanya akur pada perintah Ketua Jabatan pada masa itu walaupun hakikatnya guru prasekolah tidak dibenarkan mengajar murid-murid aliran perdana. Tapi takpe, Cikgu Faiz tetap menyahut cabaran itu. Alhamdulillah setahun selepas itu baru ada guru lain yang menggantikan tempat Cikgu Faiz di aliran perdana. Itu merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat Cikgu Faiz yang masih hijau pada ketika itu.


Masuk je tahun 2010, Cikgu Faiz telah ditukarkan di SK Taman Alam Megah, Shah Alam. Masa tu kes bertukar sebab ikut suami. Alhamdulillah, sekali mintak je terus dapat tukar ^ ^ Akan tetapi, di sekolah tersebut telah ada guru prasekolah. Jadinya Cikgu Faiz telah ditugaskan untuk mengajar murid-murid Tahun Tiga untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual dan Muzik. 


Tahun 2011 pula, sekali lagi Cikgu Faiz ditukarkan atas alasan mengikut opsyen Prasekolah. Cikgu Faiz berkhidmat di SK Puchong Utama sebagai guru prasekolah sampai la ke hari ini. Alhamdulillah.... Itulah serba sedikit pengenalan Cikgu Faiz di alam perguruan ^ ^




Salam sayang,

Kempen U Mobile - Broadband Promotion Sudah Tamat



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Morning semua !! Dah breakfast ke? Cikgu Faiz makan nasi goreng je. Alhamdulillah dah kenyang. Pagi-pagi ni kalau update nuffnang best jugak kan. Hehe. 




Akhirnya berakhir juga kempen U Mobile - Broadband Promotion. Income boleh tahan jugak la. Itu sahaja yang Cikgu Faiz mampu. Huhu. RM2.88 pon dah okey. Rezeki tu. Bila dikumpul-kumpul dengan earning untuk kempen yang lain, ditambah pulak dengan earning CPC tu boleh la jugak buat bayar bil broadband Cikgu Faiz ni. Hehe.


Banyak benda yang Cikgu Faiz dah buat untuk tingkatkan lagi earning nuffnang ni. Kalau nak tahu TEKAN SINI.



Sekarang ni Cikgu Faiz tengah tunggu tiga lagi kempen. Ingat bila ketiga-tiga kempen ni dah ME nak cashout terus sekali dengan akaun says. Kalau korang nak daftar says boleh KLIK SINI. Says ni lebih kurang sama macam nuffnang. Bila ada yang klik iklan kita tu maka dapat la RM0.20. Nampak macam sikit tapi bila dah ramai yang klik mesti masyuk jugak kan. Yang penting kena usaha dan bersabar.




Salam sayang,

Segmen Sabtu By Emas Putih



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Malam ni Cikgu Faiz nak join satu segmen yang dianjurkan oleh blogger cantik manis, Uzu. Klik banner di bawah kalau nak join ^ ^



Segmen Sabtu by Emas Putih...


Pastikan korang ikut semua syarat yang telah ditetapkan hokey. Mudah je. 


Hadiah
Topup RM10 x 1Top Referral 
Topup RM 5 x 2 Blogger bertuah


Nak Samsung Galaxy SIII mini dengan RM999? Sini!


Salam sayang, 

Kolaj Aiskrim



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ni sembilan orang murid je yang datang. Huhu. Yang lain tu balik kampung kot. Sebenarnya hari ni Cikgu Faiz nak share tentang aktiviti pada beberapa hari yang lalu. Aktiviti ini merupakan tema makanan. Murid-murid dikehendaki membuat kolaj aiskrim bersama kumpulan masing-masing.



Menampal kertas warna pada aiskrim masing-masing...




Ada tiga warna yang digunakan iaitu kuning, hijau dan ungu...




Koyak dan tampal je.




Bila dah siap tampal, baru boleh gunting aiskrim tu kemudian ditampal pada kertas lain untuk membentuk aiskrim yang yummy... Sebelum tu jangan lupa warnakan kon aiskrim tu ^ ^




Hasilnya....



Dekat atas ni contoh lembaran kerja yang Cikgu Faiz guna bagi aktiviti ini. Kalau berminat boleh klik pada gambar dan save ^ ^




Salam sayang,

Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak | Rajin Adik Rajin



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Cikgu Faiz kembali lagi dengan aktiviti bersama kanak-kanak. Hehe. Untuk hari ini Cikgu Faiz nak share aktiviti nyanyian lagi ye. Semua dah sedia??? Jom kita mulakan !


google.com

Aras : Sederhana

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Menyanyi lagu dengan irama dan intonasi yang betul sambil membuat pergerakan.
  2. Bercerita tentang ahli keluarga masing-masing.
  3. Mengamalkan rasa kasih sayang, hormat menghormati dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas. Ia sesuai untuk kanak-kanak memupuk rasa kasih sayang dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang lain.

Bahan / alatan : Video atau slide tentang keluarga.

Persediaaan guru : Membuat slide atau video tentang sebuah keluarga. Menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Senikata lagu
Rajin Adik Rajin

Rajin adik rajin,
Rajinlah belajar,
Bila besar nanti boleh tunjuk ajar,
Ayah juga ibu gembira selalu,
Melihat adikku rajin baca buku.


Prosedur :
  1. Guru menayangkan video atau CD tentang sebuah keluarga.
  2. Guru menasihatkan kanak-kanak agar sentiasa menyayangi ahli keluarga masing-masing.
  3. Guru meminta seorang kanak-kanak bercerita tentang ahli keluarga masing-masing.
  4. Guru memberi peluang kanak-kanak bercerita.
  5. Guru menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan atau bermain kerincing.
  6. Kanak-kanak mendengar nyanyian guru. 
  7. Guru menyebut senikata lagu diikuti oleh kanak-kanak.
  8. Guru meminta kanak-kanak bertepuk tangan atau bermain kerincing mengikut rentak lagu.
  9. Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama sambil bertepuk tangan dan bermain kerincing.

Cadangan : Guru boleh meminta kanak-kanak bercerita tentang adab dan cara menghormati ahli keluarga yag lain.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar perkara yang baik dan tidak baik dilakukan sewaktu menjaga adik kecil di rumah. Minta kanak-kanak memilih dan memadankan gambar yang sesuai dan tidak sesuai.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Salam sayang,

Sudah Empat Tahun...



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Empat tahun lalu.... Cikgu Faiz dan Encik Suami telah sah diijabkabulkan di tempat kelahiran Cikgu Faiz dengan dua kali lafaz. Saat itu hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya Cikgu Faiz apabila dapat bersatu dengan orang yang dicintai. Setahun lebih selepas itu, kami dikurniakan seorang cahayamata lelaki sebagai pewaris di dalam keluarga kecil kami.


Sekarang..... setelah empat tahun hidup bersama-sama melayari rumahtangga yang penuh pancaroba ini telah semakin menyemarakkan lagi hubungan ini. Kami bahagia dengan apa yang ada di dalam kehidupan kami sekeluarga biarpun masih terlalu banyak yang kurang. Rasanya macam baru sahaja dinikahkan. Hikhik. Tuptup dan empat tahun. Cepat sungguh masa berlalu. 


Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang Ke-4, Abah... Hehehe. Semoga kita terus bahagia dan diredhai olehNYA.


Buat tatapan para pembaca sekalian, terimalah kenangan-kenangan yang tercipta pada waktu, tika dan saat tersebut. 14 Mac 2009 akan menjadi satu tarikh keramat buat kami ^ ^




Selepas diakad nikah ^ ^




Pelamin indah...




Acara resepsi...




Kek perkahwinan...




Bersanding...




Sesi fotografi...




Berarak...




Sarung cincin...


p/s : Encik Suami bukan sahaja seorang suami, malah dia adalah segala-galanya. Kawan baik, kawan bergaduh, guru, tempat mengadu hal kerja, tempat mintak tolong buat kerja di sekolah dan macam-macam lagi. Huhuhu. Saranghae...




Salam sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...